Wednesday, April 11, 2012

Harakah memang untuk PKR dan DAP Published Tuesday, December 27, 2011 By minda aktif. Under Politik Apa yang diperkatakan oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali bahawa beliau tidak diberi peluang dan ruang untuk membuat sebarang kenyataan dalam lidah rasmi parti itu – Harakah, adalah benar. Selama ini, Pas menuduh media arus perdana milik kerajaan kurang memberi publisiti kepada pembangkang sehingga mereka mengatakan wartawan media itu sebagai anjing kerajaan. Sekarag apa yang berlaku adalah sebaliknya. Harakah yang disanjung tinggi oleh pemimpin dan penyokong Pas, malah ada yang menganggapnya sebagai kitab suci parti itu telah menunjukkan tembelang sebenar hala tujunya. Dari dulu lagi pengisian Harakah bukan ke arah membawa kebaikan ummah, sebaliknya mengandungi isi-isi yang bersifat fitnah, caci maki dan perbuatan mungkar. Jadi, bukan suatu yang mengejutkan kalau Dr Hassan Ali sendiri mengakui Harakah banyak menyiarkan kisah-kisah rakan pembangkang seperti PKR dan DAP berbanding memaparkan berita-berita dari pemimpin Pas. Menurut Dr Hassan, beliau sendiri tidak pernah diberi ruang dan peluang untuk membuat kenyataan parti menerusi lidah rasmi parti yang didukungnya itu. Begitu juga dengan nasib Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Harun Din. Temubual yang dibuat sejak sekian lama oleh wartawan Harakah dengan kedua-dua pemimpin ini sehingga kini belum disiarkan lagi. Malah mungkin sudah dibakul sampahkan. Kenapa jadi begitu? Jawapannya mudah sahaja, kerana barisan editorial Harakah ini dikuasai sepenuhnya oleh pemimpin-pemimpin Pas yang berfahaman Anwarisme. Sebab itu, kalau kita membaca Harakah edisi cetak mahupun Harakah edisi online, 90 peratus ruang yang disediakan adalah untuk menyiarkan berita-berita dari PKR dan DAP. Manakala selebihnya, 10 peratus lagi untuk memuatkan kenyataan pemimpin Pas. Oleh itu, memang betul tindakan Dr Hassan kalau beliau bertanyakan berapa ribu ringgit Harakah nak untuk menyiarkan kenyataannya. Sampai begitu sekali pentingnya lidah rasmi Pas, sehinggakan pemimpin parti sendiri nak siarkan kenyataannya pun perlu berbayar, sedangkan pemimpin PKR dan DAP tidak perlu keluarkan duit. Apabila berlaku krisis, barulah semua tembelang pecah. Yang baik dikatakan buruk, yang buruk dan busuk dikatakan baik dan wangi. Begitulah politik pembangkang. Bergaduh sesama sendiri bukan perkara baru. Hanya mereka bijak menyembunyikan. Namun, menyembunyikan bangkai bawah daun, tak akan dapat menutup rahsia itu selama-lamanya kerana kelak, bau busuknya akan menerawang ke serata tempat. from..http://www.mindaaktif.net/?p=4045

No comments:

Post a Comment