Percakapan Laa ilaa ha ilallah

Thursday, November 9, 2017

6 SIFAT SAHABAT R.A. YANG WAJIB ADA DI DALAM DIRI KITA

6 SIFAT SAHABAT R.A. YANG WAJIB ADA DI DALAM DIRI KITA

Bayan Nasehat Maulana Saad حَفِظَهُ اللهُ
15/10/2015 - Nizamuddin

Tuan-tuan yg mulia,

kita hendaklah berusaha bagaimana keenam-enam sifat dapat datang ke dalam kehidupan kita berserta dengan hakikatnya secara sempurna. 6 sifat ini bukan semata-mata sifat bahkan 6 sifat ini adalah perintah ALLAH SWT yg fardhu atas kita semua. Perintah ALLAH dan fardhu atas setiap kita utk dilaksanakan.

Perintah yg pertama adalah utk beriman kepada ALLAH SWT Ini adalah ikrar bagi setiap hamba dan kefardhuan atas setiap manusia. sebagaimana sholat adalah fardhu, begitu juga iman adalah fardhu.

Sebagaimana sholat ada cara utk ditunaikan, begitu juga usaha atas iman ada cara dia. Bila tunaikan sholat dengan cara yang dikehendaki barulah ianya akan diterima oleh ALLAH SWT . Begitu juga dgn iman, dgn cara usaha yg betul baru diterima oleh ALLAH SWT . Ini satu perkara yang sangat penting yg kita semua harus faham. Cara usaha yg betul ialah sebagaimana cara yg diajar oleh nabi kpd para sahabat. Nabi SAW telah perintah para sahabat utk memperbaharui iman mereka. Nabi SAW telah ajarkan para sahabat cara utk memperbaharui dan menguatkan iman mereka. Cara yg sama kita kena buat, yaitu kita harus jumpa orang Islam dan bawa mereka ke masjid. Apakah tujuan kita buat gasht/jaulah/silaturrahim? Hari ini kita buat gasht semata-mata untuk jumpa orang. Tujuan gasht adalah utk bina iman. Sediakan org datang ke masjid utk menguatkan iman mereka sendiri. Keluarkan manusia dari suasana yang merusakkan iman mereka, percakapan yang lalai dan merusakkan keimanan lalu bawa ke masjid untuk menguatkan iman. Perkara ini kita dapat dilihat dengan jelas dalam kehidupan para sahabat. Di dalam hayatus sahabah kita boleh dapati sahabat-sahabat yg besar spt umar bin khattab, muaz bin jabal, abdullah bin rawahah, ubay bin kaab, abu hurairah – mereka semua ajak org lain utk duduk bersama dan bercakap tentang iman. Ada antara mereka adalah ketua ulamak - muaz, ada ketua mufassirin – ubay kaab, ada ketua muhaddisin – abu hurairah, ada di kalangan mereka yg nabi kata kalau ada nabi selepas aku umar lah yg layak jadi nabi. Mereka jumpa antara satu sama lain dan kata ijlis bina nuk min saatan – mari kita duduk sebentar dan beriman – cakap tentang kebesaran Allah. inilah cara untuk bangun iman kita. Bukan dengan cara semasa. Harus buat usaha cara yang diajarkan oleh Nabi SAW pada para sahabat. Kalau kita tidak buat usaha seperti para sahabat buat, maka lama kelamaan usaha yg kita buat makin lama akan jadi makin jauh dan makin terbelok dari cara yg dikehendaki oleh Nabi SAW. Cara biasa adalah cara yg bertentangan dengan sunnah Nabi SAW.

Dalam bayan dan percakapan kita, hendaklah kita banyak bercakap imaniat, keimanan atas perkara yg ghaib. Perkara yg utama yg kita terangkan dalam bayan kita. ALLAH Maha Kuasa, ALLAH bisa buat apa saja yg Dia kehendaki, ALLAH berkuasa atas segala sesuatu. Bukan kita bayan ikut kehendak majmak/org ramai. Kalau kita bayan ikut kehendak ramai maka mimbar kita bukan mimbar dakwah. Perkara ini kita harus faham. Orang2 lama yg ada di hadapan saya ini, yang bayan, yang kendalikan musyawarah. Kadang-kadang orang awam bagi cadangan orang ini bayan, orang itu bayan. Orang yg bisa bayan ialah orang yg bisa memalingkan hati manusia dari makhluk kepada khaliq, keyakinan dari selain ALLAH untuk yakin hanya kepada Dzat ALLAH Yang Maha Kuasa, palingkan hati manusia dari asbab kebendaan kpd asbab amal, dari dunia kepada Akhirat. Orang yang seperti ini yang patut bagi bayan. Percakapan iman adalah maksud, perkara yg dikehendaki, kena cakap berulang kali. Iman berbeda dgn ilmu. ilmu berkaitan dgn hukum hakam. Satu orang belajar ilmu dan sudah tahu maka dia telah selesai, tak perlu ulang berkali-kali.
Satu orang akan sholat dan dia belajar ilmu tentang sholat. Maksud dari ilmu adalah amal. Dia tak perlu buka kitab setiap kali akan sholat. Begitu juga dgn zakat. Satu orang yang telah selesai belajar di madrasah maka dia tak perlu lagi pergi madrasah. Kena amalkan ilmu yang telah dipelajari. Akan tetapi perkara yang berkaitan dengan imaniat, yang berkaitan dengan sifat ALLAH, perkara ini tidak selesai sampai kapanpun. kita harus berulang kali sampaikan tentang perkara keimanan supaya iman sentiasa meningkat. Inilah maksud dari usaha kita. Perkara ini kita dapat lihat dlm kehidupan sahabat, ini merupakan amalan mereka.

Keyakinan para sahabat tentang perkara yg ghaib melebihi keyakinan kepada apa yang mereka lihat. Iman yg seperti ini yang kita harus usahakan di dalam diri kita.

Maulana Ilyas Rah.A sampaikan maksud dari dakwah adalah utk menyempurnakan iman dan amal. Supaya iman dapat sampai ke tahap yang sempurna. Dan amalan dapat meningkat sedikit demi sedikit ke tahap yang sempurna. Maksud dari dakwah adalah untuk mendapat penghampiran diri/taqarrub kpd ALLAH SWT. dakwah untuk wujudkan hubungan dgn ALLAH. ibadah untuk zahirkan hubungan dengan ALLAH. dengan asbab usaha dakwah dapat wujudkan sifat ihsan dalam amal ibadah kita. Tanda dakwah kita diterima oleh ALLAH ialah apabila mutu sholat kita makin meningkat, amal makin sempurna. Sholat seolah-olah melihat ALLAH. kaifiat yang seperti ini kita harus usahakan di dalam sholat kita. Tahap yg kedua yaitu ALLAH melihat kita. Tapi kita harus usaha pada tahap yang tinggi yaitu melihat pertolongan ALLAH. Nabi SAW perintahkan kita untuk minta jannatul firdaus. Minta Surga yg paling tinggi. Di dalam setiap amal harus usaha untuk dapatkan yang terbaik dan yang sempurna. Satu kesalahan besar yang sering terjadi pada karkun/ahbab di seluruh dunia ialah mengabaikan amal ibadah. kita menganggap bila sibuk dengan usaha dakwah, dengan gasht, dengan musyawarah, dengan bayan sehingga kita abaikan amal ibadah kita kepada ALLAH SWT. tak sempat sholat dhuha, tak sholat awwabin, tak jaga tahajjud. Kita anggap kita sudah buat kerja yang besar. Siang hari kita letihkan diri dakwah jumpa manusia, malam hari kita harus bangun beribadah kepada ALLAH SWT. Nabi SAW diperintahkan utk bangun sholat malam. Bangun sholat malam akan menghancurkan nafsu dan menyebabkan percakapan kamu lebih jelas dan terang serta mendatangkan kesan dlm dakwah. Nabi SAW tak pernah tinggal sholat tahajjud walaupun baginda SAW sedang ghazwah/peperangan dan dlm safar. Bangun malam beribadah dan menangis di hadapan ALLAH. Hanya sekali di muzdalifah semasa tunaikan haji, satu amalan yg besar, nabi tak bangun tahajjud, tapi masa khuruj nabi tak pernah tinggal sholat malam. Nabi SAW akan habiskan malam dalam keadaan sujud dan menangis di hadapan ALLAH. Hari ni kita sibuk dgn dakwah , tapi kita tidur sepanjang malam. Percakapan itu tak mengambil amalan kerja. Kita anggap kita sudah buat kerja dakwah. Di samping buat dakwah sangat penting kita juga harus jaga amalan2 infradhi kita. Tanda dakwah kita diterima oleh ALLAH ialah berlaku peningkatan dlm amalan kita. Sebab itu maulana ilyas letakkan amal gasht di antara dua waktu sholat. Supaya sholat selepas gasht akan lebih baik dari sholat sebelum gasht. Kalau sholat tak bertambah baik maknanya amal gasht dia tidak diterima oleh ALLAH SWT. dakwah tidak diterima. Tanda dakwah diterima ialah amalan selepas dakwah bertambah baik. Kalau diri kita sendiri tak ada takluk/hubungan dengan ALLAH, bagaimana kita akan hubungkan manusia/hamba kpd ALLAH. Kesan dari usaha dakwah iman dan amal kita meningkat. Hari ini kita buat gasht sebab org tak sholat, bukan! gasht adalah untuk betulkan sholat kita sendiri. Supaya sholat kita makin meningkat mutunya di sisi ALLAH .

Satu orang yang buat usaha tapi tidak semakin dekat kepada ALLAH, amalan tidak semakin baik, amalan tidak makin sempurna, ia dipanggil istidraj dari ALLAH. Apa maksud istidraj? Satu orang yang sesat, makin jauh dari ALLAH tanpa ia sadari bahwa ia telah sesat. Dia telah terbelok jauh dari ALLAH. oleh itu, kita kena selalu tengok amalan kita. Dengan dakwah yg kita buat sepatutnya amalan makin sempurna.
Hari ini kita telah putuskan hubungan antara ilmu dan amal. Seolah-olah ilmu benda yg berasingan dan amal benda yang berasingan. Sedangkan kedua-dua perkara ini ada hubung kait antara satu sama lain. Ada hubungan yg kuat antara satu sama lain. Bila ada ilmu kena ada amal. Maksud dari ilmu adalah amal. Tapi hari ini kita telah pisahkan antara ilmu dan amal. Apa maksud taklim? Utk datangkan ihtisab dlm amalan kita. supaya setiap amalan yg kita buat dgn penuh keghairahan/keinginan atas apa yg dijanjikan oleh ALLAH SWT. Hari ini kita buat taklim semata-mata karena amalan dakwah. Tanpa kita tahu apakah sebab kita buat amal tersebut. Apabila kita tidak tahu apa sebab kita buat amal maka akan datang kemalasan. Kita akan rasa malas dan jemu utk duduk taklim. Amal tanpa ihtisab tidak akan dpt ganjaran dari Allah. Umar bin khattab r.a. kata tidak ada amalan tanpa niat dan tidak ada niat tanpa ihtisab. Kita harus wujudkan sifat ihtisab dlm setiap amalan. Ihtisab akan menolak kita utk buat amal.

Begitu juga ketika keluar di jalan ALLAH, utk semua markaz, taklim pd waktu pagi sebelum bayan hidayat, sebelum jemaah keluar, hendaklah baca dari muntakhab hadith. Baca kelebihan/fadhilat keluar di jalan ALLAH supaya di dlm hati setiap jemaah yg bergerak ada kekuatan dlm setiap kesusahan yg dialami semasa keluar di jalan ALLAH. sanggup menanggung kesusahan dan dpt belajar cara sahahat buat usaha dakwah. Bagaimana para sahabat menggunakan masa mereka semasa keluar di jalan ALLAH. asal usaha kita adalah usaha sahabat. Kita akan tarbiyah dan hidayat bila kita buat usaha dgn cara sahabat. Begitu juga semasa keluar, taklim pagi baca kitab muntakhab hadith supaya setiap org yg keluar di jln Allah mereka tahu kelebihan susah payah berada di jln ALLAH. taklim petang baca fadhilat amal.

5 amal patut ada di setiap rumah orang Islam. Di setiap rumah ada halaqah membetulkan bacaan quran. Di setiap rumah ada taklim kitabi – baca hadith dari kitab fadhail amal dan muntakhab hadith. Di setiap rumah ada muzakarah 6 sifat, di setiap rumah ada tasykil – sediakan wanita untuk keluar di jalan ALLAH 2B, 40H, 10H, 3H. di setiap rumah adakan amalan musyawarah. Diputuskan setiap hari siapa yang baca taklim, siapa yang pimpin halaqah quran, siapa yang pimpin mudzakarah buat 6 sifat sahabat. Tulis nama2 ahli keluarga kita. bagi-bagikan amalan antara mereka.

Satu lagi perkara yg sangat penting ialah taklim mingguan. Setiap mahalah, setiap jemaah masjid kena usaha, kena fikir bagaimana hidup taklim mingguan di kawasan mereka. Maksud utk hubungkan setiap rumah orang Islam dgn taklim mingguan. Perkara ini perlu diberi kepentingan. Di dalam jor bulanan halaqah, minta azam dan ambil laporan dari setiap mahalah, bagi targhib utk hidupkan taklim mingguan di setiap mahalah. Bila rumah2 orang Islam tak ada hubungan dgn taklim mingguan, maka rumah tersebut akan ada pengaruh maksiat.

Kita kena belajar masail-hukum hakam dari alim ulama. Kita hendaklah bina hubungan antara org awam dgn alim ulama. Ini adalah maksud usaha kita supaya org awam dpt belajar agama dari alim ulama. Atas maksud itu kita harus usaha hidupkan maktab2 Al Quran di setiap masjid/surau. Kita lantik imam atau mana2 qari utk mengajar Al Qur'an di masjid. Dgn perantaraan gasht kita, sediakan setiap orang Islam utk belajar Al Qur'an. Ini merupakan salah satu maksud usaha kita. satu kesalahan yg sangat besar kalau kita kata ini bukan tanggung jawab kita. kita harus buat usaha supaya tidak ada satu orang Islam pun dlm mahalah kita yg tidak belajar Al Qur'an baik itu anak2 atau orangtua. Sediakan ibubapa utk hantar anak2 ke masjid utk belajar Al Qur'an.

Sayyidina Umar r.a. telah ambil karguzari masjid2 di Syam semasa beliau pergi kesana dan beliau tanya apa amalan2 yg kamu buat di dlm masjid? Satu orang sahabat telah jawab bahwa selepas sholat, di masjid kami ada halaqah ilmu agama, belajar Al Qur'an, belajar halal dan haram. Sayyidina Umar r.a. kata selagi mana amalan ini ada di masjid2 kamu maka kamu berada atas khair/kebaikan. Sangat penting utk kita hidupkan maktab2 Al Qur'an di setiap masjid supaya setiap umat Islam dpt belajar Al Qur'an dan belajar setiap perkara fardhu dlm kehidupan. 6 sifat Sahabat adalah 6 kefardhuan. Setiap umat Islam harus laksanakan perintah ini. Beriman kepada ALLAH adalah fardu. Sholat adalah fardu. Menuntut ilmu adalah fardhu atas setiap orang Islam. Menunaikan hak hamba-hamba ALLAH adalah fardhu. Membetulkan niat dlm setiap amalan adalah fardhu yg asas. Begitu juga keluar di jalan ALLAH untuk usaha dakwah intiqoli adalah kefardhuan yg besar dalam Agama. Bukan hanya semata-mata sifat. Hari ini kita cakap 6 sifat sebagai adat rutinitas saja. 6 sifat ini kita harus diusahakan supaya kita dapat laksanakan dengan sempurna. Usaha atas iman, usaha atas sholat, usaha atas ilmu, usaha untuk menunaikan hak-hak makhluk. Meminta atau menunjukkan hak kita, ALLAH tak akan ampunkan. Amalan tanpa ikhlas tak akan diterima oleh ALLAH. begitu juga mengajak manusia kepada kebaikan, usaha untuk datangkan Agama yg sempurna dalam kehidupan adalah kefardhuan yg sangat besar.

Begitu juga kena usaha supaya dapat jaga dzikir. Utk hubungkan hati kita dgn ALLAH SWT supaya hilang ghaflah dari hati kita. supaya hati kita tidak lalai dari ALLAH. hati kita sentiasa ingat kepada ALLAH. sangat-sangat penting utk kita jaga dzikir kita pagi dan petang. Maulana Ilyas rah.a kata apabila satu orang lalai dalam dzikir menyebabkan dia akan rasa malas. Bertambah sifat malas dlm diri utk melakukan amalan. Dzikir dengan tawajjuh, dengan tumpuan yg sempurna kepada ALLAH. buat dgn penuh adab. Setiap hari kita harus baca Al Qur'an. Tidak ada satu hari pun yg berlalu tanpa membaca Al Qur'an. Ini semua amalan untuk wujudkan kedekatan kepada ALLAH.

Ilmu adalah petunjuk jalan. Dzikir adalah cahaya. Tanpa dzikir akan berada dlm kegelapan. Ilmu tanpa dzikir tidak berguna. Dzikir tanpa ilmu adalah kejahilan menyebabkan seseorang itu sesat. Ilmu tanpa dzikir adalah zulmat/kegelapan.

Begitu juga hak-hak makhluk-makhluk ALLAH, hak-hak rekan-rekan usaha. Kita harus usaha untuk menunaikan segala hak-hak mereka. Kita akan ditanya oleh ALLAH pada hari kiamat tentang hak-hak manusia. Apa maksud ikram? Hadith pertama yg maulana yusuf rah.a letak dlm bab ikram yaitu letakkan setiap org pada kedudukannya. Kita harus kenal dia, apa kedudukan dia, kita letakkan setiap orang pada kedudukannya. bukan letak kedudukan aku pada kedudukan aku. Hari ini kita minta untuk ditunaikan hak kita, diletakkan ditempat kita yg sebenarnya. ini bukan orang yang mukhlis. Orang yang mukhlis tidak akan minta haknya. ia tidak akan minta untuk dilayani. Ikram adalah letakkan setiap orang pada tempat mereka. Tunaikan hak mereka. Ikram bukan semata-mata bagi makan, bagi minum, bantu orang dalam kesusahan. Ikram seperti ini adalah untuk semua makhluk ALLAH. Makanan utk anjing sekalipun. Satu orang perempuan yang berzina bagi minum air pada anjing, dgn sebab amalan itu ALLAH telah ampunkan semua dosa dia. Apa maksud ikram pada rekan usaha? Kita ambil kerja dari mereka. Kita gunakan salahiah – kemampuan dan kebolehan mereka untuk Agama. Kita bagi semangat pada mereka supaya mereka dapat lebih maju dalam usaha Agama.

Ikhlas, setiap amalan kita buat semata-mata karena ALLAH. Ikhlas adalah iman. Riya' adalah syirik. Riya' adalah amalan menunjukkan kepada orang. Setiap amalan yg kita buat adalah utk mendapat keridhoan ALLAH SWT.

Satu ikhlas dan satu lagi istikhlas. Ikhlas sangat penting. Begitu juga istikhlas sangat penting dalam usaha agama. Apa maksud istikhlas? Kita buat usaha ini dengan menjadikan diri kita semata-mata milik usaha ini. dan kita tidak bagi tumpuan selain dari usaha ini. kenapa? Apabila buat usaha ini, ALLAH SWT akan bagi kita kemasyuran, orang kenal kita, ada orang ikut kita, dan ramai orang akan ambil kesempatan atas kemasyuran serta kebolehan kita. Organisasi2, kumpulan2, golongan2, orang2 politik, akan coba bawa kita kepada usaha yang mereka buat. akan coba bawa kita kepada kesibukan mereka, kegaduhan mereka, pertikaian mereka, maka dalam keadaan demikian kita harus kekalkan diri kita dalam usaha ini. bagi sepenuh jiwa raga kita, fikir kita, tenaga kita, salahiyat kita untuk Usaha Agama ini semata-mata. Jangan pernah kita pergi dari Usaha Nabi ini. dgn keyakinan usaha ini telah ALLAH SWT telah amanahkan pada saya dan usaha ini telah diembankan kepada para nabi dan sahabat.

Hanya dengan Usaha Nabi ini sajalah hidayah akan tersebar ke seluruh alam. Kalau tidak kita akan tertipu. Ramai rekan usaha kita telah tertipu. ia anggap kebolehan yang ALLAH SWT bagi pada dia untuk buat benda-benda lain. Bantu sana, bantu sini. Masuk campur urusan itu dan ini. kita tidak memihak kepada siapapun. Kita hanya milik usaha ini semata-mata. Kita bagi tumpuan sepenuhnya pada takaza-takaza usaha ini.

Kita akan dapat faham istikhlas ini melalui kisah Ka'ab bin Malik r.a. beliau sempat diasingkan karena ia telah tunda untuk keluar di jalan ALLAH pada peperangan Tabuk. Walaupun ia telah ambil bagian dalam semua peperangan yg lain. Bukannya beliau tidak mau keluar. Cuma ia tunda dulu. Sehingga sampai keadaan tersebut, ALLAH SWT murka dan Nabi SAW pun murka dan seluruh orang Madinah marah padanya. Tidak ada siapa pun yang mau bagi salam padanya. Tak ada siapa pun yang mau jawab salamnya. ia diasingkan oleh semua orang di Madinah. isteri dia yg setia pun diperintah untuk dipisahkan. Dalam keadaan tekanan yang begitu dahsyat, sampai surat dari raja ghassan. Bagi tawaran pada beliau. Kalau kawan-kawan kamu tidak mau kamu, maka datanglah pada kami. Kami sedia terima kamu, kami akan muliakan kamu. Kalau orang yang buat Usaha Agama sebab ada kepentingan maka dia kan melompat pergi dan terima tawaran tersebut. orang yang ada kepentingan tidak akan kekal pada satu tempat. ia akan berada di mana ada faedah untuknya. Tapi orang yang buat usaha dengan penuh istikhlas dalam apa saja keadaannya akan kekal dalam Usaha. Ketika surat sampai pada Ka'ab dan bagi macam-macam tawaran padanya. Apa ia buat? ia campak surat itu ke dalam tempat bakar roti. beliau katakan aku belum selesai dari satu musibah, musibah kedua telah sampai. ALLAH SWT dan Rasul masih marah padaku, tiba-tiba datang pula surat mau sesatkan aku. ia tak layani permintaan surat tersebut. ia kekal bersama Nabi SAW inilah namanya istikhlas. Dalam apa saja permintaan kita bersama orang penanggungjawab kita. baik orang ambil kerja dari kita atau tidak ambil kerja dari kita. orang peduli ke kita atau orang tidak peduli ke kita. orang pinggirkan kita, tapi kita terus bersama dgn usaha Nabi ini.  orang Anshar pernah diuji oleh ALLAH. Nabi SAW tidak bagi harta pada mereka. Nabi SAW uji mereka dimana mereka bersama Nabi SAW atau bersama harta. Tapi orang anshar kekal bersama Nabi SAW.

Untuk keperluan ijtima atau jord, kita jangan minta apapun bantuan dan pertolongan dari siapapun, dari pemerintah, dari orang kaya, hanya minta dari ALLAH SWT. kita sempurnakan keperluan kita sendiri. Kita tidak akan adakan sokongan dari siapapun.

Tuan-tuan yg mulia,

Kedatangan tuan-tuan ke sini dan apa yang dimuzakarahkan adalah satu amanah yg besar di atas bahu tuan-tuan. harus sampaikan pada orang-orang di negara tuan-tuan. setiap perkara yg dimuzakarahkan dapat dilaksanakan. Usaha dapat dijalankan mengikut mizaj/cara yg diberitahu. Ini adalah tanggung jawab yg diberikan pada tuan-tuan dan tanggung jawab ini akan ditanya oleh ALLAH SWT pada hari kiamat nanti. Semua tuan-tuan bertanggungjawab secara ijtimai utk ambil setiap perkara yg dimuzakarahkan di sini dan bawa ke negara tuan-tuan dan pastikan setiap perkara dapat dibuat secara diamalkan dan dapat diwujudkan di seluruh dunia.

InsyaALLAH ...

No comments: