Selamat Datang

Friday 27 May 2011

SELAMAT BERCUTI.....

           Hari ini adalah hari terakhir bagi penggal ini untuk sesi persekolahan. Kebanyakan guru dan murid sudah merasai "mood"  bercuti. Kelas yang berjalan lesu sahaja. Hal ini disebabkan oleh Peperiksaan Penggal 1 telah berlalu.

           Hari ini juga para guru Tahun 1 sibuk menyediakan dan memberikan murid tahun 1 menjawab. Ini kerana pihak PPD telah meminta markah semua murid dari tahun 1 sehingga tahun 6. Disebabkan masa yang sangat suntuk, guru-guru tahun 1 terpaksa mengadakan ujian kepada tahun 1 sambil  meneruskan p&p mereka. Selesai murid tahun 1 menjawab soalan, guru-guru terpaksa menanda dan mengisi markah kerana data harus dihantar ke PPD hari ini juga.

           Pada hari ini juga, pihak sekolah menerima berita seorang guru dapat bertukar ke sekolah lain. Beliau ialah Encik Simin Gani. Mengikut sumber yang tidak rasmi, beliau akan bertukar ke Sekolah Kebangsaan Palakat. Ini bermakna, Sekolah Kebangsaan Banting akan kehilangan seorang senior  guru matematik yang banyak berjasa kepada murid dan pihak sekolah. Walaupun begitu, kami semua warga SK.banting berdoa agar beliau dapat menjalankan tugas dengan lebih baik di sekolah yang baru.

         Semua guru dan murid akan bercuti mulai 28 mei 2011 sehingga 12 Jun 2011. SELAMAT BERCUTI SEMUA.

No comments:

Post a Comment