A cappella adalah dari bahasa Itali yang membawa maksud ‘from the
chapel / choir’ yakni menyanyi tanpa peralatan / instrumen muzik atau muzik
vocal. Tapi bukan itu yang menjadi persoalannya tetapi shaqmetal ingin
menyentuh tentang sesuatu yang rasanya agak baru dan unik dalam dunia metal
global.
Van Canto ditubuhkan di jerman (2006) yang terdiri daripada 5 orang penyanyi dan seorang pemain dram. Biarpun kumpulan ini diklasifikasikan sebagai a capella tetapi mereka menggunakan dram betul dalam muzik mereka.
Van Canto memainkan lagu a capella dengan pengaruh bunyi heavy metal
klasik, power metal dan symphonic metal lantas mencipta apa yang meereka
panggil sebagai “hero metal a capella’.
Bayangkan kalau di satukan antara a cappella dan metal? Bagaimanakah
bunyinya? Menarik bukan? Itu yang ingin diketengahkan dan untuk kita kongsi
bersama info mengenai a capela metal. Sesuatu yang baru dan unik dan rasanya
kita tidak pernah mendengar nama itu sebelum ini. Dalam industri muzik moden
dewasa ini a cappella biasanya dirujuk kepada persembahan yang kesemuanya vokal
tanpa instrument muzik dipersembahkan dalam pelbagai bentuk dan stail termasuk
barbershop, doo wop, dan modern pop / rock. Rentetan daripada itu a cappella
diperluaskan lagi ruang lingkupnya dengan mengujudkan satu(mungkin) sub genre
baru dalam genre muzik rock metal dengan ciptaan stail a cappella metal. Bila
berkongsi info mengenai a cappella metal maka persoalannnya band atau siapakah
yang hadir dengan sub genre baru itu? Maka secara sedar atau tidak ianya telah
ada dan ujud dalam tahun 2006 di Jerman. Band yang mengelarkan diri mereka
sebagai van Canto ditubuhkan dan membawa aliran muzik sub genre a cappella
metal yang terdiri dari lima orang penyanyi dan seorang pemain drum. van Canto
terdiri daripada ;
Dennis Schunke (Sly) – vokalis utama (2006 – sekarang)
Inga Scharf – vokalis utama wanita (2006 – sekarang)
Stefan Schmidt – lower rakkatakka, wahwah
solo guitar dan distortion vocals (2006 –
sekarang)
Ross Thompson – higher rakkatakka
vocals (2006 – sekarang)
Bastian Emig – drums.
Jan Moritz – bass vocal (2015 –
sekarang)
Bekas anggota
Ingo "Ike" Sterzinger – bass
vocals (2006–2015)
Dennis Strillinger – drums
(2006–2007)
Sebelum Bastian Emig, Dennis Strillinger merupakan pemain drum dari
tahun 2006–2007. Dari enam orang vokalis, dua daripadanya merupakan vokalis
utama dan selebihnya menggunakan suara mereka untuk bunyi gitar dan bass dengan
bantuan amplifiers bagi menjadikan bunyi yang seakan-akan instrument asal.
Sebaik sahaja band van Canto ditubuhkan, album pertama mereka A Storm To Come
juga telah diterbit dan dirilis. Album yang mengandungi tujuh buah lagu
merupakan lagu versi cover Metallica – Battery dan ‘Stora Rovardansen’ lagu
yang dipetik dari filem Ronja Rovardotter. Dalam waktu yang singkat juga mereka
telah menerbitkan video untuk lagu The Mission, Battery dan Rain. Bulan
Disember 2007, van Canto telah menyertai Gun records / Sony BMG. Sejurus
selepas itu album kedua van Canto berjudul ‘Hero’ diterbitkankan dan dirilis
pada 26 September 2008. Berikut antara album yang telah diriliskan oleh Van
Canto.
Discografi
A Storm To Come (2006)
Hero (2008)
Tribe of Force (2010)
Break the Silence (2011)
Dawn of the Brave (2014)
Voices of Fire (2016)
Info asal di http://shaqmetal.blogspot.my/2009/08/van-canto-cappella-metal.html
Blog ini, shaqmetal2 adalah kesinambungan daripada blog shaqmetal.
No comments:
Post a Comment