Tuesday 12 July 2011

Ciri Burung Walid

Ciri-Ciri Sarang Burung Walet
Sarang burung walet dihasilkan oleh burung walet yang mempunyai kelenjar istimewa bersebelahan kelenjar air liur. Apabila terdedah kepada udara ianya akan mengeras. Secara asasnya terdapat lima warna sarang burung dan kualiti dari yang tertinggi kepada terendah adalah seperti berikut:
  1. Sarang darah atau merah
  2. Sarang perak
  3. Sarang putih
  4. Sarang kuning
  5. Sarang bulu
Nutrisi Sarang Burung Walet
Glikoprotein di dalam karbohidrat adalah bahan utama di dalam sarang burung yang juga terkandungnya asid amino dan garam galian. Sarang burung ini juga sangat kaya dengan asid sialic yang banyak membantu untuk perkembangan neurologi dan daya intelek pada bayi.
Asid amino dan garam galian adlah antara komponen terpenting di dalam sarang burung walet. Tiga asid amino yang ditemui adalah asid amino tidak perlu iaitu asid aspartik, glutamik dan praline manakala dua lagi adalah asid amino perlu iaitu threonin dan valine. Ianya sangat membantu di dalam memudahkan fungsi normal badan seperti daya pertahanan dan pembaikan tisu.
Pasaran Sarang Burung Walet
Malaysia telah menjadi pengeksport komoditi utama dari sudut pertanian. Permintaan bagi pasaran sarang burung walet ini banyak di terima dari negara-negara asia seperti Taiwan, China dan juga Hong Kong. Hong Kong adalah sebuah negara yang mempunyai permintaan Sarang Burung walet yang sangat tinggi pada ketika ini.
Rumah Burung Walet
Antara lokasi bagi menjadikan rumah burung walet adalah seperti lot-lot kedai, bangunan terbengkalai, bangunan industri dan bangunan ruah burung yang baru yang di bina di atas tanah pertanian.
Bagi meraka yang ingin menggunakan lot-lot kedai, penggunaan lot pada tingkat bawah adalah tidak di benarkan dan ianya perlu merujuk kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lot-lot kedai perlu mempunyai ketinggian melebihi 7 kaki setiap tingkat, lebar 20 kaki dan panjang 40 kaki. Rakaman suara burung walet hanya boleh dimainkan bermula jam 7.00 pagi sehingga 10.00 pagi dan 5.00 petang sehingga 7.30 malam setiap hari dengan kekuatan bunyi tidak melebihi 40 dB apabila diukur 6 meter dari dinding bangunan. Rakaman suara burung walet hanya dibenarkan dipasang untuk 24 jam di dalam bangunan sahaja.

No comments:

Post a Comment