Tuesday, February 28, 2012

JAM TANGAN OMEGA KUNCI KEBENARAN NAFSU SEKS BINATANG ANWAR Jam Tangan Omega Mengetuk Pintu Hati Wan Azizah AIDCNews -09/04/11 – “Dulu masa kes liwat satu dan liwat dua, mungkin beliau tak tengok dengan mata sendiri dan dia tak tahu. Kali ini dia dah tengok video dan tahu jam itu ada padanya atau tidak,” kata Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu. Zulkifli yang juga bekas peguam bela kes liwat I, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika mengulas respon Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail apabila mengubah fikiran untuk menonton sedutan klip video yang dikaitkan dengan suaminya itu. Pada sidang media 21 Mac, Anwar meletakkan bebanan jam tangan Omega ke bahu Wan Azizah dan isterinya itu hanya mendiamkan diri. Ketika ditanya Wartawan berkenaan jam tangan Omega, Anwar menjawab : “Tanya (Wan) Azizah. Dia yang simpan…” . Ketika mula tersebar sedutan klip video itu, Wan Azizah terpaksa membuat sidang media dalam keadaan tergesa-gesa, tanpa perancangan yang rapi. Teks kenyataan media sampai lewat, hinggakan Wan Azizah terpaksa membaca teks itu melalui handphone anaknya, Nurul Izzah. Apabila kertas kenyataan media sampai, Wan Azizah membaca satu persatu apa yang ditulis dalam teks itu. Awalnya bermula dengan baik, tetapi menjadi kelam kabut apabila sesi soal jawab dengan wartawan di mana Wan Azizah tidak perlu bergantung kepada teks lagi. Seperti diduga, soalan berkenaan jam tangan Omega mula ditanya wartawan. Mulanya Azizah menjawab tenang, dengan mengatakan beliau masih menyimpan jam tangan itu, tetapi wartawan mahu dibuktikan kewujudannya, dengan harapan Wan Azizah akan mempamerkannya kepada media kerana sidang media itu diadakan di rumah peribadinya sendiri, Bukit Segambut Ketika itu, muncul emosi Azizah yang sebenar yang sebelum ini disimpan. Reaksi matanya, cara jawapannya, malah kedua-dua tangan ditunjukkan kepada wartawan membayangkan emosinya yang selama ini terpendam dihatinya. Khalid Ibrahim yang dihantar khusus untuk membantu Azizah berjaya memainkan peranannya untuk meredakan keadaan, supaya emosi Azizah dapat dikawal. Wartawan yang sanggup datang ke rumah Azizah semata-mata untuk melihat dan mengambil gambar jam tangan itu terpaksa pulang dengan tangan kosong. “Kenyataan Wan Azizah awal sangat. Tapi kita pun fahamlah. Ia antara kebenaran dan suaminya”, kata Datuk Ibrahim Ali ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang menafikan pelaku dalam video itu adalah suaminya. “Saya pun faham dan saya sangat bersimpati dengan Wan Azizah, tapi kita kena bersikap terbuka. Yang bersalah tetap bersalah dan jika orang itu tidak bersalah, kebenaran akan muncul. “Kalau terbukti orang itu memang teraniaya, dia akan menjadi seorang yang hebat. Kemenangan itulah perjuangannya,” katanya lagi. Zulkifli dan Ibrahim merupakan dua contoh klasik dua individu yang pernah menjadi penyokong setia Anwar satu ketika dulu. Ibrahim mengenali Anwar sejak zaman pelajar dan pernah dipenjarakan bersama-sama di Kamunting ketika mengadakan demontrasi pelajar. Begitu juga dengan Zulkifli yang mmenjadi peguam bela Anwar sejak dari tahun 1998, hingga berkecimpung dalam politik semata-mata untuk mempercayai Anwar Ibrahim. Tetapi hari ini kedua-dua tokoh itu bukan lagi bersama-sama dengan Anwar Ibrahim. Bukan setakat mereka berdua, satu persatu meninggalkan Anwar. Ketika saat genting begini, dulu Ezam tampil membantu Azizah dan Anuar Shaari berkorban resign dari penjawat awam , sekarang kedua-dua mereka turut meninggalkan Anwar bersama ratusan yang lain. Posted by AAKJ at 5:07 PM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

No comments:

Post a Comment