Friday, February 3, 2012

Niat Jahat Pas Terhadap Kesedar Rate This Banyaknya jasa perjuangan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) untuk membangunkan kawasan hulu Kelantan sejak berpuluh tahun lalu demi kemajuan dan kebajikan 400,000 penduduk di kawasan itu. Peneroka di bawah lembaga tersebut telah mendapat pelbagai kemudahan daripada tiada apa-apa sehingga memiliki rumah dan kebun kelapa sawit atau getah. Golongan ini sebenarnya dibawa oleh kerajaan Pas pada tahun 70-an untuk meneroka kawasan berkenaan tetapi dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang bantuan sehingga pemerintahan ini diambil alih oleh Barisan Nasional (BN) pada tahun 1978. Menurut sejarah, kerajaan Pas ketika zaman Datuk Mohd. Asri Muda hanya menghantar peneroka daripada Kota Bharu, Pasir Mas dan Pasir Puteh dengan menaiki keretapi ke kawasan hulu Kelantan dan membiarkan mereka meneroka tanah tanpa sebarang bantuan. “Di bawah BN, peneroka disusun semula dengan penubuhan Kesedar malah lembaga tersebut juga bertanggungjawab untuk mengambil alih tanah yang telah ‘dijual’ oleh Pas kepada sebuah syarikat, Timbermine Sdn. Bhd. “Malah disebabkan Pas melanggar perjanjian dengan Timbermine, kerajaan negeri ini terpaksa membayar ganti rugi kepada syarikat berkenaan sebanyak RM800 juta – dua kali ganda daripada bajet negeri ini pada setiap tahun. Tanah-tanah yang dijual kepada syarikat balak itu dibangunkan dengan penempatan baru untuk kemudahan rakyat yang ketika itu amat daif. Kesedar yang berfungsi kurang lebih seperti Felda telah memberikan pelbagai bantuan seperti bantuan tanaman kelapa sawit dan getah, baja, rumah, jalan, air dan elektrik. “Bagaimanapun hari ini, disebabkan mahu meraih keuntungan politik, pembangkang telah menghasut peneroka sehingga 1,000 orang keluar menjalankan demonstrasi menentang Kesedar – agensi yang membantu mereka untuk hidup senang seperti hari ini. Tugas-tugas ‘menghasut’ ini dilakukan oleh Badan Bertindak Pewaris Bumi Wilayah (Waris) Kesedar Kelantan, Hamdan Jusoh yang didalangi oleh pembangkang. Sekadar ingatan, dengan bantuan daripada Kesedar, rata-rata peneroka mendapat pendapatan yang lumayan malah ada di antaranya melebihi RM2,000. Tanpa bantuan untuk menanam getah atau kelapa sawit dan bantuan-bantuan susulan, mungkin ini semua tidak menjadi kenyataan. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Gua Musang, Datuk Bazlan Baharuddin berkata, tindak tanduk Waris jelas menunjukkan bahawa mereka sengaja mencipta keburukkan kerajaan BN untuk kepentingan politik. “Sekiranya ada masalah yang ingin disuarakan biar dilakukan secara sopan, kita setuju jika mereka (peneroka) mahu menghantar memorandum, buat secara hormat dan bukannya serang Kesedar atau pun Felda. “Ingat kembali sejarah kita (peneroka) ketika mula-mula masuk ke tanah rancangan, dari tiada apa-apa sehingga mendapat harta malah mungkin ada di antaranya diluar daripada jangkaan,” katanya. Sekadar perbandingan bandingkan program yang dilakasanakan oleh Kesedar dengan Ladang Rakyat. Benar rakyat tidak perlu terlibat dalam Ladang Rakyat dan menunggu cukup masa menerima dividen RM200 sebulan. Apakah berbaloi wang sebanyak itu dengan jumlah tanah yang ‘disedekahkan’ kepada taukeh-taukeh Cina untuk tempoh 60 tahun. “Berbanding Kesedar, rakyat terlibat bersama-sama dengan kerajaan dan sedikit demi sedikit mereka mendapat pulangan malah generasi kedua dan ketiga dapat menikmati kehidupan yang lebih senang. Malah dengan harag komoditi yang meningkat, rata-rata pekebun menerima pendapatan lebih RM2,000 sebulan. Fikirlah dengan waras siapa yang berkebajikan BN atau Pas? Siapa yang merosakkan keharmonian rakyat?

No comments:

Post a Comment