Notice: Array to string conversion in /home/waktusolat/public_html/templates/user/index.php on line 95
Array Peranan Ibu Bapa Memupuk Semangat Perpaduan-Peranan Ibu Bapa Memupuk Semangat Perpaduan
 

 

 
26 Syawal, 1438 Hijrah
21-Jul-2017

   
Peranan Ibu Bapa Memupuk Semangat Perpaduan

Peranan Ibu Bapa Memupuk Semangat Perpaduan

Terdapat peribahasa Melayu yang berbunyi ,"bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat ". Semangat perpaduan berperanan signifikan dalam usaha melahirkan masyarakat yang bermuafakat dan menyemarakkan semangat integrasi nasional dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum selaras inspirasi "Satu Malaysia". Walau bagaimanapun , alangkah kecewanya melihat semangat yang murni ini kian hari kian di telan dek kemodenan dan diabaikan oleh generasi muda mutahir ini . Untuk mengelakkan semangat perpaduan daripada terkubur begitu sahaja , institusi keluarga memainkan peranan vital untuk menyuntik semangat perpaduan yang luhur dalam sanubari generasi muda yang merupakan bakal pelapis kepimpinan tanah air.

Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi , teladan ibu bapa atau lebih dikenali sebagai "role model" merupakan uslub primer yang efektif dan pragmatik untuk menyemai semangat solidariti dalam kalangan anak-anak. Dalam konteks ini , ibu bapa wajar menunjukkan suri teladan yang baik dengan menjalinkan perhubungan yang yang erat dan karib dengan jiran tetangga. Sempena sambutan perayaan , ibu bapa haruslah mengadakan majlis rumah terbuka . Secara tidak langsung , amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran tetangga setempat. Justeru, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh .
Di samping itu , memang tidak dinafikan bahawa ibu bapa turut berperanan penting dalam mengajar anak-anak mereka menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara serta menghormati adat istiadat kaum-kaum lain dengan penuh berdedikasi. Pada realitinya , ibu bapa haruslah memastikan generasi muda berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu-padu dan harmoni dalam pelbagai aspek. Bertitik tolak daripada itu , ibu bapa turut bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka memahami dan menghormati adat istiadat , pantang larang serta kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia demi mengelakkan konflik antara kaum .

Selain itu , semangat mahmudah yang jitu ini turut mampu diterap dalam jiwa generasi muda melalui dorongan yang diberi oleh anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum di sekolah seperti PLKN , RIMUP dan sebagainya. Maka , program-program khas yang diwujudkan untuk remaja ini amatlah efektif dalam menjana peluang untuk mewujudkan interaksi antara generasi muda. Strategi serampang dua mata ini bukan sahaja dapat menyemai semangat perpaduan dalam kalangan remaja malahan mampu menyemarakkan semangat patriotisme mereka , bak kata pepatah "sambil menyelam minum air".

Bukan itu sahaja , langkah bercerita tentang susur galur sejarah bangsa Malaysia kepada anak-anak juga merupakan satu minhaj yang ideal diambil oleh ibu bapa. Ibu bapa perlu menekankan bahawa kemerdekaan tanah air kita yang dicapai hari ini adalah berkat perjuangan semua kaum dan semua anak watan wajib menghargai titik peluh bekas pemimpin kita yang tidak ternilai ini. Sebagai analoginya , generasi muda yang umur baru setahun jagung , darah baru setampuk pinang tidak akan terlalu taksud dengan kenikmatan materialistik sehingga hidup dalam kepompong sendiri dan mengambil enteng tentang kepentingan mewujudkan perpaduan dalam tanah air sendiri .

Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menggalakkan anak-anak mereka menonton filem , drama dan iklan yang bertemakan perpaduan antara kaum. Statistik yang sahih telah menunjukkan filem-filem ini memang jauh lebih efektif dan berkesan berbanding dengan bahan bertulis kerana persembahan media elektronik lebih menarik , kreatif dan inovatif. Maka , pelbagai iktibar dan pengajaran dapat diperoleh oleh generasi muda melalui persembahan-persembahan elektronik ini . Rentetan itu, wujudlah garis panduan yang berladaskan segala iktibar dan pengajaran yang diperolehi oleh generasi muda untuk mengecapi perpaduan dan keharmonian .

Seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh", semangat perpaduan yang menjadi panduan hidup anak watan merupakan inti kepada pembentukan masyarakat sakinat dan harmoni. Untuk merealisasikan matlamat ini , iaitu membentuk masyarakat sakinat dan mengecapi perpaduan antara kaum , segenap lapisan masyarakat sayugialah bersinergi bagai aur dengan tebing dan jangan sekali-kali bernafsi-nafsi bagai enau dalam belukar ,melepaskan pucuk masing-masing . sebagai intihanya , iltizam dan komitmen masyarakat amatlah vital dan berperanan signifikan .
Oleh:Izukazx . Blogspot ...

www.myjodoh.net
Peranan Keluarga Untuk Memupuk Amalan Menabung

Amalan berjimat cermat amat penting dalam menghadapi krisis ekonomi ha

Peranan Ibu Bapa Untuk Mendidik Anak-anak Mementingkan Kebersihan

‘Kebersihan bermula dari rumah’. Pernyataan ini mampu merangsang jiwa se

Karangan Perbincangan  Peranan Pelbagai Pihak Dalam Memajukan Industri Pertanian Negara

Pascakemerdekaan negara Malaysia menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang rancak. Kemajuan yang dicapai

Kisah Benar  Ibu Mengahwini Anak Kandung Sendiri jom Layan Wawancara Mereka

Kisah Benar Ibu Mengahwini Anak Kandung Sendiri jom Layan Wawancara Mereka

Insyak Spm  Peranan Pelajar Dalam Membentuk Perpaduan Negara

AbuAqil aka AbuSakeena Kelas tambahan semalam para pelajar dibekalkan kara

TAJUK 2 : PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH (PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF)

BY  :  KUMPULAN B SOALAN :Cikgu Ahmad bertugas di seb

Lelaki Memang Terkenal Dengan Sifatnya Yang Ego Selain Suka nbsp dipuji lelaki Paling Tidak Suka Mengaku Kesilapan Yang Dilakukannya Jadi Kalau Terjadi Salah Faham Wanita Kena Bijak Main Peranan Untuk Memujuk nbsp confirm Cair Punya La

Majlis perkahwinan impian ialah permulaan bagi kebahagiaan sesebuah pasangan.

Isu Seks Pelajar Di Sekolah  Ibu Bapa Salahkan Guru

KUALA LUMPUR – Isu pelajar sekolah mengadakan hubungan seks atau mengandung anak di lu

Peranan Ibu Bapa Untuk Melahirkan Individu Yang Penyayang

Perasaan saling menyayangi dan hormat-menghormati sesama ahli keluarga dapat

Nafkah Anak Luar Nikah Dan Tanggungjawab Bapa Anak Luar Nikah

Soalan Assalamualaikum.Disini saya ada persoalan mengenai nafkah anak luar nikah.anak tersebut di

Peranan Ibu Bapa Memupuk Semangat Perpaduan

Terdapat peribahasa Melayu yang berbunyi ,"bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafa

Definisi Ibu Tunggal

DEFINISI IBU TUNGGAL:Seseorang wanita ditakrifkan sebagai Ibu Tunggal sekiranya :   &

TAJUK 3 : PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH (KEPENTINGAN MEMBINA HUBUNGAN GURU-MURID)

BY  :  KUMPULAN D SOALAN : Membina hubungan guru-murid merupakan salah s

www.myjodoh.net


Dapatkan Waktu Solat terus ke emel anda setiap hari !
Powered by groups.yahoo.com


Baju kurung, tudung, Shop Shoes, Bags, Clothes, tudung bawal, baju raya, fesyen, fashion.