Sunday, September 28, 2014

St Anselm

Nama sebenar Saint Anselm ialah Anselmo d'Aosta. Beliau dilahirkan di Aosta pada tahun 1033 Masihi. Saint Anselm merupakan seorang ahli falsafah dan juga seorang penulis. 
Anselm of Canterburry ( 1033 - 1109 ) adalah seorang pemikir Kristian yang terkenal pada abad pertengahan. Malah beliau banyak meninggalkan falsafahnya tentang polotik atau kebijaksanaan. ( Gasper Giles E. M. , 1988 : xii )
Pada tahun 1047M, Saint Anselmmeninggalkan kampung halamannya seperti kebanyakan orang Itali melakukannya dan kemudiannya meneruskan perjalanannya ke Utara Perancis melalui Burgundy. Beliau kemudiannya sampai ke kawasan pemerintahan Duke di Normandia setelah tiga tahun mengembara. Setelah itu, beliau menyertai komuniti biara Bec dan menetap di sana selama 37 tahun. Kemudiannya dilantik menjadi ketua biara. (Gasper Giles G. M. , 1988 : xii )
Falsafah Saint Anselm banyak dipengaruhi oleh pemikiran Plato. Meskipun beliau juga mempelajari tentang Aristotle. Namun begitu, Saint Anselm tidak mahir dalam bahasaYunani menyebabkan beliau mempelajari karya Plato melalui terjemahannya sahaja.
Karya falsafah Saint Anselm terdiri daripada tiga bahagian iaitu monologium, proslogium, dan cus deus ho mo ( mengapa Allah menjadi manusia ) . dalam monologium, beliau menyebut tentang bukti bukti kewujudan Allah. Karya ini hanyalah bersifat teologi. Kedua ialah proslogium. ia berkisar tentang doa doa. Saint Anselm sangat berpegang teguh pada motonya 'Faith Seeking Understanding' . yang dimaksudkan adalah tidak akan ada pemahaman tanpa wahyu kerana mereka yang mencari kebenaran harus beriman dahulu kepada wahyu. Seterusnya cus deus ho mo. Karya ini mengisahkan tentang kematian Nabi Isa di kayu salid yang mana mendamaikan manusia dengan Allah.
Saint Anselm meninggal dunia pada 21 April 1109M di usia 75 tahun. Beliau meninggal dunia di Canterbury, Kent, England.

No comments:

Post a Comment