ROCK … sejauh mana kita mampu melkukannya...?
Rock
antara genre muzik yang telah lama bertapak dalam senario perjalanan seni,
muzik tempatan. Sejak kebangkitan era rock dalam era 80an muzik rock tempatan
terus berkembang dengan kelahiran pelbagai genre muzik rock seperti rock n
roll, heavy metal, punk rock, alternative rock, arena rock, blues rock, country
rock, glam rock, hard rock, power rock, progressive rock, surf rock dan
bermacam-macam lagi rock. Namun tumpuan adalah lebih terarah kepada beberapa
genre muzik rock yang telah lahir dalam industri muzik tempatan sejak
berkembangnya muzik rock di Malaysia. Bermula dengan kelahiran Battle Of The
Bands maka dari situ dilihat irama rock terus menular dalam arena muzik
tempatan. Pelbagai nama kumpulan rock ujud dengan versi rock tersendiri namun
setakat yang ujud ketika itu genre muzik mereka agak terarah pada genre muzik
rock n roll, heavy metal, glam rock, folk rock dan hard rock.
Selang beberapa
tahun kemudian ada usaha untuk memasuki elemen power rock / metal, progressive
rock / metal, symphonic rock, symphonic metal dan piano rock ke dalam arena
muzik rock tempatan namun sayang usaha itu tidak menampakkan kejayaan. Lantas
setelah terhukum begitu sahaja, usaha untuk mempelbagaikan genre muzik rock di
Malaysia terus terbantut. Dalam pada itu juga penularan muzik underground juga
terus menerjah dengan kehadiran pelbagai kumpulan baru seperti cendawan tumbuh
selepas hujan. Kehadiran kumpulan secara underground ini lebih menjurus kepada
genre muzik thrash metal, black metal dan death metal walaupun demikian ada
juga segelintir kelompok pemuzik underground lebih menjurus ke arah mainstream
seperti bermain genre reggae, ska dan beberapa genre yang ada dalam aliran
mainstream serta komersial. Meskipun kedua aliran seakan-akan bangkit secara
serentak namun perjalanannya juga terbahagi kepada dua saluran iaitu satu
kelompok pergi lebih terarah dan komersial dan satu kelompok lagi bergerak
secara underground dan cuma diikuti oleh pengikut-pengikut dan golong mereka
sendiri. Pergerakan kumpulan underground nampak lebih eksklusif lantaran cuma
golongan pengikut irama genre itu sahaja yang lebih berpeluang untuk menikmati
muzik underground.
Namun untuk catatan ini apa yang ingin disentuh ialah
perjalanan genre muzik rock yang bergerak secara komersial dalam mencorak
senario muzik rock tempatan. Secara lebih jelas lagi perkembangan genre muzik
rock yang lebih meriah dalam atmosfera muzik tempatan ialah dengan kelahiran
album pertama kumpulan Searh – Cinta Buatan Malaysia dalam tahun 1985 diikuti
pula dengan terbitnya album Battle Of The Bands 1 & 2 yang terus mengangkat
genre muzik rock di Malaysia. Kalau diperhatikan secara lebih menjurus kepada
genre muzik yang ditampilkan oleh kumpulan-kumpulan rock yang ditubuhkan waktu
itu, rata-rata mereka tampil dengan genre muzik rock atau subgenre muzik rock
yang seakan-akan sama iaitu rock n roll, hard rock, heavy metal, thrash dan
glam rock. Secara amnya perkembangan muzik rock dalam senario tempatan waktu
itu masih lagi sangat terhad sedangkan pelbagai genre muzik rock boleh
diterokai waktu itu.
Dari satu sudut pula kalau diperhatikan cara ahli
kumpulan-kumpulan tersebut berpakaian pula lebih menjurus kepada glam rock yang
mana penampilan dan cara berpakaian mereka yang lebih glamour dan juga cara tata
rias atau make-up mereka. Secara umumnya penampilan mereka ala-ala wanita.
Manakala dari aspek muzik yang dianuti mereka lebih terarah pada sub genre
muzik rock ‘n’ roll, heavy metal, glam rock dan pop rock. Dalam perkembangan
senario sedemikian kumpulan rock yang ditubuhkan juga tidak harus dipersalahkan
begitu sahaja. Kehendak pendengar dan peminat juga perlu diambil kira, begitu
juga dengan permintaan pasaran namun sebagai pengikut setia rock, ruang untuk
mempertikaikan kenapa keadaan itu terjadi sedemikian juga masih terbuka. Namun
itu adalah cerita lama dan telahpun menjadi sejarah. Untuk seterusnya dalam
arena sebegitu kita tumpu pada perkembangan muzik rock tempatan masa kini, ini
adalah kerana apa yang ada sekarang ini adalah lanjutan dari apa yang telah
sedia ujud sejak dekad lapan puluhan lagi. Bayangkan kalaulah genre muzik rock
seperti progressive rock / metal, power rock / metal, symphonic rock / metal,
neo-classic metal, glam rock, cello rock, garange rock, punk rock, punta rock,
raga rock, psychedelic rock, british invasion, chicano rock, glitter rock, pub
rock dan banyak lagi genre dan sub genrenya telah kita takluki ketika itu.
Bukankah mudah untuk para penggiat muzik rock kita menentukan aliran genre
manakah yang patut mereka anuti.
‘Bukan salah ibu mengandung….’ kita terpaksa
akur pada kehendak pasaran dan pendengar. Itulah yang terpaksa kita lalui
ketika ini dalam meneruskan perjalanan muzik rock di Malaysia. Cuba kira berapa
kerat sangatlah genre muzik rock yang pemuzik rock kita anuti ketika ini?
Persoalannya kenapa jadi begitu? Apakah puncanya genre dan sub genre muzik rock
seakan-akan terbantut dalam arena muzik tempatan? Apakah kerana pendengar atau
peminat muzik rock tempatan lebih gemar pada rock n roll, heavy metal,
alternative dan beberapa kerat lagi genre muzik rock? Persoalan sebegitu
mungkin seringkali bermain dalam minda peminat atau pemuzik atau mungkin para
pengubah lagu tempatan. Tapi tiada tindakan yang diambil untuk memastikan genre
muzik rock lain terus berkembang dalam senario muzik rock tempatan.
Pernah
diajukan persoalan itu pada pemuzik, penyanyi dan mereka yang terlibat dalam
senario muzik rock tempatan, namun jawapan yang kurang menyuntik semangat rock
dikeluarkan “…tiada ‘market’… ”, “…susah
orang nak terima…”, “…company tak mau ‘bikin’…” dan pelbagai lagi alasan
yang cukup kukuh untuk menidakkan kehadiran pelbagai lagi genre muzik rock ke
persada muzik tempatan. Isu itu bukanlah untuk menyalahkan mereka yang terlibat
dalam muzik rock, tapi bagi pengikut, pengemar dan peminat rock yang mempunyai
pelbagai citarasa dan pilihan ini juga turut terbantut. Mereka inilah golongan
yang menjadi mangsa keadaan, namun mereka ini jugalah golongan yang tidak
pernah putus asa dalam mencari apa yang mereka hendak, maka dengan permintaan
dari mereka inilah juga secara tidak langsung telah mewujudkan satu lorong
istimewa dalam kepelbagaian genre muzik rock tempatan. Mereka telah membawa
masuk pelbagai genre dan sub genre muzik rock ke dalam senario muzik rock
tempatan selain dari genre muzik rock yang telah sedia ada dalam masyarakat
rock tempatan. Beberapa genre dan sub genre muzik rock mulai memasuki arena
muzik tempatan meskipun tidak mengujudkan kelompok kumpulan pemuzik yang mampu
tampil dengan album komersial namun pengikut genre muzik rock seperti gothic
rock / metal, symphonic rock / metal, neo-classic metal, cello rock, power
metal, progressive metal, glam rock, arena rock, garage rock, post rock dan
beberapa genre dan sub genre yang lain mulai merayap dan berkembang, meskipun
tidak sehebat zaman kegemilangan rock 80’an. Pengaliran genre sedemikian
menjalar cuma melalui para pengemar dan peminat muzik genre rock sedemikian.
Namun secara keseluruhannya pengikut muzik begitu masih boleh di bilang dengan
jari. Ini bermakna aliran muzik sedemikian belum mampu mencambahkan lagi
putiknya di persada muzik rock tempatan.
Nampak cuma disebelah pihak sahaja
yang berusaha menjadikan muzik genre rock sedemikian bertapak di kalangan warga
rock tempatan. Maka di sini sekali lagi boleh ditimbulkan apakah peranan para
pemuzik dan penggiat irama rock sendiri dalam menyemarakkan lagi arena rock
tempatan agar terus meriah dengan pelbagai sub genre muzik rock. Kita fikirkan
bersama dan sebagai warga rock tempatan mampukah kita gemilangkan kepelbagaian
irama atau sub genre rock itu kembali seperti apa yang terjadi di era 80’an.
Untuk kegemilangan kali ini terdayakah kita menyemarakan kepelbagaian sub genre
rock sekaligus agar arena rock tempatan terus mekar dan meriah. Horns up untuk rockers yang tetap
berjiwa rock meski pada zahir nampak macam biasa.
No comments:
Post a Comment