Thursday, May 16, 2013

JANGAN Abaikan Sakit Belakang







H

ai kawan-kawan, jumpa lagi dalam laman blog saya berkenaan kesihatan. Macam mana panduan yang sebelum ini? Dah mencuba? InsyaAllah.. Kita hanya merancang.

Hari ini saya ada terbaca pasal kesihatan dalam surat khabar kosmo tentang sakit belakang. Dalamnya menceritakan jangan abaikan sakit belakang.  Walaupun kadang-kadang ramai yang anggap ianya biasa dan tiada kesan apa-apa pada badan.





AWAS!!! Berhati-hati jika membawa bebanan yang berat atau tergelincir. Ianya akan memberi kesan pada tulang belakang kita. Antara penyebab sakit belakang yang sering berlaku adalah slipped disc atau cakera tergelincir. Apa itu slipped disc atau cakera tergelincir??
Saya pun baru tahu. Rupanya slipped disc atau cakera tergelincir terjadi pada mana-mana kedudukan antara 33 vertebra yang membentuk tulang belakang. Kesan inilah yang disebabkan dari kecederaan akibat hentakan terjatuh atau mengangkat bebanan yang berat. 



Don't                                              Do          

Contoh yang paling dekat dengan kita bila kita memandu kereta dan duduk dalam masa yang berjam-jam & kedudukan yang tak betul akan menyebabkan sakit belakang dan tekanan akan berlaku pada cakera. Khususnya pelajar yang sibuk mengadap laptop siapkan tugasan. Bukan hanya pada orang dewasa berlaku sakit belakang, malah kanak-kanah juga pernah alaminya. 

Jangan mengambil mudah jika kanak-kanak  mengadu sakit belakang, kerana ianya akan menjadi serius. Untuk pengetahuan kawan-kawan juga, punca sakit belakang juga dari berat badan yang berlebihan. dan sukan yang lasak. Jadi, janganlah ambil mudah mengenai sakit belakang. Cepat-cepat jumpa doktor jika sakit belakang yang berpanjangan. Jangan tanguh-tanguh.






No comments:

Post a Comment