Sunday 6 March 2016

Trip To Waterfall Sungai Chiling

Perjalanan ke Air Terjun Sungai Chiling Kuala Kubu Bharu

Assalamualaikum.... 6 Mac 2016 merupakan trip kami ke Air Terjun Sungai Chiling. First time pergi aku fikir Sungai Chiling ni macam air terjun Chemerong yang terletak di Dungun Terengganu, dimana sampai sana tak perlu nak hiking bagai, turun kereta je terus jumpa air terjun. Air terjun sungai Chiling ni memang adventure, daripada kaki bukit nak ke puncak air terjun memakan masa dalam 45 minit camtu. So bagi mereka yang minat hiking and adventure boleh try datang sini. 

Gambar di bawah ini adalah pintu utama Sungai Chiling. Kenderaan tidak dibenarkan masuk. So korang parking di luar je ye. Nak datang sini make sure pakai kasut sukan, untuk keselamatan korang juga. 
Entrance Sungai Chiling
Bila da masuk entrance tu korang akan berjalan masuk dalam 5 minit camtu, then korang akan jumpa ni. Untuk pengetahuan korang semua, air terjun Sungai Chiling ni hanya dibuka pada hari jumaat, sabtu dan ahad iaitu bermula 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Make sure korang tak pergi weekdays. Nanti korang yang tersurprise sebab penat-penat ja datang dari jauh. 

lepas tu korang akan jumpa ni. Pondok merah tu merupakan tempat pendaftaran, dimana caj yang dikenakan adalah RM1 seorang. 
Tempat Pendaftaran Sungai Chiling
Lepas da buat pendaftaran, korang da boleh mulakan perjalanan korang untuk ke puncak air terjun. Bagi yang tak nak hiking korang boleh mandi di bawah sahaja. Tapi kebiasaanya dekat bawah tu sesak, ramai orang. Biasanya dorang buat program, camping atau sebagainya. Gambar dibawah ni adalah lintasan pertama yang korang kena lalui. 
Laluan pertama: Jambatan
Lepas korang lalu jambatan korang akan jumpa jalan yang macam ni. Suasana Sungai Chiling ni sangat best. Pokok-pokoknya hijau, udaranya nyaman, dan sangat-sangatlah menyenangkan dan menyamankan. Pelancong asing pun turut datang sini tau. 

Laluan ke Air terjun
Laluan yang korang perlu lalui. Jalannya agak sedikit becak. Tapi tak berapa becak pun. Ok la. 
Ada yang cakap yang kat laluan yang becak camni ada lintah. Hmm. Aku pun tak pasti betul ke tak. Apa-apa pun korang perlu berhati-hati je sepanjang perjalanan korang.
Laluan ke Air Terjun Sg Chiling

Laluan Ke Air Terjun Chiling
Sepanjang Perjalanan korang akan nampak ni
Sepanjang perjalanan sebelah kiri korang, korang akan nampak ni. Ada juga sesetengah daripada pengunjung yang mandi disini.


Ikan kecil
Nah aku belanja korang short video. huhu..
Ok. Yang ni agak adventure. Korang kena naik balak ni untuk meneruskan perjalanan naik korang ke air terjun. Hati-hati ye korang. Bagi kaum hawa sila berhati-hati ye. 
Halangan Pertama Laluan ke Air Terjun Chiling
Lepas daripada balak tu kena jalan lagi. Actually jauh lagi perjalanan. Balak tu hanyalah halangan pertama korang. Selepas tu korang akan nampak ni sepanjang perjalanan korang.



Lepas tu korang akan jumpa ni. First time pergi sini aku fikir da sampai. Rupanya kena redah ni. So terpaksalah buka kasut. Jadi aku sarankan korang bawa selipar jepun sebab lepas sampai penghujung sana tak kan la korang nak pakai kasut lagi kan. Make sure bawa sedia selipar. Kalau korang nak berkaki ayam boleh je, tapi sakit r kaki korang pijak batu-batu sepanjang perjalanan korang ke puncak. 
Halangan Kedua Sungai Chiling
Hati-hati ye lalu ni. Jangan pijak batu-batu besar yang tenggelam. Kebiasaanya batu yang tenggelam tu licin. Kalau korang pijak juga tak tau la. Nasib korang la kalo terjatuh. Huhu.


Ikan-ikan kecil sepanjang perjalanan
Selepas halangan kedua, korang jalan lagi dalam beberapa minit, kemudian korang akan jumpa ni. Titian ke seberang. Korang kena naik ni. Make sure take off selipar korang. Kalau tak, tak pasal-pasal korang jatuh. So be careful ok. 

Halangan Ketiga Laluan ke Sg Chiling
Kemudian, selepas melepasi balak, jalan je dalam beberapa minit korang akan nampak ni. Bagi aku ni lah halangan yang sangat-sangat susah, adventure dan sakit juga lah nak ke sampai di atas.  Aku sarankan korang naik slow-slow tak payah fikir nak cepat sampai. Korang boleh pengsan tau bagi yang ada low blood pressure. Ini pengalaman aku sendiri la. hahaha. Make sure bawa air mineral cukup-cukup. Mendaki ni memerlukan kekuatan mental dan fizikal tau. Korang kena kuat. Yang penting jangan putus asa. Sebab apa? sebab korang da nak sampai da pun. Rugi tau kalau give up. 
Kalau da naik tu tak payah tengok belakang ye. SILA BERHATI-HATI ye. Ni halangan yang sangat-sangat mencabar untuk korang. 
Halangan Terakhir ke Puncak Air Terjun Sg Chiling
Gambar dibawah adalah view selepas korang mendaki. Perggh.. Seram juga kalau tengok ke bawah. Hati-hati ye. Jangan terlalu dekat dengan tebing. 
Views Selepas Mendaki
Air Terjun Sg Chiling
Ok. Korang da sampai puncak da. Jalan je sikit lagi. Dalam 1 minit camtu. Tadaaaa. Da sampai pun. Tu da nampak da air terjun Sg Chiling. 

Air Terjun Sg Chiling
Pesanan aku:
  1. Korang nak mandi tu hati-hati tau. Ni korang berada di puncak tau dimana arus airnya sangat laju.
  2. korang tak payah la sangat nak berbikini bagai. Haisssh.. Mencemarkan pandangan mata betul. Even orang putih pun tak de nya yang berbikini situ.
  3. Yang lelaki pun sama la. Tak payah nak berboxer bagai. Malu pula kepada kaum hawa yang tertengok. 
  4. Kebersihan pun penting juga. Jangan sembarangan buang sampah ye. Plastik-plastik roti, botol mineral jangan buang ye. Simpan je dalam beg. Jaga kebersihan untuk kelestarian alam kita. 
Cadangan aku: 
  1. Pihak berwajib yang bertanggungjawab haruslah menaiktaraf tandas-tandas yang disediakan. Untuk pengetahuan korang, tandas yang disediakan untuk kaum hawa adalah 2 tandas dan 1 bilik air sahaja. Korang yang nak tukar baju confirm kena beratur panjang. 
  2. Pihak berwajib juga haruslah menaiktaraf surau. Untuk pengetahuan korang, surau tersebut sangat kecil dan surau tu umum. Lelaki pun ye. Perempuan pun ye. Dalam erti kata lain surau tu ada 1 je. 
Waallah'ulam

Wassalam......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...