Saturday, April 30, 2011

Mak, Tolonglah...

Cerita di bawah seakan mengena jugak dengan diri aku..

Seronok giler balik rumah. Jumpa mak, jumpa abah. Melihat mereka masih sihat dan kuat, buat hati rasa lega sangat. Tambahan kalau adik dan abang-abang pun ada di rumah. Inilah dunia yang indah bagi aku. Kalau boleh dibekukan masa, inilah masanya yang aku dambakan.


Duduk bersama, pelbagai perihal kehidupan didebatkan. Tapi..satu topik yang aku amat-amat tak mampu bertahan bila dibincangkan dan dipersoalkan. Topik yang mungkin juga buat ‘serabut’ bagi korang, tentang jodoh dan kahwin.


Dulu, masa zaman remaja, aku selalu dengar orang-orang agak dewasa mengomel tentang jodoh. Berat jodoh, mak paksa kahwin, asyik cakap nak cucu. Aku waktu itu rasa geli hati jer. Dalam fikiran aku, “aku dah semestinya kahwin awal..” maklumlah, waktu itu dah ada buah hati.


Bila masa berganti masa, sehinggalah tiba disaat kemuncak semuanya musnah, hati aku pun dah punah. Aku tak suka dengar tentang kahwin. Tentang jodoh. Tentang kekasih sehidup semati. Bagi aku, semua itu tak mungkin berlaku lagi dalam hidup. ‘Romeo and Juliet’? Laila dan Majnun? Semua itu hanya kisah dongeng yang takkan wujud dalam kotak hati aku!


Haha..emo je kan. Aku jadi emo bila mak bertanya tentang kahwin. Menasihati aku supaya jangan biar diri dipermainkan lagi oleh kaum Adam. Mak minta aku perbaiki diri, supaya cepat bertemu jodoh. Aku tahu setiap ibu pun pasti risaukan jodoh anak daranya, tetapi..aku makin terluka bila hal ini dibangkitkan.


Menerima seseorang ketika luka dihati masih terasa adalah satu perbuatan yang hanya mencipta mainan perasaan. Seperti mana harapan aku pernah dihempas hingga berderai, aku tak mahu melalui fasa itu lagi. Bukan penakut, tetapi aku sedar bukan mudah berjumpa seseorang yang mampu menerima aku dan keluarga seadanya.


Tapi, aku tak pernah benci atau berdendam dengan lelaki. Aku suka bila mereka punya sikap yang sempoi dan sekepala dengan aku. Namun, untuk melepasi sempadan friendship, aku tak mungkin terburu-buru lagi. Aku masih mampu merasa indahnya kehidupan bila berstatus ‘single’.



Moral of the story: Perasaan, tak siapa mampu mengerti.



No comments:

Post a Comment