Friday, May 18, 2012

Majoriti Peguam Sendiri Sudah Bosan Dengan Bar Council? May 19, 2012 · 4 Comments bar council Agak menggelikan hati apabila membaca kenyataan dari “kuda trojan Anwar” di dalam PAS, Kamaruddin Jaafar, yang menuduh UMNO sudah “putus harapan” terhadap Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Menurut Kamaruddin, kononnya UMNO kecewa dengan pelbagai kenyataan dari dua badan itu yang tidak menyebelahi kerajaan dan mengecam tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang dikatakan bertindak “ganas” pada Himpunan Bershit 3.0 yang lalu. Kata Ahli Parlimen Tumpat itu lagi, kerana tidak berpuas hati kepada Majlis Peguam dan SUHAKAM, maka UMNO mahu menghidupkan semula Akademi Undang-Undang sebagai badan alternatif menggantikan Majlis Peguam. Sebenarnya, saya berlatar belakangkan pendidikan jurusan perundangan di sebuah universiti tempatan. Meskipun tidak mengamalkan kerjaya perundangan sebagaimana sepatutnya, saya masih berkawan rapat dengan ramai rakan-rakan sekuliah sama ada dari “batch” yang sama, lebih senior atau junior dari saya. Jumlah kami tidak ramai. Namun mengikut anggaran kasar saya, jumlah kami boleh dikatakan lebih 1,500 orang, lebih ramai dari mereka-mereka yang mengundi di dalam EGM Majlis Peguam baru-baru ini. Cuma, kami lebih gemar menjadi “silent observer”. Perhubungan kami masih kekal baik sehingga kini meskipun kami membawa haluan masing-masing di segenap pelosok negeri, termasuk di Sabah dan Sarawak. Membanggakan, ramai di antara kami yang masih mengekalkan profesyen perundangan. Justeru mendengar khabar dari kerajaan yang bercadang mahu menghidupkan kembali Akademi Undang-Undang, saya menghubungi ramai rakan-rakan saya yang bekerja sebagai peguam di seluruh negara untuk bertanyakan pendapat mereka mengenai cadangan itu. Mengejutkan saya, boleh dikatakan hampir semua rakan-rakan saya sangat teruja dengan cadangan tersebut dan sekiranya cadangan itu menjadi kenyataan, ia bakal menjadi nafas baru bagi lebih 14,000 peguam di seluruh negara! Menurut mereka, majoriti dari peguam-peguam di Malaysia sebenarnya sudah bosan dengan permainan politik kebudak-budakan di dalam Majlis Peguam. Namun, kerana malas “bertekak”, mereka hanya mendiamkan diri sahaja. Apa yang menjadi faktor utama kepada kebosanan mereka kepada Majlis Peguam ialah apabila para pemimpinnya yang dilihat tidak realistik dalam memberikan kenyataan berdepan isu-isu semasa, khususnya mengenai Himpunan Bershit. Menurut mereka, sewajarnya Majlis Peguam tidak campur tangan dalam hal ehwal yang berkaitan politik dan patut kekal sebagai entiti yang tidak menyebelahi mana-mana parti politik di negara ini, sama ada UMNO mahupun Pakatan Haram. Namun, mereka kesal apabila Majlis Peguam mula terpesong dari dasar badan itu apabila Ambiga mula mengambil alih tampuk pentadbirannya dengan memperkenalkan isu-isu yang tidak masuk akal dan bertentangan dari moral. Kata mereka, meskipun undang-undang hanya mengambil sedikit saja kepentingan moral dalam penghujahan di mahkamah, kepentingan moral di negara ini tidak wajar diketepikan, malah perlu dipentingkan memandangkan ia adalah tujuan utama proses keadilan. Melihat kepada tindakan Majlis Peguam sejak di zaman Ambiga dan yang terkini, Lim Chee Wee, jelas mereka mempergunakan undang-undang untuk sesuatu yang bertentangan dengan moral, adat, agama dan sensitiviti rakyat di negara ini. Misalnya, Ambiga begitu konsisten dengan 14 tuntutannya berhubung IFC, menyokong murtad, menganjurkan kebebasan dan hak LGBT di negara ini dan meminta sesuatu yang sememangnya sudah wujud iaitu, intergriti dan ketelusan pilihanraya umum di Malaysia. Justeru itu kata mereka, mereka menyambut baik cadangan menghidupkan kembali Akademi Undang-Undang dan mereka tidak sabar-sabar untuk melarikan diri dari Majlis Peguam yang jelas terpesong dari haluan sebenar etika guaman di negara ini. “Bila nak buat tu bro? Aku tak sabar nak join ni..!” tanya mereka sebelum mengakhiri perbualan dengan saya dan saya hanya mampu tersenyum walaupun senyuman saya itu tidak dapat mereka lihat melalui telefon bimbit! Share this: Share Email Print By dukeofmontecristo from..http://www.mykmu.net/?p=19615

No comments:

Post a Comment