Peranan Ibu Bapa Untuk Melahirkan Individu Yang Penyayang



Perasaan saling menyayangi dan hormat-menghormati sesama ahli keluarga dapat membentuk masyarakat penyayang.
Berikan pandangan anda tentang peranan ibu bapa dalam melahirkan individu yang penyayang. 
Pendahuluan : Kalangan bijaksana berpendapat bahawa, rumah ialah syurga kepada kehidupan dan ada kalanya menjadi neraka. Pengertian daripada pendapat tersebut menerangkan bahawa, rumahtangga menjadi nukleus utama yang dapat membentuk keluarga yang bahagia mahupun di sebaliknya. Pelopor paling penting untuk melahirkan sebuah keluarga harmoni dan bermawadah tentulah ibu bapa. Elok corak yang dilakari nescaya eloklah keluarga yang dibina. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang amat besar demi mencorakkan sebuah rumahtangga yang dilingkungi oleh rahmat dan kasih sayang.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Menjadi insan yang bertakwa dan patuh pada hukum Allah – insan seperti ini sentiasa berfikiran positif dan mengetepikan perihal yang negatif – sentiasa memupuk kecende rungan untuk hidup yang diredai di dunia mahupun akhirat
Isi 2 : Mengutamakan pendidikan kekeluargaan dengan limpahan kasih sayang kepada anak-anak – anak-anak yang diajari erti berkasih sayang lebih cenderung untuk saling hormat dan saling menyokong
Isi 3 : Berkomunikasi secara lembut dan sopan dengan anak-anak – melahirkan persekitaran rumah tangga yang harmoni, sepakat, dan memperoleh berkat
Isi 4 : Melaksanakan tanggungjawab terhadap rumahtangga – memenuhi keperluan asas fizikal dan memberi anak-anak ilmu pengetahuan
Isi 5 : Memanjangkan jalinan persaudaraan dengan kaum keluarga dan jiran tetangga – mendedahi anak-anak tentang cara hidup yang bermasyarakat dengan jalinan kasih sayang

Kesimpulan : Elok air di hulu, nescaya jernihlah di muara. Demikianlah peribahasa yang menganjurkan pendidikan dan tingkah laku yang baik yang dipelopori oleh ibu bapa bakal ditontoni anak-anak. Mereka akan membesar dengan seimbang dan harmoni kerana lahir daripada acuan yang sempurna.
Published: 2015-10-19 Hit: 113 Laman Asal
Mudahnya untuk gagal..
Gagal...memang mengecewakan... Berani untuk menghadapi kegagalan rasanya istilah yang kurang tepat untuk kita gunakan. Kerana kita berusaha untuk kejayaan bukan untuk kegagalan...cuma kebiasanny .. ..
Kursus Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) untuk Pegawai Teknologi Pendidi
Kursus Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) untuk Pegawai Teknologi Pendidikan BTP Terengganu telah diadakan pada 10 hingga 12 Oktober 2011 bertempat di Bukit Gambang Resort, Kuantan. Seramai 27 oran .. ..
Appeton Multivitamin Lysine untuk tambah selera Adeeb
Hah.....ini cerita pasal Adeeb dh mula kurang nak makan...kali ni terpaksa la Ummi cari vitamin tambahan untuk tambah selera makan Adeeb ni...dia mula pandai dah tak nak makan....aiii anak....ka .. ..