Tuesday, March 13, 2012

Sistem Laknatullah - Bapa Demokrasi sanjungan Pakatan Rakyat Perjuangan politik yang kabur (khususnya pembangkang umat Islam Malaysia) yang mirip penentang ulil amri di Turki. *Amaran : Kepada penyokong hardcore PR supaya jangan membaca posting ini, nanti sakit tengkuk... * Kekang penguasaan Islam - Inilah agenda Barat kepada negara Islam yang dilihat mengancam dan merbahaya kepada mereka. Sejarah telah menunjukkan kepada kita, golongan Kafir Barat tidak mampu menewaskan kekuatan Islam melainkan orang Islam itu sendiri yang meruntuhkannya. Satu contoh kita lihat bagaimana Reformasi melenyapkan kerajaan Khilafah Uthmaniyah dan menggantikannya dengan sistem Barat yang lebih bersifat liberalisme. Orang yang mengubahnya adalah Kemal Ataturk - Bapa Demokrasi, Reformasi, Hak Asasi di Turki. Bapa Demokrasi Turki - Kemal Ataturk Istilah demokrasi berasal dari Yunani kuno yang diutarakan di Athen pada abad ke-5 SM berasal dari dua kata, iaitu ‘demos’ yang bererti ‘rakyat’, dan ‘kratos/cratein’ yang bererti ‘pemerintahan’, dapat diertikan sebagai pemerintahan rakyat, atau yang lebih dikenali sebagai pemerintahan dari rakyat (kuasa rakyat), oleh rakyat dan kepada rakyat. Bermula dari rakyat dengan melaungkan slogan “Kebebasan, Persamaan dan Persaudaraan” (slogan yang diciptakan Freemansonary-Yahudi) berjaya menumbangkan kuasa raja yang berkuasa selama ini. Tetapi yang lebih menarik, seorang penulis Barat bernama William Guy Carr telah membongkar gelombang ‘Revolusi Perancis’ itu bermula dengan cetusan tangan-tangan hitam Yahudi. Kebetulan - 3 tangan diwakili gabungan 3 parti utama pembangkang negara? William Guy Carr memberikan bukti-bukti Yahudi bermazhab lucifer memainkan peranan sistematis merancang tercetusnya revolusi pertama di Perancis itu dan seterusnya revolusi-revolusi lain di Eropah. Nesta Webster, seorang penyelidik termashur di England turut bersetuju dengan pendapat itu dengan mengaitkan ‘tangan-tangan hitam Yahudi’ itu dinamakan pakatan sulit Yahudi bernama ‘illuminati’. Maknanya, pakatan Yahudi menjadi penyuluh kepada kebangkitan, zaman ‘renaissance’, ‘reformasi’,’enlightenment’ dan ‘liberalisme’ yang mencipta satu kerajaan baru, kerajaan tanpa peranan agama yang dinamakan ‘kerajaan rakyat’. Kerajaan Rakyat ini kemudiannya menghapuskan sistem-sistem lama, termasuk peranan paderi dan gereja serta menghapuskan peranan raja-raja, yang sebelum ini pernah diamalkan di Perancis. Namun begitu, istilah ‘reformasi’ dirujuk khusus kepada tokoh ‘reformasi agama’ iaitu Martin Luther (1483-1546 M). Gambar Hiasan - Tuntutan Kuasa Rakyat mengingkari titah Sultan di negara kita Demokrasi sama dengan sekularisme. Dalam demokrasi, inti ajarannya adalah ‘kuasa rakyat’ yang meletakkan nilai-nilai hak asasi manusia serta kebebasan beragama sebagai ajaran utama (sesuai tuntutan ke atas kemurtadan umat Islam dan kebebasan yang ditentukan atas nama Human Right atau Hak Asasi Manusia oleh golongan pembangkang). Sejarah merekodkan ‘demokrasi’ berjaya menembusi dunia Islam setelah runtuhnya sistem Khalifah Uthamniyah di Turki (1299-1922 M). Dengan tekanan Yahudi dan pakatan Illuminati, Sultan Abdul Hamid 11, pemerintah terakhir Khalifah Uthmaniyah dijatuhkan. Yahudi mempunyai kepentingan menekan Khalifah Uthmaniyah kerana kerajaan Islam itu menjadi penghalang kepada kewujudan sebuah negara Israel di Palestin. Gambar hiasan - Demokrasi BERSIH yang melambangkan kebebasan tanpa batas. Dengan slogan ‘demokrasi’, dan bantuan Yahudi maka runtuhnya sistem Khalifah Uthamiyah Islam terakhir di Turki itu, dan muncullah bapa demokrasi Turki Moden yang disokong oleh Eropah dan Yahudi iaitu Mustafa Kamal Ataturk. Bapa demokrasi Turki, Mustafa Kamal Ataturk yang mula berkuasa pada 29 Oktober 1923, telah menghapuskan sistem pemerintahan raja-raja kepada sistem sekular yang dinamakan ‘Republik Turki’. Sekadar gambar hiasan Yahudi sudah menyedari kelemahan seksual Kamal Atatuk ini, sebab itu Yahudi memberi bantuan penuh untuk menobatnya menjadi Presiden Republik Turki. Sebagai ganjarannya, Yahudi telah mendapat penempatan dan sebuah negara Israel di Palestin yang selama ini dihalang oleh Khalifah Uthamniyah Turki. Inilah dasar sekularisme, yang diwarisi oleh Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki sekarang ini. Tiada perubahan dilakukan ke atas dasar ini, malah dikembangkan lagi agar sekularisme dan demokrasi terus mekar di Turki. Sebab itu bagi pejuang kebebasan dan hak asasi, terutamanya kumpulan homoseksual, yang tertekan dengan perundangan Islam di Timur Tengah, mereka akan berpindah beramai-ramai ke Turki, kerana negara itu menyediakan prinsip hidup yang bebas dan melindungi hak asasi. *Sumber yang dipetik dan diolah semula daripada blog http://pohonmempelam.wordpress.com Posted by Apai Ngelai at Wednesday, July 13, 2011

No comments:

Post a Comment