Thursday, February 2, 2012

Mengundi adalah satu kewajiban sekiranya anda seorang rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas. Tak kiralah anda nak undi parti apa-apa pun, ianya adalah hak anda sebagai seorang rakyat. Bagi Abang Nara, seorang rakyat yang prihatin, sayangkan negara dan benar-benar bertanggungjawab wajib mengundi sekiranya sudah cukup syarat. Alhamdulillah Abang Nara sudah pun mendaftar dan kini sedang bersiap sedia menunggu tarikh Pilihan Raya Umum untuk menjalankan kewajiban ini. spr Eh Abang Nara, saya dulu pun dah daftar gak tapi macam mana nak tahu pendaftaran dah berjaya ke belum. Mana nak check macam Abang Nara buat kat atas tue Ha. Semangat ingin tahu yang macam nie lah yang Abang Nara mahukan. Sebenarnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ada website di www.spr.gov.my untuk kemudahan anda semua. Anda boleh check status pendaftaran, boleh buat aduan atau pertanyaan, boleh download borang permohonan pendaftaran dan macam-macam lagilah. spr Dalam banyak-banyak fungsi menarik di www.spr.gov.my ini, Abang Nara paling tertarik dengan ruangan “Hebahan”. Banyak info-info yang simple dan tak pernah terfikir oleh kepala otak Abang Nara ini tertulis di situ. Contohnya macam penentuan lokasi mengundi. spr So tunggu apa lagi? Takkan anda sekadar nak sembang lebat di kedai kopi bercerita tentang politik tapi bila time mengundi anda tidur di rumah sebab tak berdaftar lagi. Itu sangat-sangat memalukan diri sendiri. Gunakan hak anda untuk mengundi dan menentukan masa depan anak-anak anda. Lawati www.spr.gov.my hari ini juga. Yang Ini Pun Best Jugak:-

No comments:

Post a Comment