Followers

Wednesday 13 November 2013

cabaran vs ujian



Bismillaahirrahmaanirrahiim

menjadikan suatu ujian sebagai ladang beribadah kepadaNya mungkin itu lebih baik dibanding dengan kebahagiaan yang terkadang lebih melalaikan . ....

" Kalau rezki dari Allah terlambat datang maka beristighfarlah kepada Allah dan mohonlah semoga Allah melapangkan rezkiNya bagi anda. Kunci syurga adalah sabar , kunci kemuliaan adalah rendah hati dan kunci kebaikan ( kehormatan ) adalah taqwa ."

¤ Saidina Ali bin Abi Thalib ¤



Jam 1:22 am..

Terpikir cerita dari seorang sahabat yang mempunyai sahabat berfikiran negatif sehingga menyebabkan urusan orang lain tersekat..


Bercakap tentang soal pemikiran positif dan negatif.. memang kita sebagai manusia tak lari dengan pemikiran sedemikian.. Aku sendiri pun kadang-kadang berfikiran negatif terhadap orang sekeliling..Allah..bila dah fikir negatif tu mula lah rasa tidak puas hati, menyampah, geram, sakit hati, nak marah2..n semua la yang negatif !! hmmm.. teruk betul aku rasa.. tapi Alhamdulillah..kadang-kadang aku boleh kawal perasaan itu sampai orang sekeliling tidak perasan yang aku sedang berkecil hati ke apa ke..seboleh bolehnya aku akan kawal dan akan pikir positif orang tu.. akhirnya aku akan tenang dengan sendirinya. Teringat kata-kata pakar motivasi feberet aku Prof Muhaya "jika kita lihat sesuatu yang negatif..maka negatif la yang akan datang dekat diri kita..Dan sebaliknya.. "



"Bergembiralah dengan pilihan Allah untuk anda..sebab anda sendiri pun tidak tahu hikmah yang tersembunyi di sebaliknya..Boleh jadi kesulitan itu lebih baik dari kesenangan...." 



Petua untuk mengelakkan diri dari berfikiran negatif :


1. Berhenti dari memandang keburukan orang lain. Jika seseorang itu buat sesuatu yang buruk pada pandangan mata anda, jangan menyampah dengan perbuatannya itu, tetapi biarkan sahaja dia. Itu haknya membuat apa yang dia suka.

2. Jangan pula mengumpat atau mencela, tetapi ambil pengajaran dari apa yang kita lihat, dengar dan rasa, baik @ buruk. Jika sesaat kita sudah memandang kepada yang negatif, maka seminit kita akan mula berfikiran negatif. Fikiran kita lebih menjurus kepada yang negatif.

3. Jika kita selalu berfikiran negatif, gelombang minda kita akan menarik semua yang negatif. Jika kita suka berkata tentang keburukan orang lain dan suka mengadu mengenai ketidakpuasan hati kita pada orang lain, maka apa yang kita katakan itu akan datang pada diri kita sendiri.

4. Kita perlu banyak berfikiran positif, optimis dan melihat kebaikan lebih banyak dari keburukan dalam apa jua keadaan. Kita harus bersangka baik tidak kira pada sesiapa jua, tidak kira di mana dan tidak kira bila.

5. Fikir baik di balas baik, fikir jahat dibalas jahat. Jika kita mudah berfikir yang negatif terhadap semua orang, situasi, perkara dan keadaan, negatif juga hasil yang kita akan dapat nanti.

6. Elakkan untuk berkata keburukan orang lain dan latih diri untuk sentiasa kagum pada orang lain walau sekecil mana pun kehebatan dirinya. Andai dia sekadar seorang tukang sapu, kita harus bangga pada kerajinan dirinya menyapu dan fokus dirinya pada kerja penyapuan yang dilakukannya, bukan memandang rendah pada taraf pekerjaan dan taraf sosialnya.

7. Kita perlu awasi perkataan yang keluar dari mulut kita setiap masa.
Satu-satunya cara untuk mengikis kesan buruk ini ialah memaafkan kesilapan orang lain pada kita. Ini mengurangkan ingatan kita terhadap insiden pahit yang boleh merangsang perasaan marah..lagi satu korang mesti nak nampak muda je kan ! kalau orang negatif nie cepat tua tau! hihihi.. ok la.. selamat positif kan diri uollss.. in sha Allah urusan kita dipermudahkan.. Aminnn... tido dulu la..nanti merepek lain pulak.. Assalamualaikum.. :)
Love,
Najihah.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...