Tuesday, February 21, 2012

Juak-juak Anwar Ibrahim cuba mencetuskan kemarahan massa untuk menenangkan perasaan Ketua Umum PKR itu yang sekarang ini cukup gelisah melihat reaksi orang ramai yang ditunjukkan terhadap kehadirannya. Air muka Anwar Ibrahim ketika membonceng motosikal salah seorang yang bersimpati kepadanya setelah dihalau oleh orang ramai di Endau dua hari lepas sudah cukup mencerminkan betapa Anwar sebenarnya sedang keliru dengan perubahan yang tidak disangka-sangkanya. Mereka cuba menggunakan faktor UMNO untuk memenangi emosi orang ramai namun nampaknya reaksi tidak seperti yang diharapkan. Dengan semakin dekatnya PRU13, reaksi negatif yang ditunjukkan benar-benar tidak memberikan indikasi yang bersifat positif atau setidak-tidaknya mampu menyekat penguasaan kembali dua pertiga oleh UMNO-BN. Anwar cuba berceramah di Sembrong, kubu salah seorang Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Dalam Negeri. Namun sambutan yang diberikan kepada Anwar menunjukkan dia adalah orang yang paling dibenci. Maka melalaklah bebudak Anwar, UMNO telah menghantar samseng untuk menyekat Anwar daripada berceramah. Samseng-samseng itu pula telah merosakkan, memecahkan cermin kereta dan menendang pintu kereta Anwar sampai kemek. Ini bukan kejadian pertama yang menimpa Anwar Ibrahim. Pada Pilihanraya Kecil Kerdau, dalam satu kejadian di Jengka 2, Anwar yang perasan anak muda di tepi jalan ingin menyambutnya, telah mengarahkan pemandunya memperlahankan kereta yang dinaikinya. Dia menurunkan cermin tingkap dan pada ketika keretanya berada di hadapan anak muda itu, TIGA KILO BUNTUT AYAM DICAMPAKKAN ke muka Anwar Ibrahim yang tersengih sebelum itu mengalahkan kambing jantan tengah berahi. Justeru juak Anwar Ibrahim tak sepatutnya buat dan mereka cerita tentang samsengnya UMNO kepada ANWAR. Mereka perlu menerima kenyataan bahawa Anwar Ibrahim, kini adalah musuh rakyat Malaysia yang paling dibenci. Laporan hangat pro Anwar:

No comments:

Post a Comment