Wednesday 6 May 2015

Investment In Education

NOTA PELABURAN DALAM PENDIDIKAN (Ekonomi Sumber Manusia)

PELABURAN DALAM PENDIDIKAN 

Mengikut teori modal, pelaburan dibuat jika nilai aliran tunai (NPV) atau faedah lain yang dihasilkan/diperoleh melalui pelaburan melebihi nilai kos semasa pelaburan, NPV > Kos.
Pulangan nilai semasa bagi pelaburan pendidikan

T= tempoh kerjaya
Kt= perolehan/pendapatan akan datang jika melanjutkan pelajaran
Ht= perolehan akan datang jika tidak melanjutkan pelajaran
Kt-Ht= peningkatan perolehan daripada menamatkan/menghabiskan persekolahan
r= kadar bunga
t= future periods

Contoh: andaikan nilai-nilai adalah seperti berikut
T=10 tahun
Kt=RM5000 X 10 Tahun X 12 Bulan = RM600K
Ht=RM700 X 10 Tahun X 12 Bulan= RM84K
r= 1% atau 0.01
Jika nilai Kt > Ht, maka orang akan buat keputusan untuk sambung study, tapi jika Ht>Kt maka orang tidak akan sambung study. Ini dapat dilihat dalam kira-kira seperti dibawah:
Apabila Kt>Ht

PV=RM467128.0686
Disebabkan nilai pv adalah positif maka orang akan buat keputusan untuk sambung stdy.
Tapi jika nilai Ht>Kt
Andaikan Ht=600K dan Kt=84K, kadar bunga tidak berubah

PV= -RM467128.0686
Disebabkan nilai PV adalah negative maka orang akan membuat keputusan untuk tidak sambung study.

Sekiranya kadar bunga naik, maka orang ramai cenderung untuk tidak sambung study, hal ini kerana ia meningkatkan kos pendidikan
r meningkat dari 1% ke 10%, dengan andaian Kt=600k, dan Ht=84k

PV=RM198940,
Nilai pv menurun dari RM467128.0686 kepada RM198940. Peningkatan yang besar dalam kadar bunga akan membawa kepada penurunan nilai PV yang banyak. Oleh itu, peningkatan yang besar dalam kadar bunga menyebabkan orang tidak mahu sambung study.

Terdapat dua kos dalam pelaburan pendidikan:
      I.           (C0)- Kos langsung bagi pendidikan - kos yuran pengajian, buku teks
    II.        (F0)- Kos lepas bagi masa yang diluangkan untuk pendidikan. (Pelajar yang berpendapatan tinggi behenti kerja untuk menyambung pelajaran)
Apa-apa peraturan keputusan untuk pelaburan adalah ia perlu dibuat selagi nilai pulangan pelaburan semasa melebihi jumlah kos pelaburan, NPV > Kos.
Nilai bersih semasa bagi pelaburan pendidikan

Apabila NPV adalah positif, NPV > 0 maka pelaburan keatas pendidikan diperingkat kolej/universiti adalah satu pelaburan yang baik. Tapi sekiranya NPV adalah negatif, NPV < 0 maka kolej/universiti bukanlah satu pelaburan yang baik. Jika kos pendidikan adalah lebih besar/tinggi berbanding gaji yang diperoleh pada masa akan datang, maka lebih baik berhenti melanjutkan pelajaran di peringkat kolej, dan bekerja.
Contoh: andaikan nilai-nilai adalah seperti berikut
T=10 tahun
Kt=RM5000 X 10 Tahun X 12 Bulan = RM600K
Ht=RM700 X 10 Tahun X 12 Bulan= RM84K
C0= RM30000
F0=RM700 X 3Tahun X 12 bulan= RM25200 (Tidak sama dengan Ht sebab ia adalah kos lepas sepanjang masa digunakan untuk study, means tidak bekerja kan)
r= 1% atau 0.01
apabila nilai PV>kos (C0+F0), maka orang akan sambung stdy

NPV= RM143940.3373
NPV >0, Means positif, so akan sambung study
Jika kos pendidikan iaitu yuran meningkat yang mana menyebabkan C0 meningkat dari RM30 K kepada 100K, dimana nilai F0 adalah kekal, So ia menyebabkan nilai NPV menurun dari RM143940.3373 kepada RM73740.33735. ini bermaksud orang tetap akan sambung study dimana nilai NPV masih positif walaupun kos meningkat.


NPV= RM73740.33735
Manakala jika nilai kos >PV orang tidak sambung study
Dengan andaian nilai C0 meningkat dari RM30000 kepada RM180000, dan pemboleh ubah lain tidak berubah,

NPV= -RM6259.662654
NPV <0, Means negatif, so tidak akan sambung study

Untuk awal persekolahan, pulangan untuk persekolahan melebihi kos. Terdapat dua sebab untuk ini. Pertama, terdapat banyak yang perlu dipelajari apabila seseorang mengetahui sedikit. Kedua kos persekolahan bagi awal persekolahan adalah rendah. Subsidi dan bantuan pendidikan yang diberikan kerajaan menyebabkan kos langsung C0=0. Tambahan lagi melepaskan pendapatan semasa awal persekolahan F0 adalah rendah dimana anak-anak boleh berkerja dalam perniagaan keluarga. Ijazah tambahan (extra degree) tidak meningkatkan pendapatan dimana pendidikan sebagai pengunaan (Education as a consumption). 

KESAN KOS DAN FAEDAH KOS
      I.
Peningkatan dalam kos tuisyen, yuran atau kos lain akan mengurangkan penglibatan/ kemasukan pelajar ke peringkat persekolahan yang lebih tinggi. Ini disebabkan pelajar mendapati kos pendidikan melebihi faedah/manfaat (gaji) yang akan diperolehi, dimana nilai bersih semasa (NPV) bagi pendidikan adalah hampir dengan kosong. Sesiapa yang telah berkerja dan mendapat gaji yang tinggi akan enggan/keberatan untuk menlanjutkan pelajaran. Ini disebabkan program MBA dan universiti biasanya meningkatkan kadar permohonan apabila ekonomi meleset dan mengurangkan kadar permohonan apabila ekonomi dalam keadaan baik.  Pendidikan adalah pelaburan yang baik apabila peluang pasaran buruh adalah rendah (peluang pekerjaan yang sedikit, gaji yang rendah, maka lebih bagus sambung study) dan sebaliknya kerana ini adalah kos lepas bersekolah. 

    II.        KADAR BUNGA
Peningkatan dalam kadar bunga bermaksud tingkat optimum untuk bersekolah juga akan rendah dimana pulangan pelaburan masa depan disedari adalah rendah atau NPV < 0. Semakin tinggi kadar bunga, semakin banyak perolehan pada masa depan yang akan didiskaun/ditolak. Dimana kadar bunga yang tinggi menyebabkan kos pinjaman seperti PTPTN meningkatkan menyebabkan NPV adalah rendah. Kadar bunga tidak memberikan kesan keatas keputusan untuk bersekolah, disebabkan oleh 2 sebab. Pertama pendidikan adalah pelaburan jangka masa panjang dimana kadar bunga jangka masa panjang adalah lebih relevan berbanding kadar bunga dalam jangka masa pendek dimana biasanya ia tidak cepat berubah (less volatile). Kedua kadar pinjaman implisit (kos terlindung/tidak nampak) yang ditanggung oleh ibu bapa bagi membiayai persekolahan anak-anak dimana anak-anak mereka nanti tidak akan terikat dengan kadar bunga. 

   III.        TEMPOH KERJAYA (T-Last year of the career)
Semakin lama/panjang tempoh berkerja, semakin besar pelaburan optimum dalam pendidikan. Maka, orang lebih memilih untuk melabur dalam pendidikan semasa mereka muda disebabkan mereka menjangkakan dapat memperoleh dan berseronok atas pulangan pelaburan dalam jangka masa panjang. Berdasarkan kajian, ia menjangkakan wanita cenderung untuk tidak melabur dalam pendidikan berbanding lelaki walaupun wanita menpunyai jangka hayat yang tinggi berbanding lelaki. Secara purata, biasanya wanita meluangkan masa yang sedikit dalam pasaran buruh berbanding lelaki, dimana ia mengurangkan pulangan pelaburan keatas pendidikan. Ia disebabkan oleh kesuburan (fertility). Ini menyebabkan kerjaya wanita terganggu untuk beberapa tahun. 

  IV.        PENGKHUSUSAN DALAM MODAL MANUSIA
Kebanyakkan pelajar mengkhususkan pendidikan yang mereka ambil (specialize their education), sebagai contoh, focusing on a major area of study in college (fokus dalam satu bidang). Pendidikan adalah seperti pelaburan yang menpunyai kadar pulangan berkurangan, dimana penambahan tahun pembelajaran dalam bidang yang sama memberikan kesan yang sedikit dalam bidang tersebut berbanding pada tahun sebelum (may be belajar benda yang sama menyebabkan utliliti/hasil berkurangan). Disebabkan itu, orang patut melabur dalam kemahiran berbanding fokus untuk mengelakkan masalah pulangan berkurangan. Kebiasaanya orang akan mengkhusus dalam pendidikan yang dilanjutkan disebabkan oleh faktor penting dalam ekonomi iaitu kelebihan bandingan dan keuntungan daripada perdagangan (comparative advantage and gain from trade). Jika seseorang individu fokus dalam satu bidang maka dia akan pakar dalam bidang tersebut dan mereka boleh memperdagangkan kepakaran tersebut kepada orang lain (cth: ahli kimia yang mencipta produk baru,ubat-ubatan dan farmasi). Biasanya betul bahawa pembelajaran berkesan dalam satu bidang akan berkurang dimana banyak masa diperuntukkan untuk belajar dalam bidang tersebut. Walaubagaimana pun ekonomi cenderung untuk memberikan ganjaran kepada peningkatan pengetahuan yang hebat dalam banyak bidang. Jadi ia biasanya dibayar untuk mengkhususkan dalam satu bidang.  

    V.        PEMBELAJARAN YANG BERKESAN
K – H adalah perbezaan dalam pendapatan selepas belajar, dimana ia bergantung sebanyak mana ilmu yang dipelajari dan kemahiran yang dimiliki dinilai dalam pasaran buruh. Apabila K – H meningkat, maka NPV daripada pendidikan juga turut meningkatkan dan kemudiaanya ia menyebabkan persekolahan meningkat. Kemampuan untuk belajar dengan lebih cekap di sekolah menyebabkan nilai K meningkat. Faedah persekolahan adalah tinggi bagi sesiapa yang sememangnya berbakat dan pandai dan mereka patut melabur dalam pendidikan di peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu ia meningkatkan ketidaksamarataan dalam kemahiran dan pendapatan yang diperoleh dalam ekonomi. Peningkatan dalam kualiti sekolah sepatutnya menpunyai kesan positif kepada K, dan sebaliknya. Inovasi teknologi dalam pendidikan dijangkakan akan meningkatkan pelaburan dalam pendidikan oleh penduduk. Pelajaran adalah pelengkap kepada teknologi untuk masyarakat yang maju. Menjadi orang yang tidak berpendidikan, tidak pandai membaca, tidak mampu menyelesaikan matematik yang mudah adalah halangan dalam masyarakat yang majoritinya adalah pekerja berkolar putih berbanding masyarakat petani. Maka nilai K dan tahap pendidikan adalah tinggi dalam masyarakat yang maju berbanding mereka yang hidup pada tahun 1990an.

Kenapa pasaran buruh menekankan pekerja yang berkemahiran tinggi berbanding yang kurang kemahiran?
Ia disebabkan pada masa sekarang berlaku peningkatan dalam penggunaan teknologi tinggi, termasuk penggunaan komputer di tempat kerja. Peningkatan dalam penggunaan teknologi tinggi meningkatkan keinginan untuk memiliki pekerja yang berkemahiran maka ia akan meningkatkan permintaan untuk pekerja yang berkemahiran dan meningkatkan nilai pasaran buruh mereka. 

PELABURAN DALAM LATIHAN SEMASA BEKERJA
Latihan kerja formal mungkin mengambil masa dan perhatian pekerja dari tugas biasa, menurunkan produktiviti. Meletakkan seorang pekerja yang tidak terlatih (not fully train) ke dalam pekerjaan, dan belajar melakukan pekerjaan itu, merendahkan produktiviti berbanding dengan meletakkan pekerja terlatih dalam kerja tersebut.

Modal Insan Umum vs Khusus Firma
         Modal insan umum (GHC) adalah kemahiran atau pengetahuan yang dimiliki pekerja yang boleh meningkatkan produktiviti kepada majikan semasa, dan majikan lain.
    Modal insan khusus firma (FHC) dapat meningkatkan produktiviti di majikan sekarang sahaja,tidak meningkatkan nilai anda kepada firma-firma lain.
·         Contoh: jika firma mempunyai mesin telah direka untuk kegunaan firma itu sendiri, pengetahuan tentang bagaimana untuk mengendalikan mesin dapat meningkatkan produktiviti anda dalam kerja ini tetapi ia tidak menpunyai nilai jika anda menukar majikan.
KAEDAH LATIHAN
Pada umumnya kaedah-kaedah latihan boleh dibahagikan kepada dua bentuk yang paling utama iaitu:
   -Latihan Semasa Bekerja (ON-THE-JOB TRAINING).
   -Latihan Luar Masa Bekerja (OFF THE JOB TRAINING).
INVESTMENT ON THE JOB TRAINING
Latihan Semasa Bekerja
Latihan semasa kerja dilaksanakan oleh organisasi dengan menempatkan pekerja baru atau pekerja yang baru dinaikkan pangkat untuk bekerja bersama-sama dengan pekerja lain yang lebih berpengalaman (M.B. Muda, et.al, 2003). Latihan semasa kerja juga dijalankan menerusi taklimat, ceramah, mahupun kursus pendek yang dianjurkan oleh organisasi di tempat kerja pada hari bekerja. Contoh program latihan semasa kerja adalah Latihan Arahan Kerja, Pusingan Kerja (job rotation), Coaching dan Mentor-Mentee
Latihan Sambil Bekerja meliputi beberapa kaedah seperti:
Ø  Demonstrasi (Demonstration)
Ø  Latihan bersama Jurulatih. (Coaching)
Ø  Latihan membuat kendiri. (do-it yourself training)
Ø  Pusingan kerja dan pelan pengalaman. (job rotation and planned experience)
Ø  Latihan berasaskan teknologi. (Technology based training (TBT))
Terdapat 2 jenis latihan semasa bekerja
1.    Latihan umum- merujuk kepada latihan yang meningkatkan produktiviti seseorang dalam banyak firma.
2.    Latihan khusus firma- meningkatkan produktiviti seseorang hanya pada firma yang menyediakan latihan.

IMPLIKASI DARIPADA LATIHAN SEMASA BERKERJA (ON THE JOB TRAINING) (ROS)

a)    PENGANTIAN/TURNOVER
Jika latihan adalah umum maka firma tidak peduli tentang pengantian (abaikan kos pusing ganti pekerja). Jika firma tidak membuat pelaburan maka firma tidak memperoleh pulangan daripada latihan dan firma tidak akan rugi sekiranya pekerja berhenti. Sekiranya pekerja yang dilabur oleh firma berpindah kepada majikan yang lain, pekerja tidak akan rugi apa-apa, sebab kos ditanggung oleh majikan.
Sebaliknya apabila latihan semasa berkerja adalah khusus/spesifik, firma dan pekerja peduli tentang pengantian (majikan kalau boleh mahu elakkan pekerja daripada berhenti). Perkongsian pelaburan khusus firma (firm-specific investment), kedua-dua pihak akan rugi sekiranya pekerja tersebut berhenti. Semakin besar perbezaan produktiviti dalam sesebuah firma maka semakin tinggi kerugian (means pekerja yang di invest specific training boleh menghasilkan produktiviti yang tinggi then jika mereka berhenti ia memberikan kerugian kepada syarikat). Pelaburan yang khusus (specific investment) memainkan peranan dalam peningkatan hubungan antara pekerja dan majikan. Kedua-duanya menpunyai insentif untuk melabur dan mengekalkan perhubungan.
b)    PELABURAN
Semakin rendah pengantian pekerja dalam sesebuah firma, maka pekerja lebih cenderung untuk melabur dalam kemahiran yang pelbagai dimana ia sesuai untuk pekerjaan semasa dan majikan. Pengantian yang tinggi menyebabkan pekerja lebih cenderung untuk melabur dalam kemahiran supaya mudah diaplikasikan dalam firma yang lain. Firma jarang menginginkan kepelbagaian kemahiran kerana mahu mengelakkan pengantian pekerja. Corak pelaburan sepatutnya berubah mengikut masa. Pekerja yang telah lama bekerja dengan sesebuah firma berkemungkinan menpunyai kemahiran yang sepadan dengan firma tersebut. Ini meningkatkan insentif untuk kekal dengan majikan tersebut dan mendorong untuk melabur lebih banyak dalam kemahiran khusus firma (firm-spesific skills). Peningkatan dalam jawatan atau tempoh pekerjaan menyebabkan pekerja cenderung untuk melabur dalam pekerjaannya sekarang.
c)    PAMPASAN/GANTI RUGI
Idea ini memberikan kesan kepada bentuk pampasan (compensation pattern).Pertama, gaji akan meningkat dengan meningkatnya pengalaman seseorang dalam pasaran buruh. Hal ini kerana kebanyakkannya pekerjaan menyediakan latihan semasa bekerja. Kedua pekerja yang lebih lama berkerja dalam sesebuah firma akan mendapat gaji yang lebih tinggi berbanding pekerja yang lain. Ini kerana kemahiran mereka lebih tertumpu kepada firma dan mereka akan menerima pulangan daripada pelaburan yang mereka buat dulu dalam kemahiran khusus firma (Firm-specific skills). Ketiga, semakin banyak kemahiran khusus firma yang dimiliki pekerja, semakin banyak kerugian yang ditanggung pekerja sekiranya mereka bertukar kerja. Hal ini kerana kemahiran yang ada hanya sesuai untuk pekerjaan sekarang bukan pekerjaan lain. Semakin tinggi kerugian yang dijangkakan dalam ganti rugi dari meninggalkan firma, maka semakin rendah kemungkinan untuk meninggalkan firma tersebut. Ini kerana pekerja cenderung untuk melabur lebih banyak dalam kemahiran khusus firma untuk majikan mereka untuk terus kekal bekerja di firma tersebut.
d)    KETEBALAN PASARAN BURUH (LABOR MARKET THICKNESS)
Pasaran buruh kadang-kadang disifatkan sebagai tebal dan nipis. Pasaran tebal adalah apabila pekerja dengan mudah mendapat pekerjaan baru dimana mereka memiliki kemahiran yang baik. Pasaran yang nipis pula adalah sebaliknya. Ketebalan pasaran buruh adalah bergantung kepada jenis pekerjaan pekerja. Cth: lebih banyak peluang pekerjaan untuk peguam berbanding dengan ahli akademik dalam sesebuah Bandar. Ketebalan juga bergantung kepada kitaran perniagaan. Jika ekonomi meleset maka beberapa firma sahaja yang akan mengupah pekerja, ini menyukarkan untuk mendapatkan penawaran kerja yang memberikan upah yang sama berbanding kerja mereka sekarang. Ia bertentangan apabila ekonomi dalam keadaan yang baik. Ketebalan juga disebabkan oleh saiz ekonomi tempatan, jika terdapat kos untuk pekerja bergerak mencari pekerjaan yang baru. Ketebalan juga bergantung kepada kemahiran campuran pekerja. kemahiran campuran menyebabkan kenipisan pasaran buruh untuk sesetengah pekerja.
e)    SAIZ FIRMA
Pekerja di firma yang lebih besar akan melabur lebih banyak dalam kemahiran yang pelbagai dan khusus untuk majikan mereka. Ini disebabkan, pertama firma yang besar menpunyai pengantian pekerja yang rendah berbanding firma kecil. Kedua, firma besar akan mencari alternatif atau kerja yang baru sekiranya pekerja berhasrat mahu menukar pekerjaan. Syarikat yang besar kadang-kadang menpunyai pasaran dalaman buruh formal dimana Jabatan Sumber Manusia secara aktif menawarkan pekerjaan dan mencari calon dalaman untuk mengisi kekosongan jawatan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...