Ahad, Mei 08, 2011

MASALAH.....4

Masalah.....
Masalah.....
Masalah.....
Masalah.....


Terjadinya masalah mesti ada puncanya dan mesti juga ada kesannya terhadap diri seorang itu. Pastinya ianya juga akan melibatkan orang lain yang berdekatan atau berhampiran dengannya. Pastinya akan terkena juga tempias masalah tersebut.


Masalah boleh dilihat dengan pandangan mata kasar. Dirasa dengan perasaan dan jiwa. Kesannya dapat dirasai dan dilihat oleh sekeliling. Tetapi puncanya terjadi masalah tidak dapat dilihat atau diketahui oleh orang lain disekeliling.



Yang mahu dibuang adalah akibat atau kesan daripada masalah yang timbul. Sebenarnya membuang kesan masalah adalah bersifat sementara sahaja.Tetapi yang paling utamaa adalah puncanya. Ini yang patut dihapuskan terlebih dahulu. Inilah tindakan yang sebenarnya. Seterusnya dapat menghapuskan sama sekali masalah yang timbul.




Itulah yang dimaksudkan dengan ‘ MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBAT’.

Isnin, Mei 02, 2011

PERLETAKAN TANDA ASAS PROGRAM ANAK ANGKAT





Kehadiran YB Azhar bin Ibrahim sememangnya ditunggu oleh masyarakat orang asli Kg Segamat Kecil. Sejak 3 hari yang lepas pihak sekolah serta JKKK bertungkus lumus mengemas bagi persediaan program pada 21/4/2011.



Program diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Kg Segamat Kecil iaitu perletakan tanda asas sekolah sebagai Anak Angkat Jabatan Penerangan. Ini adalah janji Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim semasa kempen pilihanraya kecil DUN Tenang yang lalu.



Program diserikan dengan tarian orang asli serta pameran Polis Trafik, Jabatan Penerangan, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pemeriksaan Kesihatan. Program seperti ini dapat memberikan info berguna kepada masyarakat disamping dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara masyarakat dengan pemimpin.



Selepas majlis perasmian perletakan tanda asas YB telah melawat gerai pameran. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari.