BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 26 Oktober 2011

Peristiwa Israk dan Mikraj

Pengertian:

Israk - Perjalanan Rasulullah s.a.w dari MasjidilHaram di Mekah ke Masjidil Aqsa. di Palestin

Mikraj-Perjalanan Rasullullah  s.a.w dari Masjidil Aqsa di Palestin ke Sidratul Muntaha(tempat yang lebih tinggi daripada langit ke 7)

Firman Allah Taala maksudnya: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya(Muhammad)pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami.Sesungguhnya Allah jua yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Kenapa Allah menjalankan Nabi Muhammad

Tujuan  Allah s.w.t membawa Nabi Muhammad berjalan adalah untuk menghiburkan hati baginda yang sangat bersedih kerana pada tahun tersebut Nabi Muhammad saw telah kehilangan dua orang insan yang tersayang iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isteri tercinta iaitu Saiyidatina Khadijah bt Khuailid r.a.
Tahun tersebut juga dikenali sebagai Yaumul Hazan atau Tahun Dukacita

Peristiwa pada malam sebelum berlaku Isra'

Malaikat Jibrail bersama dua malaikat lain membelah dada Nabi Muhammad dan mengeluarkan hati baginda.kemudian membasuhnya dengan air zam-zam dan memasukkan iman serta hikmah ke dalam dada baginda sebagai persediaan untuk Israk'dan Mikraj.

Tarikh Isra' dan Mikraj

Malam 27  Rejab tahun ke 11 kerasulan

Kenderaan Rasulullah

Rasulullah saw menunggang buraq dan ditemani oleh malaikat Jibrail.
Di Masjidil Aqsa Rasulullah saw menjadi imam solat bersama para nabi dan rasul

Peristiwa yang berlaku sebelum Isra'dan Mikraj

Tafsirannya
Kaum yang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka .Kemudian keluar hasil yang baru seolah-olah belum dituai

Pahala orang yang berjihad pada jalan Allah yang tidak putus-putus
Kaum yang memecahkan kepala mereka dengan batu,kemudian,kembali sembuh.Selepas itu mereka memecahkan kepala mereka semula berkali-kali


Orang yang malas solat
Kaum yang menggunting lidah dan bibir mereka

 
Orang yang membuat fitnah
Lelaki yang tidak terdaya memikul seberkas kayu kerana terlalu berat,tetapi menambah lagi kayu yang lain.
 
Orang yang tidak menunaikan amanah tetapi masih mahu menerima amanah lagi

Semasa berada di Sidratul Muntaha,Rasulullah saw menerima perintah menunaikan solat sebanyak 50 waktu sehari semalam.Setelah dinasihati oleh nabi Musa a.s, baginda merayu kepada Allah s.w.t.supaya dikurangkan sehingga menjadi 5 waktu sahaja yang bersamaan pahala 50 waktu

Kaitan peristiwa Isra' dan Mikraj dangan suasana hari ini

1.Menjauhi amalan fitnah menfitnah
2.Menunaikan amanah
3.Rajin menunaikan solat
4.Sentiasa muhasabah diri
5.Selalu bersedekah dan berderma untuk kebaikan
6.Menyakini bahawa Rasulullah adalah orang yang pertama naik ke langit dan satu-satunya manusia yang yang telah berjumpa dan menghadap Allah secara berdepan.


Soalan Latihan:

Suaikan pernyataan dengan keterangan yang diberi

Israk                                      Tempat yang dikunjungi oleh Rasulullah saw


Buraq                                     Kenderaan  Rasulullah ketika Isra’dan Mikraj


Masjidil Aqsa                         Perjalanan Rasulullah menuju Sidratul Muntaha


Mikraj                                    Perjalanan Rasulullah menuju ke Baitul Muqqadis



Susun peristiwa Isra dan Mikraj mengikut urutan

menerima perintah solat                                        bertolak dari Masjidil Haram

pada malam 27 Rejab Tahun ke 11 kerasulan                bertolak dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha

bersolat bersama para Nabi dan Rasul

1.__________________________________________________________________________


2.__________________________________________________________________________


3.__________________________________________________________________________


4.__________________________________________________________________________





Jawab soalan berikut

1.Nyatakan maksud Isra' dan Mikraj?

_________________________________________________

2.Bilakah berlakunya Israk dan Mikraj?

 _________________________________________________

3.Terangkan peristiwa penerimaan perintah menunaikan solat?


__________________________________________________



___________________________________________________



___________________________________________________



___________________________________________________________________





Isi tempat kosong dengan jawapan yang disediakan


1.Peristiwa Isra' dan Mikraj berlaku pada bulan_______________
2.Semasa Isra dan Mikraj,Rasulullah ditemani oleh malaikat______________________
3.Sebelum_______________Rasulullah  bersolat di Masjidil Aqsa
4.Nabi menerima perintah _____________________ semasa  baginda berada di Sidratul Muntaha
5.Peristiwa Isra dan Mikraj berlaku pada waktu_____________________

Senaraikan tiga pengajaran daripada peristiwa Isra' dan Mikraj



1.________________________________________________________________________________



2.________________________________________________________________________________




3._______________________________________________________________________________