SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Friday 18 October 2013

petua penyimpanan makanan

Panduan asas penyimpanan makanan di ruang pendingin (chiller) peti sejuk:

1)Simpan makanan mentah dan makanan yang telah dimasak dalam ruang yang berbeza dan bertutup.

2)Simpan semua makanan yang telah dimasak di dalam bekas atau beg plastik yang bertutup, dibungkus dengan plastik nipis atau kertas aluminium bagi mengelakkan pengeringan, pencemaran, perubahan bau dan tumpah.

3)Simpan makanan masak di bahagian atas dan makanan mentah di bahagian bawah bagi mengelakkan pencemaran. Makanan yang telah dimasak boleh jadi tercemar walaupun bercampur sedikit saja bahan mentah. Bahan mentah seperti daging dan sayur-sayuran biasanya mengandungi kuman yang boleh mencemar makanan yang telah dimasak.

4)Simpan sayur-sayuran di dalam beg plastik berlubang dalam ruang sayur-sayuran. Ini bagi mengurangkan kehilangan air dan untuk peredaran udara.

5)Simpan buah-buahan dan sayur-saurian berasingan kerana ia boleh menyebabkan pengumpulan gas ethelene dalam peti sejuk yang akan merosakkan makanan.

6)Simpan mentega atau marjerin berasingan dari ikan dan buah-buahan kerana ia boleh berubah dengan bau tersebut.

7)Simpan telur dan makanan berasaskan telur berasingan dari bawang bagi mengelakkan ia berubah dengan bau bawang.
Jangan simpan makanan panas terus di dalam peti sejuk. Ia hendaklah disejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Makanan yang panas perlu disejukkan dulu sebelum disimpan untuk menghalang pertambahan kelembapan dan mengekalkan suhu di dalam peti sejuk.

8)Jangan menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk. Ini kerana jika disimpan dalam tin yang asal, kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah ke udara. Pindahkan makanan tersebut ke dalam bekas plastik atau kaca bertutup sebelum disimpan ke dalam peti sejuk.

9)Jangan menyimpan daging, ikan dan ayam di dalam peti sejuk lebih dari 3 hari. Kandungan protein dan kelembapan yang tinggi di dalam makanan tersebut akan menggalakkan pembiakan kuman dan menyebabkannya cepat rosak.

10)Jangan simpan makanan yang telah dimasak lebih dari 3 hari di dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment