Wednesday 10 August 2011

Program Khidmat Komuniti Kem PLKN Semarak

RUPTAR: Pada tarikh 06-07-2011, warga ruptar telah menerima rombongan peserta PLKN kem Semarak bagi menjayakan program khidmat komuniti.Sebanyak 5 buah bas PLKN tiba di rumah penyayang seawal 8 pagi dengan jumlah peserta 250 orang. Antara program yang dijayakan pada hari tersebut ialah senaman aerobik peserta PLKn dan Warga Penyayang di dalam dewan serbaguna ruptar, gotong royong perdana membersihkan pagar dan padang,pertandingan mewarna untuk anak2 orang kampung,sukaneka antara peserta plkn dan ankak2 yatim ruptar, melukis mural dan beramah mesra.program yang bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir jam 3 petang telah melakarkan satu pengalaman menggembirakan yang tidak dapat dilupakan oleh warga ruptar dan peserta plkn.

No comments:

Post a Comment