Tuesday, May 12, 2009

Krisis Di Perak Slps 7Mei 09 : Bubar Dun je la...

Adehh..! Pening betul bila memikirkan apa yang telah berlaku di negeri yang aku lahir nie. Habis satu, satu pulak masalah yang timbul. Malu! Malu..!! Dah la bola pun asyik kalah. Bermula dari tragedi episod pertama yang dikatakan sebagai “rampasan kuasa” yang berlaku di Perak (mangkuk-mangkuk Bebas punya pasal la ni), puak BN terus cuba untuk meneruskan pemerintahannya, manakala puak PR pulak terus cuba untuk mempertahankan hak-haknya. Semasa perebutan kuasa ini, state secretary iaitu Abd Rahman Hashim dikatakan telah memainkan peranan yang penting untuk melumpuhkan kuasa si Nizar.


Gaduh punya gaduh, tiba-tiba pulak deme ni kena menghadapi pilihanraya kat Bukit Gantang. Mungkin ini petunjuk daripada Allah memberi isyarat bahawa satu-satunya masalah yang boleh menyelesaikan kemelut di negeri Perak ini hanyalah dengan pilihanraya. Dan ini terbukti, sokongan rakyat masih berada di tangan PR. Salam takziah diucapkan buat puak BN.


Sampailah peristiwa di “persidangan di bawah pokok” dan “7Mei 09” yang lalu, betul-betul telah meletakkan negeri Perak famous di mata dunia (cam riak la plak). Peristiwa ini sebenarnya telah meletakkan seribu sejuta kemaluan buat Negara Malaysia dan Pemerintahan Beraja itu sendiri khususnya buat negeri Perak.


Sehinggalah suatu saat dimana Mahkamah Tinggi telah membuktikan Nizar masih lagi MB Perak yang sah tapi telah ditangguhkan oleh Zambry melalui Mahkamah Rayuan. Nah! Ini menunjukkan bahawa sesungguhnya puak PR tidak mengamalkan undang-undang “rimba” seperti yang dicanangkan oleh Zambry. Jadi, siapa yang telah mengamalkan undang-undang “rimba” selama ini, ha..! Lu pikir la sendiri. Untuk menyingkirkan Nizar yang alim ini, puak BN seharusnya menyingkirkan beliau melalui undi tidak percaya di dalam Dewan Undangan Nogori, dan bukannya di luar Dewan.


Selepas ini, Nizar mungkin akan membawa kes ini ke Mahkamah yang lebih Tinggi lagi (tingkat 188 kot) dan si Zambry akan ke Mahkamah Rayuan yang terpaksa untuk bertiarap memohon rayuan supaya kes beliau diterima. (haha.. sekadar iklan..sory). Jadi, isu perebutan hak milik serta kisah cabar mencabar ini akan terus berlanjutan sampai ke suatu tahap yang kita sendiri tidak menjangkakannya seperti yang berlaku baru-baru ini. Buat pihak media, laporkanlah apa yang sebenarnya yang berlaku serta seimbang dan jangan sesekali menyebarkan dakyah yang salah kerana sesungguhnya dosa yang ditanggung kemudian amatlah besar khususnya buat si Ketua Pengarang.


Kesimpulannya, hanya “pembubaran Dun” sahajalah yang mampu menamatkan krisis ini. Dengan ini, patik ingin memohon perkenan Tuanku agar dibubarkan sahaja Dun negeri kita ini. Buat puak-puak BN, jangan takut menghadapi pilihanraya jika anda rasakan anda mampu merealisasikan slogan “Malaysia Boleh”. Buat puak-puak PR, saya ingin mengucapkan “Manjadda, Wajadda”. Sekian.


*Sekadar coretan kosong. Sebab dah tension sgt dah nie…

No comments:

Post a Comment