Untuk dihubungi -----TELEFON/FAKS : 6054388434 ------ EMEL: ABA0018@moe.edu.my-----

Tuesday 17 May 2016


Latar Belakang Sekolah
1.                  Bangunan asalnya didirikan di Dusun Perotan pada tanun 1897 oleh orang-orang kampung. Gurunya ialah Md. Ali b. Ratil yang berasal dari Melaka.

2.                  Tahun 1902 kerajaan telah mendirikan bangunan 40 X 25 kaki berdinding tepas berhampiran dengan masjid Sungkai sekarang (Kampung Kelumpang). Sekolah ini disebut ‘Sekolah Ulu Sungkai’. Waktu itu penduduk-penduduk ramai tinggal di Kampung Tiang Bertarah.

3.                  Dalam Tahun 1930 sebuah bangunan bertingkat 90 X 24 kaki telah dibina di tapak sekarang (dalam kawasan Pekan Sungkai) kerana sekolah lama kawasan rendah sentiasa ditelenggami oleh banjir). Bangunan lama dijadikan Sekolah Perempuan.

3.1             Persekolahan berjalan dengan pesatnya. Pasukan Pengakap telah ditubuhkan. Murid-muridnya ada yang datang dari Slim River.

3.2             Dalam tahun 1937 kelas bertukang kayu telah diadakan di bahagian bawah bangunan ini. Gurunya ialah Cikgu Ishak (selepas perang dunia ke 11 beliau dilantik menjadi guru Tukang Kayu di SITC Tanjong Malim).

3.3             Disember - Mac 1942, bangunan sekolah ini dijadikan Markas Tentera Jepun.

3.4             Semasa pemerintahan Jepun, persekolahan belajar semula disamping mempelajari Bahasa Jepun dan Pelajaran Agama diadakan. Lagu Kebangsaan bertajuk ‘Kamigayo’ telah dinyanyikan pada setiap hari.

3.5             Tahun 1946 Inggeris telah memerintah Tanah Melayu semula. Pelajaran persekolahan berjalan seperti biasa, Cuma matapelajaran Agama (Sekolah Quran) telah diadakan pada waktu petang pukul 2.00 - 4.00. Gurunya Tn. Hj. Hassan dan Ustaz Abdul Rahman b. Hj. Hasan.

3.6             Tahun 1950 kelas darjah Enam mula dibuka. Setelah peperiksaan akhir tahun dijalankan, murid-murid yang lulus telah dilantik menjadi guru pelatih (gaji ketika itu sebanyak RM 61.00 sebulan).

3.7             Ketika Pemerintahan Darurat Tanah Melayu, kawasan berhampiran dengan sekolah ini telah dijadikan kawasan penempatan darurat.

3.8             Tahun 1954 telah diwujudkan jawatan ‘Guru Pelawat Sungkai’ (Guru Pelawat 1 - Cikgu Yahya). Tahun 1956 telah digantikan dengan Cikgu Muhammad. Semasa beliau berkhidmat, pancaragam Guru-Guru Melayu Kumpulan Sungkai telah ditubuhkan di Sekolah Melayu Sungkai.

3.9             Tahun 1957 diubah nama daripada Sekolah Umum Sungkai kepada Sekolah Kebangsaan Sungkai. Jumlah murid seramai 213 orang dengan 9 orang guru.

4.                  Murid bertambah ramai. Persekolahan diadakan 2 sesi pagi dan petang. Dalam tahun 1968 sebuah bangunan separuh batu dan separuh papan telah didirikan berukuran 90 X 30 kaki. Bangunan ini telah digunakan pada 6.1.1969.

4.1             Di sesi petang, bangunan baru ini digunakan sebagai cawangan Sekolah Menengah Bidor.

4.2             Jumlah murid semakin meningkat. Persekolahan sesi pagi dan petang diadakan semula. Pihak PIBG dan Ahli Lembaga Pengurus berusaha untuk mendapatkan bangunan tambahan dan kawasan tapak untuk kegiatan sukan.

5.                  Tahun 1982, sebuah bangunan satu tingkat dengan 2 blok telah didirikan oleh Kementerian Pendidikan yang mempunyai 8 bilik darjah, bilik perpustakaan, bilik guru, pejabat, setor, tandas dan kantin yang bersekali dengan bangunan ini.

1.1                          Bangunan ini telah digunakan pada awal tahun 1983 dan digunakan sepenuhnya pada 16.5.1983 sempena hari Guru 1983.

1.2                          Mulai 16.5.1983 semua murid-murid telah belajar di sesi pagi sahaja. Murid seramai 470 orang dengan 12 aliran dan 18 orang guru.

1.3                          Tahun 1985, sekolah ini telah mengambil alih pentadbiran kawasan tanah berhampiran dengan sekolah ini yang dibeli oleh Kementerian Pendidikan dengan harga RM 400,000.00 pada tahun 1983. Kawasan ini dijadikan padang permainan murid-murid.

1.4                          Pada 13.11.1986 telah diadakan majlis perasmian bangunan sekolah baru oleh YB En. Anwar b. Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysia. Wakil daripada Jabatan Pendidikan Perak yang hadir bersama dalam majlis perasmian ini ialah: Dato’ Hj. Mohd. Khalid b. Abd. Halim DPMP, AMP - Pengarah Pendidikan Perak, Tn. Hj. Abd. Ghaffar b. Hashim AMP, PJK - KPP Pembangunan dan Bekalan, En. Zainal Abidin PPT - KPP Perhubungan dan Pendaftaran.

6.                  Mulai tahun 1989 sekolah ini dijadikan Pusat Sumber Zon Sungkai, sebuah bangunan Pusat Sumber sekolah ini bernilai RM 50,000.00 dibina di bawah bantuan Bank Dunia. Pada Mac 1991 bangunan ini mula digunakan.

7.                  Pusat Kegiatan Guru (PKG) Sungkai mula beroperasi pada tahun 1991. Pusat ini merupakan salah sebuah di antara pusat yang ada di Daerah Batang Padang. Dahulu pusat ini dikenali sebagai Pusat Sumber Zon Sungkai. Setelah masa berlalu PKG turut berubah mengikut peredaran masa dan mula dikenali sebagai Pusat Kegiatan Guru Sungkai.

8.                  Pusat ini terletak di kawasan Sekolah Kebangsaan Sungkai. Buat sementara ini pusat ini tidak mempunyai bangunan sendiri. Oleh itu ianya menumpang di bangunan Pusat Sumber Sekolah yang dibangunkan di bawah peruntukan Bank Dunia di salah satu bahagian Pusat Sumber ini. Pusat ini mempunyai pentadbiran yang tersendiri maksudnya ia tidak di bawah pentadbiran sekolah walau ianya berada di kawasan sekolah tersebut. Ia diuruskan oleh seorang pegawai yang dikenali dengan jawatan Pegawai Penyelaras Pusat Kegiatan Guru.

9.                  Sejak PKG ini mula beroperasi, dua orang Pegawai Penyelaras telah menguruskan perjalanan pusat ini. Penyelaras yang mula-mula sekali bertugas di pusat ini ialah Allahyarham En. Abdul Khalil b. Tan. Beliau meninggal dunia pada 30.03.1994 dalam satu kemalangan jalanraya sekembali dari menghadiri Kursus di PKG Tapah. Selepas itu En. Basharuddin b. Abdul Rauf telah menggantikan tempat Allahyarham sehingga kini.

10.              Pada 1 Januari 1997, sekolah ini telah dipilih oleh JPN Perak untuk pembukaan sebuah kelas Pendidikan Khas bagi menempatkan murid-murid tempatan yang bermasalah dalam pembelajaran supaya mendapat peluang belajar, sekurang-kurangnya untuk pengurusan diri yang khusus. Seramai 7 orang murid (4 perempuan, 3 lelaki) dalam lingkungan umur 7 tahun hingga 14 tahun telah didaftarkan untuk mengikuti kelas ini. Dua orang guru lelaki (En. Mohd Khairul Zaman dan En. Amran), lepasan Maktab Perguruan dalam Pengkhususan Pengajian Melayu telah dilantik dan ditugaskan mengurus kelas Pendidikan Khas ini. Kursus Pendedahan Asas Pendidikan Khas telah diberi dari masa ke semasa selain dari elaun insentif sebanyak RM 60.00 sebulan. Kelas hujung blok C telah dijadikan Kelas Pendidikan Khas beroperasi. Kemudahan perabot dan peruntukan PCG telah diperolehi dari JPN Perak. Peruntukan PCG adalah mengikut bilangan murid seperti kadar Pendidikan Khas Cacat Penglihatan. Sebanyak RM 2702.00 untuk tahun 1997 telah diperolehi dan mempunyai Buku Wang Kerajaan Pendidikan Khas sendiri.

Pada penghujung tahun 2006, penambahan sebuah lagi kelas Pendidikan Khas yang bersambung dengan kelas Pendidkan Khas yang asal telah dijalankan dan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2007. Murid juga telah bertambah kepada 20 orang dengan 5 orang Guru dan 2 orang Pembantu Pengurusan Murid.

11.              Makmal Komputer telah siap dibina pada tahun 2002. Makmal ini mengandungi 20 buah komputer untuk murid dan sebuah untuk kegunaan guru. Sebuah Pusat Akses juga telah dibuka di bangunan Pusat Sumber Sekolah. Sebanyak 10 buah komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet disediakan untuk kegunaan murid, guru dan masyarakat setempat. Seorang Penyelaras Makmal Komputer telah dilantik untuk menyelaras kedua-dua tempat ini dengan dibantu oleh seorang Juruteknik Komputer.


12.              Sebuah kelas Pra Sekolah telah diwujudkan bermula pada tahun 2003 dengan menerima seramai 25 orang murid daripada persekitaran Sungkai. Seorang Pengasuh Pra Sekolah juga telah dilantik bagi menjalankan tugas membantu guru menjalankan tugas-tugasnya. Pada tahun 2007, sebuah Kelas Pra Sekolah telah ditambah dengan bilangan murid seramai 25 orang lagi. Sehingga kini jumlah murid Pra Sekolah seramai 50 orang dengan 2 orang guru dan 2 orang Pembantu Pengurusan murid.

No comments:

Post a Comment