Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Wednesday 14 March 2012

Wanita yg Tertua di PERLIS



KANGAR – Seorang warga tua dari Kampung Padang Keria, Simpang Empat di sini yang memiliki 47 orang cicit kini tidak sanggup lagi menghadapi dilema usia beliau hanya 15 tahun 10 bulan berdasarkan catatan dalam MyKad.
Puan Ahmad yang mendakwa usianya kini melebihi 90 tahun berkata, masalah itu berlaku selepas MyKad yang diperolehnya pada tahun 1996 tertera dengan nombor 960412-02-0558*.
Dia juga bingung melihatkan wujud tanda * pada penghujung nombor MyKad itu.
Puan kini kecewa kerana mendakwa masalah itu menyebabkan dia terlepas peluang mendapat banyak kemudahan khusus untuk golongan warga emas selain gagal memohon wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Saya sudah rujuk masalah nombor MyKad ini kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perlis pada tahun lalu tapi mereka minta saya terus guna kad yang sama,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Puan yang kini mempunyai empat orang anak, 19 cucu dan 47 cicit, dilahirkan di Tasik Melati, Padang Besar pada tahun 1920-an.
Katanya, masalah itu berlaku selepas dia memohon kad pengenalan baharu di JPN Kuala Nerang, Kedah, beberapa tahun lalu.

Monday 5 September 2011

Logo Negeri Pelis

Lambang Negeri Perlis terdapat 7 rangkaian biji padi sebelah-menyebelahnya. Pada setiap rangkaian itu terdapat 22 biji yang bererti 22 mukim terdapat di Negeri Perlis pada waktu itu. Di tengah lambang tersebut terdapat perisai yang merupakan tanda kebanggaan dan kehormatan serta lambang pertahanan negeri daripada sebarang pencerobohan. Di dalamnya mengandungi 22 biji padi berwarna kuning yang telah masak menunjukkan hasil dan makanan utama rakyat Negeri Perlis. Di tengah lingkaran tersebut terdapat perkataan Perlis menggunakan tulisan jawi, sebagai tulisan identiti orang Melayu dan Negeri Perlis.
Warna hijau melambangkan kesuburan hasil mahsul Negeri Perlis terutama sekali tanaman padi. Warna tersebut juga merupakan lambang kedamaian dan keharmonian rakyat negeri ini.
Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan Negeri Perlis kerana kekayaan hasil padinya.

Sumber: Warisan Indera Kayangan
PPANPs

Friday 3 June 2011

Sejarah Ringkas Simpang 4,Perlis

Asal nama Simpang Empat dirujuk kepada pertemuan silang parit dari Kampung Sanglang Kedah ke Sungai Perlis dan anak sungai yang mengalir ke Kuala Sungai Baru. Parit ini dibuat untuk menyalirkan air supaya padi tidak ditenggelami banjir dan musim menuai lebih kering. Oleh kerana tiada jalan raya semasa itu sungai telah menjadi laluan bot tambang. Simpang Empat adalah persimpangan anak sungai dan parit tersebut tumbuh sebagai pusat perniagaan pasar sehari "nat" dalam Bahasa Siam.