Tuesday 29 May 2018

Resepi Tart Nenas

Bahan A: 

1. 1ketul buttercups 250g (keluarkan awal,bagi lembut)
2. 1sdb minyak sapi
3. 1sdb gula icing
4. 2 biji kuning telur
5. Pewarna kuning telur
Bahan B:
1. 1/2 cawan tepung gandum
2. sdb tepung kastard
3. 2 sdb tepung jagung

Bahan C: Glaze
1. 2 biji kuning telur
2. 1 sudu air
3. pewarna kuning 

Bahan C: Glaze (resepi lain)
1. 1 biji telur


Cara-cara:
1. Gaul sebati bahan A menggunakan senduk. 
2. Kemudian masukkan bahan B
3. Uli dengan tangga hingga tidak lekat kat tangan (kalau lembik tambahkan tepung gandum sikit-sikit.
4. Terapkan, letak inti dan glaze kuning telur.
5. Bakar selama 30 minit suhu 180c, api atas bawah sehingga garing. (resepi lain bakar selama 15/160c, 25/170, 20/180)

Nota: Resepi ini adalah daripada Suhaila Azhar daripada group Masak Apa Hari ni.. (MAHN)

---------------------------------------------------------------------------------

RESEPI LAIN:
1. 1 ketul butter @ 250g marjerin
2. 3 1/4 cwn tepung gandum
3. 3 sudu gula icing
4. 1 biji kuning telur
5. 1 camca esen vanila
1)kacau sebati butter & gula
2)masukkan kuning telur & esen vanila kacau sebati lagi
3)masukkan tepung sedikit2 sampai jd doh
4)blh la gulungkan
5)sapukan kuning telur pd permukaan tart
6)bakar suhu 180 selama 20 minit. Siap! 

Nota: Resepi daripada Niza Mualif
---------------------------------------------------------------------------------

RESEPI LAIN

Bahan-bahan:
1. 250 gm butter/margarine (1 cawan paras) 
2. 250 gm tepung gandum (anggaran 2 1/4 cawan)
3. Inti nenas secukupnya

Cara-cara:

1. Sebatikan bahan 1 dan 2 guna seduk kayu sahaja sehingga kedua dua bahan sebati. Sekadar sebati sahaja. Tak jadi perlu kembang.
Adunan memang lembut dan melekat di jari.
2. Masukkan ke dalam acuan tart dan paip memanjang. Potong anggaran 2 inci panjang.
Saya menggunakan cutter khas*.
3. Letakkan inti jem nenas yang telah digentel memanjang. Berat anggaran 6 gram setiap biji.
4. Gulung kemas. Sapu dengan telur kuning kalau nak. Kalau tak nak pun tak pa.
5. Bakar pada suhu 140 darjah selama 25 hingga 30 minit.
NOTA:
1. Saya guna butter Anchor salted
2. Tepung cap bunga Ros
3. Inti nenas saya beli di kedai jual bahan bakery. Minta jem nenas THAI GRED A. Anggaran RM10 Sekilo.
4. Satu adunan akan menghasilkan anggaran 42 biji tart gulung.

Nota: Resepi daripada Zalina Yahya daripada group Masak Apa Hari Ni..(MAHN)
---------------------------------------------------------------------------------

Resepi jem nenas
1. 2 biji nenas
2. 1 1/2 cawan gula
Blend nenas dengan gula guna setengah cawan air sahaja..
Masak kalau boleh guna kuali non stick, tutup nanti letup2 sikit.. 
Bila da kering boleh angkat.. sis tak guna pewarna ye.. warna asli.

Nota: Resepi daripada Jue Honey

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...