Wednesday, December 21, 2011

Dalam dunia ini,entah berapa ramai manusia yang telah menipu dan ditipu.Dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara,manusia yang telah tenat hatinya pasti akan menipu untuk mendapatkan sesuatu yang ingini.Namun,manusia tidak menyedari bahawa perbuatan tersebut sebenarnya bukan hanya menipu orang lain sebaliknya telah menipu diri mereka sendiri.Hal ini telah dinyatakan sendiri dalam al-Quran yang telah menempelak golongan munafik yang mengaku mereka beriman sedangkan hati mereka sebenarnya kufur.Mereka menyangka mereka dapat menipu Allah dan orang-orang beriman sebaliknya mereka telah menipu diri sendiri tanpa mereka sedari. “Dan di antara manusia ada yang berkata,’Kami beriman kepada Allah dan hari akhirat’,padahal sesungguhnya mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.Mereka menipu Allah dan orang-orang beriman,padahal mereka hanyalah menipu diri sendiri tanpa mereka sedari“(surah al-Baqarah,ayat 8-9) Teruskan pembacaan Share this: Share Leave a Comment » | Artikel Bahasa Melayu, Masalah Umat, Penulisan Mingguan | Tagged: dengan, diri, jangan, sendiri, tertipu | Permalink Posted by drmarzuki Ramai Yang Masih Jahil Asas Agama March 20, 2010 ''Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.''-Al-Imamus Syahid Hassan Al-Banna Untuk membina bangunan yang tinggi dan kukuh seperti Menara KLCC dan KL Tower sudah semestinya memerlukan binaan tapak dan asas yang kuat dan mampu menampung berat bahan yang akan dibina di atas. Sekiranya binaan asas itu lemah, maka bangunan itu tidak akan mampu bertahan lama dan boleh runtuh pada bila-bila masa sekalipun bahan yang dibina untuk membuat dinding,atap serta bumbung bangunan berkenaan adalah daripada bahan-bahan berkualiti. Begitu juga contoh lain seperti pokok kelapa yang tinggi sekiranya akar di bawahnya sudah mula reput dimakan anai-anai dan serangga lain, maka pada masa itu, kita tahu rumah kita berada dalam keadaan tidak selamat sekiranya berada berhampiran pokok kelapa berkenaan kerana ia mungkin akan tumbang bila-bila masa sahaja.Saya kira semua faham dengan jelas mengenai hal ini. Begitu juga dengan agama Islam yang merupakan satu institusi agama yang paling hebat,lengkap dan agung dalam dunia ini sudah semestinya mempunyai satu asas yang lengkap,padu dan kukuh memandangkan cabang-cabang Islam itu cukup luas dan merangkumi segenap aspek kehidupan manusia. Jika manusia gagal mengetahui dan memahami asas-asas Islam, maka mereka tidak akan mampu memahami apakah tujuan Islam itu datang?Kenapa seluruh umat manusia perlu mengikut ajaran Islam?Bagaimanakah Islam dapat memberikan kebahagiaan dalam diri manusia?Bagaimanakah Islam dapat menyelesaikan setiap masalah yang berlaku dalam kehidupan manusia dan sejauh mana Islam boleh menyediakan alternatif dan penyelesaian kepada masalah ini? Teruskan pembacaan Share this: Share Leave a Comment » | Artikel Bahasa Melayu, Masalah Umat, Penulisan Mingguan | Tagged: agama, jahil.asas, masih, ramai, yang | Permalink Posted by drmarzuki When Ukhuwwah Islamiah Becomes Eroded (English Translation) January 11, 2010 “The Believers are but a single Brotherhood,so make peace and reconciliation between your two (contending) brothers; and fear Allah, that you may receive Mercy.”(Surah al-Hujurat verse 10) Allah clearly mentions in the verse above that those who believe in Allah and the Hereafter are indeed brothers. Brotherhood mentioned here based on shared faith that is belief and surrender to Allah. Therefore, it is not surprising if in the sirah Prophet Muhammad (pbuh) when he migrated to Medina he has united Muhajirin and Ansar.As narrated by Ibn Qayyim the Prophet (pbuh) held a meeting for uniting Muhajirin and Ansar at Anas ibn Malik’s home.At that time, about 90 men attended whereby half of the them are Muhajirin and the other half are Ansar. What make me so astonished is the values of brotherhood shown between Muhajirin and Ansar although they are just united by the Prophet (pbuh) and on first acquaintance.For example,narrated by al-Imam Bukhari r.h. that the Prophet (pbuh) has united Abdul Rahman ibn Auf with Sa’d ibn Al-Rabi’ in Madinah.Sa’d ibn Al-Rabi’ said to Abdul Rahman ibn Auf:”Actually I am the most wealth Ansar , here I want to divide into two, my wife is two,select which one of those who consented to the your heart, and I want to divorce her, after her iddah you can marry with her.“(Ar-Rahiqul Makhtum translation edition ,al-Mubarakfuri, page 247-248) Continue your reading Share this: Share Leave a Comment » | Artikel Bahasa Inggeris, Masalah Umat, Penulisan Mingguan | Tagged: becomes, eroded, islamiah, ukhuwwah, when | Permalink Posted by drmarzuki Bila Ukhuwwah Islamiah Semakin Terhakis January 10, 2010 Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh “Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.“(surah al-Hujurat ayat 10) Allah menyebutkan secara jelas di dalam ayat di atas bahawa orang-orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat adalah bersaudara. Persaudaraan yang disebutkan ini berasaskan kepada satu pegangan atau akidah yang dikongsi bersama iaitu keimanan dan penyerahan diri kepada Allah s.w.t. Maka, tidak hairanlah sekiranya dalam sirah Nabi s.a.w. ketika baginda berhijrah ke Madinah baginda telah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar di mana menurut riwayat Ibn Qayyim baginda telah mengadakan majlis mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar di rumah Anas b. Malik.Ketika itu,seramai 90 orang lelaki yang hadir separuh daripadanya kaum Muhajirin dan separuh lagi kaum Ansar. Apa yang begitu menakjubkan diri ini ialah nilai persaudaraan yang begitu erat terjalin antara kaum Muhajirin dan Ansar walaupun baru dipersaudarakan oleh Rasulullah s.a.w. dan berkenalan dalam masa yang singkat. Teruskan pembacaan Share this: Share Leave a Comment » | Artikel Bahasa Melayu, Masalah Umat, Penulisan Mingguan | Tagged: bila, islamiah, semakin, terhakis, ukhuwwah | Permalink Posted by drmarzuki

No comments:

Post a Comment