AMALKAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W

assalamualaikum  ...... :)



mari kita mengamalkan sunnah rasulullah s.a.w .....  tak semua sunnah pun x pa
tetapi kita cuba mengamalkan sunnah secara (1bulan 1 sunnah ) ... kalau tidak keberatan
jika kita melakukan sunnah mendapat pahala ...


SUNNAH RASULULLAH S.A.W :

!) DAHULUKAN YANG KANAN DARIPADA YANG KIRI ...

Daripada Sayidatina Aisyah meriwayatkan : " Rasulullah menyukai (mendahulukan ) sebelah kanan bagi semua urusannya ;ketika bersuci (berwuduk) , ketika menyisir rambut dan ketika memakai sepatu ." 
( Riwayat al-Nasa'i)


Rasulullah sangat  menyukai  mendahulukan dengan kanan .  Baginda memberi dan menerima sesuatu dengan tangan kanan . Dalam pelbagai perbuatan lagi , Baginda turut mendahulukan dengan anggota kanan .

Sesetengah ulama' berpendapat bahawa Rasulullah suka mendahulukan bahagian kanan kerana ahli syurga
adalah daripada golongan kanan. Di  sini kita lihat  betapa mulianya bahagian kanan daripada bahagian kiri .

Cuba kira, dalam sehari berapa kali kita mengambil dan memberi barang ? Mesti berpuluh-puluh kali, bukan? Bermula dari awal pagi ; kita mengambil tuala,berus gigi , ubat gigi , sabun mandi , minuman dan sarapan .beg dan kasut serta banyak lagi..

Mesti tidak terhitung , bukan ? Mungkin dalam sehari sahaja disebabkan mengambil dan memberi barang dengan tangan kanan  sebanyak 50 kali sehari ,kita sedang mengikut sunnah sebanyak 50 kali . Itu baru mengambil dan memberi barangan . Tidak termasuk lagi perbuatan lain yang kita buat setiap harii berkali-kali .
Mungkin kebanyakan kita sudahpun memulakan dengan anggota kanan , tetapi bagaimana dengan niat ? Pernahkah diniatkan untuk mengikut sunnah Rasulullah s.a.w ?

 PELAN TINDAKAN :)

Saya akan pasang niat pada setiap awal pagi : " Semua perbuatan saya hari ini bermula dari awal pagi hingga sebelum saya tidur yang dimulakan dengan tangan dan kaki kanan saya niatkan semata-mata mengikut sunnah Rasulullah s.a.w . saya gembira ikut sunnah !"


1  sunnah  =  100 kali  syahid 


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud " Sesiapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah pada zaman kerosakan umat, Allah akan memberikannya ganjaran 100 pahala mati syahid ." 

Masya allah , 100 pahala mati syahid ! Sedangkan 1 pahala mati syahid pun sudah mencukupi untuk menjamin kita ke syurga . Justeru, amalan -amalan ini adalah satu ganjaran dan keistimewaan untuk mendekatkan kita dengan Pencipta alam semesta .


wallahualam .....

Comments

Popular posts from this blog

BIODATA SYEIKH DR ABDURRAHMAN AL-SUDAIS

BIODATA KHALID AL-WALID - WIRA PERKASA

BIODATA KEKASIH ALLAH S.W.T