PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN


LIMA PERUBAHAN SOSIAL 

DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Perubahan sosial dapat terjadi dalam bidang pendidikan. Hal ini seiring dengan berkembangnya kaedah pengajaran dan kurikulum yang berlaku. Selain itu, perkembangan teknologi juga membuatkan perubahan pada pendidikan.  Apakah perubahan sosial dalam bidang pendidikan? Mari kita lihat apa yang berlaku sebenarnya :

1. Cara Mengajar

Cara mengajar berubah seiring perkembangan zaman. Pelbagai penelitian telah dilakukan terutama dalam bidang psikologi pada anak didik. Tentu saja mereka menginginkan cara mengajar yang lebih baik sehingga mudah difahami oleh peserta didik. Selain itu, perkembangan teknologi juga semakin memajukan cara mengajar seperti penggunaan projektor, LCD, komputer, laptop, slaid, dan bermacam-macam lagi dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Kekerasan

Cubalah tanya pada orang tua anda tentang cara guru mereka mengajar. Dahulu, guru memperlakukan muridnya dengan sangat kasar hingga ada yang sampai terluka. Namun, saat ini telah ada undang-undang perlindungan anak. Sehingga guru zaman sekarang dilarang sama sekali memperlaku muridnya dengan kasar.

3. Kaedah Belajar

Di beberapa sekolah, kaedah belajar berubah menjadi lebih moden. Seperti penggunaan laptop dan tablet PC. Di sekolah pun sering disediakan WiFi untuk mempermudah para pelajar untuk mengakses internet dan mencari sumber pembelajaran.

4. Membuat Tugasan

Dahulu, para pelajar menyiapkan tugasan dengan cara pergi ke perpustakaan untuk meneliti seluruh isi buku kemudian menuliskan tugasannya dalam secarik kertas. Sekarang sangat berbeza. Hanya dengan jari mengklik ke akses yang dikehendaki, cari di internet, salin, cetak, dan selesai.

5. Kurikulum

Kurikulum adalah perubahan terbesar dalam bidang pendidikan. Kurikulum mencakupi cara belajar, cara mengajar, dan apa yang diajarkan. Ketika kurikulum berubah, guru dan para pelajar harus menyesuaikan segalanya dan sering kali itu menjadi kesulitan di awal perubahannya.

DI MANAKAH DIRI KITA SEBAGAI PENDIDIK? KE MANAKAH HALA TUJU KITA? SANGGUPKAH DAN BERANIKAH KITA MENYAHUT CABARAN SEMASA? TEPUK DADA TANYA SELERA...


MEMBUDAYAKAN KAJIAN TINDAKAN 
DALAM PENDIDIKAN


PENGENALAN
Pada kebiasaannya apabila seseorang guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas masing-masing, ia akan menggunakan segala pengetahuan yang telah dipelajari dan dilaluinya semasa  latihan di maktab perguruan atau universiti. Maka dalam keadaan ini, pendekatan serta teknik-teknik pengajarannya adalah amalan biasa sebagaimana yang dilakukan oleh guru-guru yang lain. Pada masa-masa seterusnya pula, amalan ini  duplicating of experience akan berlaku. Jika amalan ini berterusan maka kreativiti dan inovasi dalam pendidikan tidak akan berlaku dengan mudah. Oleh sebab itu, salah satu cara yang perlu dibuat oleh guru untuk menggalakkan pembaharuan dalam p&p di bilik darjah adalah penggunaan kajian tindakan. Walaupun inisiatif telah dibuat untuk memperkembangkan penggunaan penggunaan kajian tindakan dalam p&p namun pelaksanaannya masih belum meluas di sekolah-sekolah.
LATAR BELAKANG KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan adalah salah satu bentuk pendekatan bersifat penyelidikan yang boleh digunakan oleh guru dalam menyelesaikan masalah p&p dalam bilik darjah. Oleh kerana kemampuannya untuk membantu guru ini maka penggunaan cara ini perlu difikirkan kebaikannya.

Jean McNiff
Sebenarnya kajian tindakan telah lama diguna pakai dalam bidang pendidikan. bagi pengamal kajian tindakan, didapati bahawa kajian ini menggalakkan kreativiti dan inovasi guru dalam meneroka amalan pengajaran yang baru. Menurut Mcniff (1988):
Action research implies adopting a deliberate openness to new experiences and processes, and as such, demands that the action of educational research is itself educational. By consciously engaging in their own educational development, teachers gain both profesionally and personally; and it is this personal commitment that counts in the process of human enquiry.
Kajian tindakan merupakan satu aktiviti sistematik yang dilakukan dalam usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pengajaran seseorang guru. Proses kajian mementingkan proses tindakan dan refleks. maka aktiviti kajian tindakan adalah suatu proses yang aktif yang melibatkan perancangan, pelaksanaan, pemerhatian serta renungan terhadap tindakan serta kesannya ke atas murid. Secara jelasnya, kajian tindakan merupakan satu keperluan guru untuk memahami suatu situasi persekitaran yang sebenar dalam p&p dengan tujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan guru. Perubahan dan penambahbaikan amalan guru ini adalah penting kerana ia merupakan salah satu kunci kejayaan dalam meningkatkan lagi kualiti p&p sendiri khasnya dan mutu pendidikan di sekolah amnya.

Kurt Lewin
Dalam perkambangannya, kaedah penyelidikan secara kajian tindakan ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kajian ini dipelopori oleh Kurt Lewin (1946), iaitu seorang ahli psikologi sosial. Idea ini seterusnya digunakan olehKurt LewinStephen Corey di Teacher’s College, Columbia Universiti, New York pada tahun 1956. Beliau menggunakan kajian tindakan ini sebagai salah satu pendekatan dalam penyelidikan di sekolah-sekolah. Selanjutnya pada tahun 1976, John Elliot dan rakan-rakan di United Kingdom telah menggunakan cara ini untuk membantu guru-guru menggabungkan proses inkuiri dalam p&p di bilik darjah. Perkembangan  seterusnya memperlihatkan penggunaan kaedah kajian tindakan semakin meluas digunakan dalam kalangan pendidik di negara lain. Di Eropah misalnya, kajian tindakan juga digunakan dalam usaha mengubah dan meningkatkan pendekatan p&p  di sekolah-sekolah.
Di negara ini, kaedah kajian tindakan dipelopori oleh Bahagian Penilaian dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (BPPDP) di bawah Programme for Innovation, Excellence and Research (PIER) pada tahun 1993. BPPDP selanjutnya bekerjasama dengan universiti tempatan, maktab dan seterusnya sekolah-sekolah untuk melaksanakan kajian tindakan.

Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia. Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang boleh dimanfaatkan.



10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad ke 21
Ciri pembelajaran abad ke 21


1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan


2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp


3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama  ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer


4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran


5. Persekitaran yang kondusif
- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor


6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul


7. Saling hormat menghormati
- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas


8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka


9. Penilaian berasaskan pencapaian
- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja


10. Pembelajaran kolaboratif
- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran
iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.

Kenapa Diadakan Program i-THINK?
Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk  melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.


Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK
Peta Pemikiran
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.

1.  Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
iThink circle map peta bulatan


2. Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.
iThink bubble map peta Buih


3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu
iThink Double bubble map peta Buih Berganda


4. Tree Map (Peta Pokok) 
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
iThink Tree map peta Pokok


5. Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.
iThink brace map peta dakap


6. Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.
i-THINK Flow Map Peta Alir


7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.
i-THINK Multi flow Map Peta Pelbagai Alir


8. Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.
i-THINK Bridge Map Peta Titi


Satu kesulitan dalam menghadapi pembelajaran abad ke 21 adalah mengajarkan pelajar teknik untuk berfikir secara KBAT. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini walaupun sebenarnya sudah lama wujud sejak penciptaan Model Taksonomi Bloom, tetapi barulah kini semakin giat dipromosikan sebagai kemahiran berfikir yang juga boleh diajar kepada semua aras pelajar, tanpa perlu lagi melalui KBAR, iaitu Kemahiran Berfikir Aras Rendah. 


Bagaimana Mengajar Pelajar Untuk Berfikir Secara KBAT?
Strategi mengajar pelajar berfikir secara KBAT

Jom kita tengok beberapa cara dan strategi yang boleh digunakan oleh rakan guru bagi menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT.



1. Tingkatkan Soalan Aras Tinggi
Bagi membiasakan pelajar dengan soalan sebegini, maka guru hendaklah sentiasa memberikan soalan berbentuk KBAT. Semakin banyak soalan KBAT, semakin luas tahap pemikiran seseorang pelajar itu. 

Tapi, bagaimana yang dikatakan dengan soalan KBAT?. Antara ciri-ciri Soalan KBAT adalah soalan yang menguji kemahiran berfikir pelajar pada tahap Analisa, Sintesis dan juga Penilaian. Soalan-soalan berbentuk 'Wajarkan', 'Cadangkan', 'Ramalkan' adalah antara beberapa kata tugas yang memerlukan pelajar menguasai KBAT. Maka perbanyakkan lah soalan-soalan yang sebegitu. 



2. Mempelbagaikan Aktiviti Penyelesaian Masalah
Bagi menggalakkan juga pelajar berfikir secara KBAT, maka guru boleh lah memperbanyakkan lagi aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah. Dalam situasi baru yang diberi, pelajar perlu lah menggunakan kemahiran menganalisa, mensintesis dan juga menilai apakah konsep yang bersesuaian dan boleh digunapakai bagi menyelesaikan masalah tersebut.


Bagaimana Mengajar Pelajar Untuk Berfikir Secara KBAT?
Aktiviti penyelesaian masalah

Objektif dalam menyelesaikan masalah juga haruslah diterapkan iaitu bagi membolehkan kita membuat penyelesaian yang terbaik, meneroka dan mempertimbangkan pelbagai pilihan dengan sebanyak mungkin, dan membolehkan kita bertindak atas keputusan yang telah diambil kira semua faktor serta kesan akibatnya. 

Secara ringkas, langkah-langkah menyelesaikan masalah adalah bermula dengan menyedari apakah permasalahan, memahami masalah, meneroka pilihan-pilihan penyelesaian, meninjau kesan akibat daripada pilihan-pilihan dan juga memilih pilihan terbaik sebagai penyelesaian. 



3. Teknik Menyoal
Teknik menyoal adalah teknik paling lama dan paling popular dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pdp dapat melahirkan interaksi antar guru dan pelajar secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajar dan dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pdp bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.

Salah satu perkara penting ketika berkomunikasi adalah aktiviti bertanya dan menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk mendapatkan sesuatu maklumat, tetapi juga membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama.


Bagaimana Mengajar Pelajar Untuk Berfikir Secara KBAT?
Teknik menyoal yang betul boleh menggalakkan pelajar berfikir secara KBAT

Tujuan Teknik Penyoalan
- Melihat keupayaan pelajar memahami sesuatu blok informasi
- Mengalih perhatian pelajar daripada satu fakta kepada fakta yang lain
- Menegaskan kepentingan isi
- Mengarah pelajar ke arah membentuk konsep pemahaman yang tersendiri
- Mengesan pengetahuan berbahasa pelajar
- Mengalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatid, logik dan juga kritis
- Mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar


Walaubagaimanapun, penggunaaan teknik penyoalan adalah untuk mencerna pemikiran. Ini kerana soalan yang dikemukakn untuk menaganalisis, mensintesis dan menilai kemahiran dan menyediakan latihan untuk pelajar berkomunikasi. 

Di sini juga saya sertakan sedikit Panduan Penyoalan yang betul bagi membantu guru untuk mengasah pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar. 


Prinsip Panduan Penyoalan
- Soalah hendaklah dirancang
- Soalan bersesuaian dengan peringkat kebolehan pelajar
- Aras soalan tidak terlalu senang dan tidak terlalu sukar
- Beri peluang kepada pelajar untuk berfikir mengenai jawapan
- Kemukakan soalan kepada keseluruhan kelas
- Elakkan daripada mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja
- Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid
- Bentuk soalan perlu diubah-ubah untuk menarik perhatian murid
- Soalan dapat didengar dengan jelas oleh pelajar seluruh kelas
- Soalan haruslah mampu mendorong pelajar untuk berfikir
- Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya
- Soalan hendaklah ringkas dan juga jelas



4. Aktiviti Pemikiran Aras Tinggi Dalam Buku Teks
Tanpa kebanyakkan daripada kita sedari, buku teks yang disediakan sudah lama mengandungi aktiviti yang boleh merangsang pemikiran aras tinggi. Perhatikan semula kandungan dalam buku teks serta aktiviti yang disediakan bagi pembelajaran tertentu. 

Maka gunakanlah sebaiknya aktiviti dalam buku teks tersebut bagi membentuk pelajar yang mahir dalam menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT



5. Pembelajaran Berasaskan Projek
Satu lagi perkara yang boleh menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah dengan memperbanyakkan aktiviti pembelajaran yang berasaskan projek, project-based learning (PBL). 

Pembelajaran berasakan projek merupakan pelaksanaan program atau aktiviti dalam jangka panjang. Proses pembelajaran ini memerlukan pelajar bekerjasama, misalnya menyediakan soalan berkaitan projek dan mengimpelementasikan penyelidikan dengan mengumpulkan data, menganalisis data dan menghasilkan laporan samada secara lisan atau pun bertulis.


Bagaimana Mengajar Pelajar Untuk Berfikir Secara KBAT?
Pembelajaran berasaskan projek boleh menggalakkan pemikiran KBAT dalam kalangan pelajar

Dengan ini pelajar-pelajar dapat didedahkan dengan proses kemahiran berfikir dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Maka pelajar perlu dilibatkan dalam proses pengajaran yang aktif dan menyeronokkan seperti kaedah projek. Pelaksanaan STEM juga mampu menjadi pemangkin kepada pembelajaran berasaskan projek.



6. Menggunakan Alat Berfikir
Strategi terakhir dalam mengajar pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah dengan menggunakan alat berfikir. Alat berfikir mampu membantu pelajar menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkeesan. Pemikiran menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu.


Bagaimana Mengajar Pelajar Untuk Berfikir Secara KBAT?
I Think adalah salah satu alat berfikir yang boleh menggalakkan pelajar berfikir secara KBAT

Ini adalah antara alat-alat berfikir yang boleh digunakan untuk meningkatkan ketrampilan dalam berfikir, iaitu:
- Soalan dan penyoalan
- Peta Minda
- Pengurusan Grafik
- CoRT
i-Think
- 6 Thinking Hat

Alat pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep, peta cerita dan alat pengurusan kognitif. Alat komunikasi yang menggunakan simbol untuk menggambarkan pengetahuan, konsep, pemikiran, idea-idea dan juga hubungan antara mereka. Tujuan utama pengurusan grafik adalah untuk menyediakan bantuan visual bagi membantu pelajar berfikir.

Alat CoRT (Cognitive Research Trust) merupakan instrumen kognitif dalam bentuk garis panduan yang digunakan untuk meningkatakn kualiti pemikiran seseorang. Penggunaan alat ini dapat memandu pelajar untuk membuat keputusan dengan mengambil kira pelbagai faktor, menyelesaikan masalah, meluaskan pandangan terhadap sesuatu isu, meneliti kesan terhadap suatu tindaka, meneroka kepentingan apabila diberi pelbagai pilihan serta melihat sesuatu dari pelbagai sudut pandangan.



Semoga dengan perkongsian ini mampu memberikan guru sedikit pencerahan mengenai kaedah dan strategi yang boleh diguna pakai dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT dalam kalangan pelajar. Jika rakan guru ada perkongsian yang lain, sila-sila kanlah berkongsi dalam ruangan komen di bawah bagi digunakan oleh rakan guru yang lain juga. Terima kasih!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan