Pelajar minat jadi peguam keliru subjek perlu diambil

SAYA adalah pelajar tingkatan enam dan musykil dengan subjek yang kini dipelajari.

Saya kini mengambil subjek ekonomi asas, Bahasa Melayu dan pengajian perniagaan.


Masalahnya, saya tidak pasti apakah bidang yang boleh saya ceburi berdasarkan subjek ini.

Saya berminat menjadi peguam, jadi perlukan saya mengambil subjek tambahan iaitu sejarah?

Di samping itu, saya juga berminat menjadi calon luar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Justeru,

Bagaimanakah caranya mendaftar menjadi calon luar dan adakah saya masih berpeluang untuk memasuki universiti?

Saya sangat serabut dengan keadaan ini. Bantulah saya untuk memilih yang terbaik Dr.

Remaja runsing

Kota Tinggi, Johor

MENGETAHUI bidang kerjaya ditawarkan dan kepentingan subjek yang diambil sangat perlu bagi pelajar dalam merancang kerjaya masa depan.

Justeru, bagi pelajar sekolah, cara terbaik untuk mengetahuinya adalah merujuk kepada pegawai bimbingan dan kaunseling kerana memberikan maklumat mengenai sesuatu kerjaya serta syarat kemasukan ke universiti adalah antara bidang tugas mereka.

Selain berjumpa dengan pegawai bimbingan dan kaunseling di sekolah, adik juga boleh melayari laman webhttp://upu.mohe.gov.my/ iaitu laman web rasmi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk mendapatkan maklumat berkaitan syarat kemasukan ke universiti.

Melalui laman web itu, adik boleh tahu syarat am dan syarat khas kemasukan ke sesuatu program pengajian yang ditawarkan di mana-mana IPTA.

Bagi institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), semua maklumat berkaitan syaratnya boleh diperoleh di dalam laman web masing-masing.

Dr ucapkan tahniah kerana adik berminat menjadi peguam. Peluang adik untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang, seterusnya berjaya menjadi peguam terbuka luas andai memenuhi syarat am dan syarat khas universiti yang menawarkan program pengajian terbabit.

Berdasarkan laman web http://upu.mohe.gov.my, Dr ambil satu contoh syarat kemasukan program lepasan STPM ke Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Syarat am universiti ialah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia kertas Julai.

Bagi calon Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), mereka perlu lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan sekurang-kurangnya: Gred C (NGMP 2.00) Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua mata pelajaran lain serta mendapat sekurang-kurangnya Tahap satu (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Untuk memohon masuk ke Fakulti Undang-Undang UKM, calon juga perlu memenuhi syarat am universiti dan syarat khas program iaitu mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mana-mana tiga mata pelajaran antaranya Ekonomi, Pengajian Perniagaan, Perakaunan, Computing, Matematik, Usuluddin, Syariah, Bahasa Melayu/ Bahasa Arab, Sejarah, Geografi, Kesusasteraan Melayu Literature in English dan mendapat sekurang-kurangnya Tahap empat (Band 4) dalam MUET dan mendapat sekurang-kurangnya enam C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut: Matematik/Matematik Tambahan. Calon-calon akan mengikuti kursus sivil dan syariah dalam program ini.

Sementara itu, berkaitan hasrat adik untuk menjadi calon luar STPM, Dr nasihatkan adik berjumpa dengan pegawai bimbingan dan kaunseling sekolah atau guru yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal peperiksaan untuk mengetahui lebih mengenai perkara ini.

Adik juga boleh pergi ke Pejabat Pelajaran Sekolah yang berhampiran untuk mendapat maklumat pasti mengenai cara untuk menjadi calon luar STPM.

Dr doakan kejayaan adik dalam pelajaran. Semoga cita-cita adik menjadi peguam jadi kenyataan.

8 comments:

Unknown August 24, 2013 at 10:37 AM  

Hye.. hmm.. sy pelajar tingkatan 5.. sy ingin menjadi seorang peguam tetapi sy ambil aliran sastera.. adakah aliran sastera bole jadi peguam dan apakah mata plajaran yang wajib lulus..?? sy ambil spm thun 2013 ne..

Unknown January 14, 2014 at 11:02 PM  

saya pelajar tingkatan 4, saya berminat menjadi seorang peguam!! saya mengambil aliran sains! ambil aliran sains ni boleh jadi peguam tak? subjek apa yg patut saya lulus? saya ambil spm 2015

Unknown January 31, 2014 at 2:12 AM  

hai, saya student form 5 this year. i want to know hw i cn be a lawyer? saya student sains tulen. so, i wnt to know subjek apa yang saya wajib lulus? saya ambil SPM this year, 2014. so, please answer my question. i really need your help.

SH August 21, 2014 at 3:28 AM  

sains ke sastera. Semua boleh jadi lawyer - www.hishamnazir.com

SH August 21, 2014 at 3:28 AM  
This comment has been removed by the author.
nur saidah asri September 25, 2014 at 10:17 PM  

Assalamualaikum..sy budak form4 yg akan mengambil spm tahun 2015...saya berminat untuk menjadi peguam syariah dan saya mengambil aliran sastera...saya nak tahu pelajaran apa yg patut sy ambil dan pelajaran yg wajib lulus...

NOUR EL AINI April 22, 2016 at 8:29 AM  

Sejarah wajib A kann

Unknown March 29, 2019 at 8:14 AM  

Assalamulaikum. Saya skrg Form 5. Subjek elektif yg sya ambil ialah geografi , akaun dan PSV. Boleh tak jadi seorang peguam. Subjek teras BM,BI,math,science,dll. Boleh kh