Reunion SMTTAA Bentong Batch 97/98

Reunion SMTTAA Bentong Batch 97/98

Wednesday, August 12, 2015

Sekolahku

 
KAMI Bermula disini !!!
Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan, Bentong Pahang.
- Datang dengan Tujuan.
- Belajar dengan harapan.
- Balik dengan segenggam kejayaan.

Sekolah ini pernah dikenali dengan beberapa nama iaitu :
- Sekolah Menengah Vokasional Bentong, Pahang
- Sekolah Menengah Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong Pahang
- Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan, Bentong Pahang
- Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong Pahang

Lokasi
Km 6, Jalan Kuala Lumpur (Jalan Lama),
28700 Bentong Pahang.
Bersebelahan Taman Kolej dan Taman Mawar.

Sejarah Sekolah
Pada asalnya sekolah ini adalah satu diantara 8 buah sekolah menengah vokasional yang dibuka pada tahun 1989 dengan kos pembinaan melebihi RM12 Juta.

Siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 1988.
Sekolah ini mula beroperasi pada 3 Januari 1989 dengan nama Sekolah Menengah Vokasional Bentong.

Pengetua pertamanya ialah En. A. Parameswaran. Jumlah guru dan kakitangan ketika itu seramai 32 orang dan 350 pelajar kumpulan pertama telah mendaftar di tingkatan 4 pada 20 Febuari 1989.

Sekolah ini telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar pada hari Sabtu 23 Zulhijjah 1411 bersamaan 7 Julai 1991.

Sempena dengan itu baginda berkenan menamakan sekolah ini sebagai Sekolah Menengah Vokasional Tengku Ampuan Afzan sebagai memperingati permaisuri baginda yang telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 1990.
 pintu gerbang Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong.
 
Dewan serbaguna yang menempatkan bilik jamming suatu ketika dulu. Pelbagai program dan aktiviti akan diadakan disini. Sekian..