Thursday 9 November 2023

Album Baharu Nightwish 2024

 Album Baharu Nightwish... 2024



Memandangkan ‘Human :ll: Nature - World Tour’ merupakan wolrd tour ke – 8 band Nightwish dalam rangka mempromosi album studio ke – 9 Nightwish - Human :ll: Nature telah berlal, kini mereka telahpun berkongsi dengan peminatnya tentang rancangan mereka untuk fasa seterusnya dalam perjalanan band Nightwish.

Selepas tour tersebut mereka terpaksa  melalui tempoh bertenang seketika dari mengadakan konsert live ataupun tour akan. Menurut Nightwish keputusan itu tidak pasti akan tempohnya.

Keputusan tersebut adalah peribadi, dan mereka mengatakan itu adalah penting untuk kesejahteraan dan masa depan band tersebut. “Yakinlah bahawa kami masih suka bekerja bersama, dan keputusan ini tiada kaitan dengan kehamilan Floor atau projek individu kami yang lain”. Itu yang dijelaskan oleh Nightwish untuk situasi tersebut.

Walau bagaimanapun berita yang menariknya ialah kehadiran album studio baharu Nightwish 2024. Album yang bakal diterbitkan itu akan mengandungi 12 lagu baharu akan dirilis pada tahun 2024 (tidak pasti tarikhnya bila.  Dalam pada itu mereka juga akan menerbitkan 3 video muzik Nantiukan update terkini daripada band Nightwish untuk buah tangan terbaharu mereka… 2024.


Human :ll: Nature - World Tour



Monday 6 November 2023

shaqmetal2 Bernafas Semula

 Shaqmetal2 kembali update... 2023.


Salam semua metalers, guys and gals semua... rockers semua. have a anice day... lepas begitu lama shaqmetal berdiam diri and menyelesaikan persoalan dan beberapa isu berkaitan dengan blog shaqmetal2 ni.... so now I am here...kembali nak update some new story untuk kita share bersama.. even it looks like a lil bit primitive and terkebelakang, ketinggalan zaman... terpulanglah, shaqmetal still wanna play with this... shaqmetal akan terus on dan bergerak....inshaAllah.










HOUSE OF METAL 2023

House of Metal (HoM) ialah festival muzik dua hari yang didedikasikan untuk pelbagai jenis sub genre muzik metal. Festival ini mula diadakan dalam tahun 2007 bertempat di Umea Folkets Hus, Sweden. HoM mempunyai 3 pentas utama dan setiap tahun sebanyak 2 - 25 band dari Sweden dan band antarabangsa akan memenuhi ketiga - tiga pentas tersebut. Tahun ini (2023) HoM akan diadakan pada 10 dan 11 November 2023. (Beberapa hari lagi dari tarikh artikel ini ditulis - 7 November 2023). Setakat artikel ini ditulis sebanyak 18 band telah tersenarai untuk membuat persembahan semasa HoM 2023.

Antara band yang akan membuat persembahan di HoM 2023 ialah ;

  1. Kreator (Thrash Metal) - Headliners
  2. Raised Fist (Hardcore / Punk Metal) - Headliners
  3. Blood Red Throne (Death Metal)
  4. CavernDeep (Doom Metal) 
  5. Crawl (Death Metal)
  6. Divra (Black Metal)
  7. Eclipse (hardrock)
  8. Eyetooth (Heavy Metal)
  9. Feral (Death Metal)
  10. Gates Of Ishtar (Melodic Death Metal)
  11. Horndal (Death / Sludge Metal)
  12. Lysis (Melodic Death Metal)
  13. Mezzrow (Thrash Metal)
  14. Naglfar (Black Metal), 
  15. Scitalis (Atmospheric MKetal), 
  16. Terra Black (Stoner/Doom Metal), 
  17. The Crown (Melodic Death / Thrash Metal)
  18. The Night Flight Orchestra (Hard Rock / AOR)
  19. Thyrfing (Viking Black Metal)
  20. Tribulation (Deathy / Gothic Metal)

Logo Design by FlamingText.com