Maklumat dan Sejarah Sekolah
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Seri Gelugor
Alamat : 24300 Kerteh, Kemaman, Terengganu
No Tel / Fax : 09 -8260171
Kod Sekolah : TBA2055
Gred Sekolah : B
Lokasi : Luar Bandar
Jenis Sekolah : Sekolah Rendah Harian Biasa
Email Sekolah : tba2055skserigelugor@yahoo.com.my
Laman Web : sk-serigelugor@blogspot.com
Alamat VLE Frog : tba2055.1bestarinet.net
SK Seri Gelugor yang dahulunya dikenali dengan nama SK Kerteh 2 ini telah memulakan operasi pada 02 Januari 2005. Sekolah ini bertempat di kerteh, terengganu di tepi jalan utama Chukai- Kuala Terengganu. Pada ketika ini, sekolah ini dilengkapi dengan 4 buah blok bangunan, sebuah surau dan juga kantin.
Diterajui oleh guru besar pertama, Puan Hajah Fatimah bt Ibrahim dan dibantu oleh tiga orang guru penolong kanan, Encik Ismail bin Muda sebagai GPK 1, Encik Mohd Noor bin Sidek sebagai GPK HEM dan Encik Mohd Zain bin Idris sebagai GPK Kokurikulum. Mereka turut dibantu oleh 24 orang guru serta seorang Pembantu Tadbir Rendah.
Pada awal pembukaan, sekolah ini telah menampung sejumlah 417 orang pelajar yang merupakan dari Tahun Satu hingga Tahun Lima, dimana setiap darjah mempunyai tiga kelas iaitu Amal, Bakti dan Cakna. Pada Januari 2006, sekolah telah mula menambah kelas Pendidikan Khas untuk memberi peluang anak-anak istimewa mendapat hak pendidikan mereka seperti kanak-kanak lain.
Sehingga hari ini, setelah sembilan tahun sekolah ini beroperasi, potensi sekolah dalam bidang akademik mahupun kokurikulum makin menyerlah. Diharap, sekolah menjadi semakin maju dalam semua bidang yang diceburi.
Lokasi
SENARAI NAMA BEKAS PENTADBIR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SKSG
Guru Besar
Lokasi
SENARAI NAMA BEKAS PENTADBIR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SKSG
Guru Besar
- 2005 hingga 2009 - Pn Hajjah Fatimah bt Ibrahim
- 2009 hingga 2011 - Pn Hajjah Hamidah bt Mohammad
- 2011 hingga 2013 - Pn Hajjah Kintan bt Ahmad
- 2014 hingga Feb 2016 - Tn. Hj Mohd b. Senek
- Feb 2016 hingga sekarang - Pn Sharifah Asiah bt Syed Othman
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GELUGOR,
( SK SERI GELUGOR)
( SK SERI GELUGOR)
24300 Kerteh, Kemaman,
Terengganu, Darul Iman.
Tel : 09- 8260171
Fax: 09- 8260171
KOD SEKOLAH: tba2055
EMAIL SEKOLAH: tba2055skserigelugor@yahoo.com.my
KOD SEKOLAH: tba2055
EMAIL SEKOLAH: tba2055skserigelugor@yahoo.com.my
LAMAN WEB: sk-serigelugor.blogspot.com
KOMPUTER RIBA
Semua Murid SK Seri Gelugor ‘celik ICT’
2005
Tahun SK Seri Gelugor ditubuhkan dan mula
beroperasi
BUKU
Semua murid SK Seri Gelugor menguasai 3M
dan cintakan ilmu
BULAN DAN BINTANG
Agama Islam menjadi pegangan teguh dan
amalan dalam meniti kejayaan.
4 GELUNG BERTINDIH
Mewakili 4 buah rumah sukan iaitu Merah,
Biru, Kuning dan Hijau yang sentiasa
bersemangat bersaing secara sihat dalam mengungguli bidang kokurikulum.
BERILMU BERDISIPLIN CEMERLANG
Motto
SK Seri Gelugor
WARNA BIRU
Melambangkan perpaduan seluruh warga
sekolah dalam mencapai visi sekolah.
WARNA MERAH
Keberanian semua murid dalam mencuba
sesuatu yang baru dan bermanfaat demi menjadi insan yang cemerlang.
WARNA PUTIH
Kesucian hati yang sentiasa disiram
dengan ilmu-ilmu agama.
WARNA KUNING
Taat dan patuh pada perintah DYMM Yang
dipertuan Agong dan Sultan Terengganu.
WARNA HITAM DAN PUTIH
Berdiri teguh di bawah naungan Sultan Terengganu Darul Iman.
LAGU SEKOLAH
Menuntut ilmu
mesti utama,
Berdisiplin berilmu
dan bertakwa,
Menjadi model
insan berkualiti,
Menjunjung cita-cita
pertiwi,
Dengan bangga
kami lafazkan ikrar,
Jayakan impian
ibu dan bapa,
Juga hasrat
sekolah tercinta,
Terus maju
dan mara.
Sk Seri Gelugor
kami berbakti,
Ilmu dan
amal jadi panduan,
Mulia jiwa
harus budi pekerti,
Suci iman
minda merdeka,
Sekolah kebangsaan
seri gelugor,
Kami sentiasa
menjulang namamu,
Semoga bersinar
di pesada Negara,
Harapan kami
semua.