Ahad, 2 April 2023

ASD

 Matiin dan autisme, 


Waktu lahir dulu beliau nampak normal sahaja, tiadalah tanda ketara yang memberikan kami petanda apa-apa. 


Masuk umur dua tahun, barulah tanda-tanda itu muncul. Memang dah mula struggle kami ketika itu.. Sungguh weh! pernah juga membanding anak sendiri dengan anak orang lain.


Suka menghantuk kepala kat dinding kalau meltdown, suka tentrum kalau tak dapat apa yang dia nak, suka baling barang (iPad dua kali bertukar skrin hahaha), punyalah payah nak tidur.. sampai jam 2-3 pagi pun masih aktif dan memanglah skil komunikasi yang sangat lemah…


Kalau nak panggil tu, 4-5 kali baru menyahut dan sesungguhnya fokus itu tiada dalam diri beliau. 


Maka ke pakar perubatan kanak-kanaklah kami untuk mengesahkan apa yang dok terbuku di hati ni.


“Anak aku ni tak normal ke?”


Walaupun pada mulanya, akulah yang paling berat nak mengakui hakikat yang bakal dihadapi kelak.


“Anak puan dan tuan nampaknya ada ciri-ciri ketara ASD”


“Autisme Spectrum Disorder ?”


“Ya, setelah sejam kita buat pemerhatian ni.. rasanya encik pun boleh bandingkan dengan adiknya yang baharu enam bulan tu dari segi fokus, saya akan rujukkan pada pakar perkembangan kanak-kanak pula”


Uihhhhh remuk hati waktu tu.. sedihlah aku sebagai bapak.. dan mulalah terfikir kenapalah Tuhan menghukum aku sebegini.. 


Tapi aku direzekikan seorang isteri yang sangat tabah dan kuat semangat, beliaulah yang berikan sokongan untuk kami anak beranak agar tak melarat san hanyut dalam kesedihan juga kekecewaan.


Kami bangkit!


Kami sebenarnya dah berada dilandasan yang betul. Apabila melihat anak kami dah mula ada ciri-ciri ASD seawal usia dua tahun, perkara-perkara dibawah dah kami buat;


1. Kami bandingkan perkembangan Matiin berpandukan carta perbatuan kanak-kanak yang ada di dalam Buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak KKM tu. 


2. Setiap kali bawa anak untuk pemeriksaan kesihatan, kami akan bertanya kepada doktor dan nurse yang ada untuk minta pandangan, depa sangat membantu! 


3. Untuk dapatkan pandangan kedua, kami bawa dahulu ke Pakar Kanak-kanak, kemudian ke Pakar Perkembangan Kanak-kanak dan juga ke pegawai terapi cara kerja untuk dibuat penilaian keatas Matiin.


Waktu ni kita dapatlah buat beberapa ujian pengesahan dari segi perkembangan fizikal, mental dan banyaklah lagi seperti sensory profiling juga IQ Test tu


Pentingnya benda ini untuk kita merancang What’s Next untuk anak-anak kita. 


4. Kami gigih ke sana ke mari mengikuti bengkel yang dianjurkan pihak KKM melalui hospital, NGO dan juga pusat terapi swasta. Dari JB ke KL tu perkara biasa, dan di dalam alam mayalah paling banyak kami mendapatkan ilmu. 


Tapi ilmu yang nak dituntut ni perlulah ada bimbingan dan dapatkanlah pengesahan latar belakang depa. Takut menuntut ilmu yang sesat, anak kita juga yang mudarat.


5. Mulakan intervensi dirumah! Ni paling penting, sebab masa depa dengan kitalah yang paling berharga. Jangan risau pandangan orang lain pada anak kita, kita bukan hidup dengan duit depa pun! Kuatkan semangat dan teruskan meransang anak korang dirumah tu dengan pelbagai aktiviti.


6. Selalulah bermain dengan anak. Bermain adalah benda paling berkesan untuk melatih fokus, komunikasi dan sensori mereka! Yaaaa bawaah depa keluar ke taman permainan selalu, disana ada pelbagai benda yang boleh membantu anak-anak kita. 


Jangan segan dan takut nak bawa anak keluar, mereka perlu diberi stimulasi atau ransangan dari dunia sebenar tau. Sedih kalau lihat ada ibu bapa yang mengurung anak mereka dirumah dan memisahkan mereka dari realiti kehidupan. 


7. Kalau ada rezeki, bawalah anak ke untuk mengikuti terapi pertuturan dan cara kerja. Ini sangat membantu perkembangan anak-anak kita, bahkan kita juga beroleh manfaat yang sama.


Ibu bapa akan lebih memahami cara melaksanakan intervensi dirumah nanti dan tahu kenapa kita lakukannya. 


Disini juga boleh kita nyatakan objektif yang perlu dicapai anak untuk satu tempoh tertentu. Yang pasti ia adalah ansur maju dan tidaklah terlalu tinggi.. yelah.. budak baru nak sebut satu dua perkataan hari ni, by the end of the week.. kau dah nak dia buat ayat lengkap 😅 tak boleh la gituhhh


8. Sertai support group yang ada di media sosial atau kawasan korang berada. Ini sangat penting untuk mental health kita dan anak. 


Ada anak istimewa ni memang memenatkan, setiap hari pasti diuji. Sekurang-kurangnya kita adalah tempat meluah dan meminta pandangan.


Korang jangan bersedih! Tuhan menduga kita dengan kelahiran yang berbeza tetapi hidup bersama, 


Sedar tak kita? Kita berada dibawah langit dan memijak bumi yang sama? Kerana apa? 


Sebab Tuhan nak kita dekat dengan-Nya.. saling menyintai, menyayangi dan menjaga antara satu sama lain hingga ke akhir waktu dan bertemu kembali di SANA nanti.. sebagai keluarga yang sempurna..


Selamat Menyambut Hari Autisme Sedunia! 2 April 2023


Dah faham, belajarlah menerima mereka ini ☺️

Tiada ulasan:

Catat Ulasan