Percakapan Laa ilaa ha ilallah

Sunday, January 14, 2018

BAYAN SUBUH NIZAMUDDIN 01 nov 2017 Hadhratji Maulana Sa'ad Kandhlawi damat barakatuhu


Perintah ALLAH yang paling besar ialah beriman pada ALLAH. Solat adalah perintah, puasa adalah perintah. Zakat adalah perintah. Semua amal² ini adalah satu kefarduan. Belajar ilmu untuk setiap amal adalah kefarduan.

Begitu juga belajar ilmu untuk iman adalah juga kefarduan. Hari ini orang belajar ilmu tentang amal, tetapi tidak pula belajar ilmu tentang iman.

Nabi saw mengajar ilmu tentang iman sebagaimana baginda mengajar ilmu tentang amal. Ilmu iman adalah asas kepada kesemua amal² supaya amal diterima, agar amal dapat keikhlasan.
Empat perkara asas, yang mana tanpa iman tidak akan dapat diperolehi. Semua orang berhajat kepada empat perkara ini.

1. Tanpa iman, tidak akan istiqamah dalam amal.
2. Tanpa iman, tidak akan disempurnakan janji² Allah.
3. Tanpa iman, tidak akan datang keikhlasan.
4. Tanpa iman, tidak akan dapat ganjaran dari amal² tersebut.

Istiqamah bukan bermaksud berterusan dalam amal. Ada orang tetap dengan ibadat, tetapi rosak dalam muamalat.

Orang amalkan agama dan dalam masa yang sama tidak mahu bahayakan dunianya.
Muamalat, mu'asyarat dan akhlak tidak ikut agama, hanya ibadat ikut agama. Di zaman Nabi saw, orang munafik pun tidak tinggalkan solat Juma'at.

Istiqamah ialah berterusan amalkan keseluruhan agama. Siraathal-mustaqim adalah merujuk kepada kesemua amal yang sempurna. Inilah jalan yang lurus.

Istiqamah ialah buat semua amal. Hanya buat satu amal bukan istiqamah. Hari ini orang Islam hanya amalkan agama yang nampak tidak merosakkan dunia dia dan meninggalkan amal² yang membahayakan dunianya.

Ini dipanggil agama nafsu. Dengan cara ini agama sudah jadi kurang iaitu dengan menyempurnakan sesuatu amal, tapi meninggalkan amal² yang lain.

Hari ini orang berkata, kalau saya tidak ambil riba, perniagaan saya tidak maju, tapi saya orang yang jaga solat.

Bermakna ia istiqamah dalam suatu amal, tapi merosakkan amal yang lain. Orang yang sebegini, tidaklah dipanggil orang yang istiqamah. Orang yang tidak istiqamah dalam agama, maka agama dia akan mengikut keadaan.

Dia akan sentiasa lihat, sekarang ini apa yang patut saya buat yang mana tidak merosakkan dunia saya. Oleh kerana itu, orang munafik tidak istiqamah dalam agama. Agama ikut keadaan. Tidak mengikut perintah. Agama macam ini adalah agama yang rosak.

Tanpa iman, seseorang tidak dapat istiqamah dalam amal. Istiqamah ialah tetap dalam mengamalkan keseluruhan agama. Ibadat yang sempurna ada 10 perkara menurut Imam Ghazali rahmatullahu 'alaih :
1. Solat
2. Puasa
3. Zakat
4. Hajj
5. Mu'amalat
6. Tunaikan hak jiran
7. Dakwah ILALLAH
8. Dzikir
9. Tilawah Quran
10. Ihtimam dalam Sunnah

10 perkara ini adalah amali dalam kehidupan. Sekiranya kekurangan satu daripada 10 perkara ini ialah umpama satu orang yang solat tetapi tertinggal satu sujud. Agamanya tidak sempurna.

Beribadat bukan sekadar solat dan tundukkan diri depan ALLAH. Ibadat ialah menyempurnakan semua ahkam/perintah ALLAH. Beribadat pada ALLAH ialah ketaatan pada Allah.

Solat hanya salah satu daripada perintah² ALLAH. Istiqamah ialah amalkan keseluruhan Agama.
Orang yang mentaati selain ALLAH telah menjadikan ghairullah sebagai rob dia. Orang Islam kata kami tidak sembah berhala. Maulana Yusuf rahmatullahu 'alaihi kata dalam solat menundukkan badan ke arah qiblat bukan perkara yang asas, tetapi menundukkan arah hati kepada ALLAH adalah perkara yang asas. Itulah syaratnya.

Orang yang mentaati selain ALLAH maka dia telah menjadikan ghairullah sebagai rob. Orang yang amalkan apa yang diberitahu oleh makhluk dan meninggalkan apa yang disuruh oleh Khaliq maka dia telah menjadikan makhluk sebagai rob.

Maka adalah menjadi suatu perkara yang aneh, apabila orang Islam mentaati ghairullah, sedangkan ia beribadat kepada Allah!

Ibadat dan ketaatan adalah perkara yang sama. Apabila amal agama bertentangan dengan kanun/pemerintah, akan datangnya Nusrah ALLAH. Dakwah kebenaran walaupun berlawanan dengan kanun, barulah datang Nusrah ALLAH.

Apabila ada orang kata negaranya melarang wanita berpurdah, maka adakah kamu dakwah tentang kepentingan purdah?

Kalau tidak dakwah, tapi sekadar melawan kanun/pemerintah tidak akan datang Nusrah ALLAH. Apabila bathil buat kanun yang berlawanan dengan perkara yang haq akan jadi asbab menarik adzab ALLAH.
Tetapi orang Islam kena dakwahkan perkara tersebut. Kalau semua orang bathil berkumpul untuk melawan satu sahaja sunnah, contoh istinja', nescaya mereka tidak akan dapat melawan, tetapi dengan syarat orang Islam mendakwahkan perkara tersebut.

Nabi saw telah minum madu di sisi hadrat Zainab radhiallahu 'anha. Isteri² yang lain telah bermesyuarat dan beritahu supaya Nabi tidak minum lagi madu di sisi Zainab. Nabi saw telah setuju tidak akan buat lagi semata² untuk jaga hati isteri² Baginda saw. Minum madu bukan perkara yang fardu. Akan tetapi ALLAH tegur Nabi saw. Perkara yang halal, kenapa diharamkan keatas diri kamu?

Hari ini, kita pula telah tinggalkan kefarduan hanya bila isteri tidak setuju. Bagaimana kita boleh tinggalkan kefarduan demi untuk gembirakan manusia?

Jika semua bathil berkumpul untuk melawan satu Sunnah, maka bathil akan hancur.
Purdah adalah perintah ALLAH. Kalau orang Islam tidak buat dakwah, maka ALLAH akan datangkan ahlul bathil untuk berlaku khilaf dengsn perkara tersebut. Apabila orang Islam meninggalkan dakwah tentang sesuatu perkara, maka ALLAH akan datangkan ahlul bathil untuk berlawanan dengan perintah tersebut.
Orang Islam tidak akan dapat melawan kebathilan kalau mereka tidak buat dakwah. Dengan dakwah, kamu membantu Agama ALLAH. Maka ALLAH akan bantu kamu dan tetapkan kaki²/pendirian kamu. Bantuan ALLAH adalah bersama dengan orang yang membantu Agama.

Amalan orang Soleh mungkin akan zahirkan karamah tapi tidak dapat menarik nusrah bantuan ALLAH. Karomah berlaku keatas individu.

Sahabat adalah orang yang membantu agama ALLAH. Sahabat tidak ada karomah tetapi mereka dapat Nusrah ALLAH. Bersama para Aulia ada Karomah. Tetapi bersama para Sahabat ada nusrah. Karamah bersama dengan para Solihin. Nusrah bersama dengan 3 golongan, Ambiya, Siddiqin, Syuhada. 3 golongan ini adalah orang yang berusaha bantu Agama.

Apa itu istiqamah?
Istiqamah ialah amalkan keseluruhan Agama. Nusrah akan datang apabila kita dakwahkan keseluruhan Agama. Sekiranya semua ahli bathil berkumpul untuk lawan perkara ini, maka ALLAH akan hancurkan mereka.
Tanpa Iman, Istiqamah tidak akan datang dalam amal. Istiqamah ialah menjalani kehidupan mengikut seluruh perintah ALLAH.

Tanpa iman, sebanyak mana janji ALLAH tidak akan disempurnakan pada kita. Janji² ALLAH untuk orang yang yaqin. Janji ALLAH datang pada ketika saat yang sangat getir.

Di Hudaibiyah, Allah menjanjikan fatah Mekah sedangkan pada ketika itu keadaan sangat teruk berlaku pada orang Islam. Di peperangan Khandaq, ALLAH janjikan kemenangan atas Kaisar dan Kisra dalam keadaan orang Islam sangat lapar hingga mengikat perut dengan batu.

Di Hudaibiyah, tidak boleh buat umrah, tidak boleh masuk Mekah, orang kami yang sampai pada kamu kena hantar balik, orang kamu yang sampai pada kami tak akan hantar balik. Tidak ada satu pun dalam perjanjian itu yang menunjukkan keadilan. Tidak ada satu pun tanda² kemenangan. Orang yang beriman yaqin dengan kata² Nabi, tetapi orang yang syak akan mendustakan kata² Nabi saw.

Orang² munafik tidak ingin turut pergi bersama Nabi saw ke Hudaibiyah. Mereka telah beri pelbagai alasan keuzuran, sakit, tidak ada keperluan, dan sebagainya. Setengah menolak, setengah memberi keuzuran.

Di peperangan Khaibar, ALLAH beritahu Nabi saw agar jangan bawa orang munafik. Orang yang tidak pergi ke Hudaibiyah, satu orang daripada mereka pun tidak pergi Khaibar. Padahal di Khaibar dapat harta ghanimah yang banyak. Dapat banyak janji² ALLAH ketika di Khaibar.

Maksudnya ialah orang yang tidak buat kerja semasa susah, maka ketika senang/kemenangan pun dia tidak dapat bersama.

Janji Nabi pada para Sahabat datang pada ketika tidak ada satu asbab pun untuk janji itu dapat disempurnakan. Sehingga para Sahabat terfikir, kami datang bukan untuk buat perjanjian dengan mereka, kami datang untuk buat umrah.

Perintah ALLAH ini berlawanan dengan keinginan kamu. Adakah kamu sanggup korbankan keinginan kamu demi menyempurnakan keinginan ALLAH?

Ini ujian kepada para sahabat. Korbankan keinginan umrah. Perintah ALLAH balik. Bantuan ALLAH akan datang dengan ketaatan pada ALLAH. Tanpa iman janji ALLAH tak akan disempurnakan pd kita. Orang yang tidak yaqin pada janji ALLAH akan melihat keadaan.

Di peperangan Khandak, sahabat tidak mampu untuk pecahkan batu. Sahabat mengadu kepada Nabi saw. Batu tersebut sangat keras. Nabi saw sendiri turun. Nabi bukan sekadar doa sahaja, bahkan Nabi pun turun buat kerja.

Bila kerja dibuat bersama, maka akan ada bantuan ALLAH. dakwah dan doa adalah perkara yang memerlukan antara satu sama lain. Dakwah adalah syarat untuk penerimaan doa. Hari ini umat telah lupa, tanpa dakwah doa tidak diterima.

Kamu kena ajak manusia kepada kebaikan sebelum tiba saat bila kamu minta AKU akan menolak doa kamu. Ini hal yang jelas.

Join Chanel Telegram
https://t.me/Usahatasiman

Yang mau download Bayan
Join Chanel Telegram
https://t.me/bayandownload

Join grup telegram
https://telegram.dog/joinchat/Eo-WlULILEaKqfQsBWBU9A

Join grup WhatsApp
https://chat.whatsapp.com/BNJGh3MT1OQJNJ2hKsAeF0

https://www.facebook.com/groups/113401102771036/permalink/126493338128479/

No comments: