Tuesday, May 27, 2008

jangan mengumpat

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum.

tazkirah disampaikan oleh saudara Yahya. Yahya bercakap pasal mengumpat.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضاً أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتاً فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ


Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.



yahya mengibaratkan mengumpat seperti kita memiliki sebungkus tepung. Lepas tu, sedar2 tepung tu tinggal sikit sebab bocor. blehkah kita mengutip balik tepung gandum yang ditiup angin dan kesan putih itu?




begitulah kehidupan sebenar kita. Apabila kita mengumpat dan fitnah, dapatkah kita menjernihkan balik keadaan. walaupun dah minta maaf dengan mangsa, tapi kesannya tetap tidak dapat dihilangkan.

So, janganlah kita join dalam mengumpat atau join dalam mendengar kerana dilarang oleh Allah SWT.

Wallahua'alam.

No comments: