SK Selabak

Blog ini merupakan satu percubaan untuk menghasilkan sebuah blog rasmi bagi Sekolah Kebangsaan Selabak, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan. Sumbangan idea dan sebarang cadangan daripada anda amat kami alu-alukan. Diharap blog ini dapat menjadi pusat informasi siber bagi segala maklumat berkaitan SK Selabak tercinta ini.

Wednesday, July 15, 2009

Program RIMUP di SK Seri Setia

Pada hari Sabtu, 12 Julai 2009, program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) telah diadakan di Sekolah Seri Setia. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 5.30 petang.

Seramai 6 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Selabak telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam program tersebut. Murid-murid tersebut terdiri daripada 3 orang daripada Tahun Empat dan 3 orang lagi daripada Tahun Lima. Guru SK Selabak yang mengiringi murid adalah seramai 6 orang iaitu Guru Penolong Kanan HEM iaitu Pn. Rofijah, Pn. Azura, Pn. Siti Asiah, En. Ahmad Sarji, En Khairul Hamzi (guru praktikal) dan En. Mohd Badrul Hisyam (guru praktikal).

Program ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan murid-murid yang berbilang kaum. Di antara pertandingan yang diadakan ialah "Pertandingan Mendirikan Khemah", "Pertandingan Kemahiran Hidup" dan "Pertandingan Memasak". Selain itu, turut diadakan sukaneka bagi kaategori guru lelaki dan guru perempuan.

Tuesday, July 14, 2009

Percubaan

Assalamu'alaikum wbt,

Ini merupakan pos percubaan yang pertama. Semoga blog ini akan berjaya disiapkan pada masa yang terdekat ini seperti yang dirancang.

Tolong doakan kejayaan kami!

Jika anda mempunyai sebarang cadangan, jangan segan untuk menyatakannya! Sesungguhnya, kami amat mengalu-alukan komen daripada anda. Terima kasih.