Friday 9 January 2015

HARI PENDAFTARAN DAN MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH KALI PERTAMA 2015

Sk Bukit Kenak - Pada 8 Januari yang lalu telah berlansung Mesyuarat Pengurusan Sekolah Kali pertama 2015 yang di hadiri oleh semua guru dan staff SKBK sejurus selesainya Pendaftaran murid bagi sesi 2015. Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama SKBK, mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang berusaha Tuan Guru Besar SK Bukit Kenak, En. Wan Muhd. Zain bin Wan Bakar.

Para Guru dan Staff SKBK
Tuan Guru Besar memulakan mesyuarat dengan ucapan aluan beliau yang menggambarkan perasaan terima kasih dan bangga dengan warga skbk yang seperti keluarga. Beliau seterusnya menyentuh perihal tugas dan tanggungjawab para pendidik dalam melaksanakan amanat. Ditekankan juga isu First Day, First Bell, First Lesson. Beliau dalam pada itu meminta para juga menambahbaik aspek dokumentasi dimana setiap guru dibekalkan satu fail PPB untuk memartabatkan lagi tugas para guru. Bermula tahun 2015 ini juga, SKBK akan menggunapakai sistem 'Punch Card' bagi merekod kehadiran guru dan staf.

Dokumen penting bagi sesi persekolahan.
SKBK pada tahun ini menerima dua warga baru, iaitu En. Wan Suhaimi Wan Hassan iaitu GPK HEM yang baru dari SK Kuala Besut 2 dan Cik Hajah Zarida dari SK Pasir Akar. Manakala kekosongan GPK Pentadbiran diisi oleh Tn. Hj. Abdul Yazid bi. Muhd. Zain mantan GPK HEM SKBK. Para guru juga diberikan penerangan jelas tentang bidang tugas masing-masing bagi sesi 2015 dan tidak banyak perubahan besar berlaku sama ada dalam J/Kuasa Kurikulum, J/Kuasa HEM mahupun J/K Ko-kurikulum.

Mendengar amanat yang disampaikan oleh barisan kepimpinan SKBK.
Semoga sesi persekolahan yang akan bermula pada 11 Januari depan bakal menjanjikan transformasi serta penambahbaikan yang akan membawa SKBK ke puncak kegemilangan. Insya Allah. 

No comments:

Post a Comment