17 Januari 2024

Tiga cara kenal pasti individu toksik

PERIBAHASA bahasa Inggeris A complaining tongue reveals an ungrateful heart bermaksud mulut yang sering merungut mempamerkan peribadi yang tidak bersyukur.

Lebih banyak anda mengeluh, lebih banyak masalah yang akan dihadapi.

Sebenarnya, lebih banyak tenaga negatif disalurkan kepada orang lain, ia secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada orang di sekeliling yang sentiasa mendengar keluhan demi keluhan itu.

Misalnya di tempat kerja, ada rakan sekerja yang sering merungut setiap masa lebih-lebih lagi terhadap perkara yang kecil dan tidak penting, individu itu sebenarnya berada dalam kategori toksik.

Bagi kerja sedikit bunyi, kalau bagi kerja banyak lagilah berbunyi.

Tidak cukup mengeluh dengan setiap kerja yang diberikan, individu toksik ini juga akan 'berkempen' kepada rakan sekerja lain tentang betapa payahnya kerja yang perlu dilaksanakan.

Pelik bukan? Mereka ini diberi gaji untuk bekerja atau mengeluh ya?

Ciri yang kedua ini penting.

Merak Jalanan menyarankan anda supaya berhati-hati memilih kawan.

Ada kawan yang sering bercerita tentang masalah peribadi dan menyalahkan pasangannya dalam setiap perkara. Normalkah itu?

Sekali-sekala mengadu itu OKlah, tetapi kalau setiap kali berbual, asyik hal pasangan yang buruk-buruk sahaja disampaikan, nampak macam tidak sesuailah.

Bagi Saya, individu ini hanyalah mengelakkan diri mereka daripada dipertanggungjawabkan atas kesalahan yang terjadi.

Ciri ketiga mengikut pemerhatian Saya ialah, sentiasa memperlekeh pendapat orang lain depan orang ramai seolah-olah dia seorang sahaja yang pandai.

Hal ini juga sering berlaku di antara pasangan suami isteri. Menakutkan bukan?


--
 JPM -  IT Technical Support 


16 November 2022

DIY - Upgrade 4 Layer DRL X50

 

Bila kau nk nampak hensem dari yg lain kena buat sesuatu...bg nampak tak sama dgn owner lain.. barang kita order shoppe jer..harga on berpatutan..sebab pasang sendiri..lg jimat...

 Tools : screwdriver mata rata / mata philips / box size 8mm / spanar 8mm / T 8mm

 contoh : hensem tak? bg can lahhh



1:  bila SUV kau nampak suci...parking sebelah JPJ pon confident...




2:  first korang buka clip arch...kat tepi tu menggunakan screwdriver rata...slow2...





 3: simpan semua skru dan clip di tempat yg sesuai..takut hilang..contoh bumper dh ditanggalkan ...buka semua clip wiring foglamp

 


 

 4: dengan menggunakan T 8mm ..buka semua skru pd foglamp..kalau pergi kedai aksesori..mereka umpil jer..jahanam ..patah clip..bukan owner taw...owner beriya jaga kete..kahkahkah..





 

5: bila dah buka foglamp...tape dulu bahagian lens tu bukan apa takut calar..brg baru bhai... sape tak sayang bini muda...kannnn...part ori simpan dlm kotak...mane taw 1hari nant ko nk jual kete ke..nk standardkan senang...brg dh ada...




6:  bila dh siap pasang...memang cun...wiring semua korang kena tap...jgn potong wire..just tap kt clip...tap clip tu beli kt shopee..balut semua wiring dgn tape hitam...biar nampak wiring ori mcm kilang...contoh DRL ikut lampu DRL asal...korang pilihlah nk warna ice blue atau white.. gambar dibawah ice blue.



7:  hensem tak....xleh bawak bincang....bila kau bagi signal...lampu led akan tersusun seperti dibawah...ikut signal DRL asal...mantafffff...sekian sila komen di FB dan Blog.