PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN

NAQIBAH, KETUA PENGAWAS SEKOLAH DIPAKAIKAN BLAZZER

MUHAMMAD ASYRAFF MENCIUM TANGAN GURU BESAR

KETUA PENGAWAS MENGETUAI PEMBACAAN IKRAR
Dewan Warisan (8 Feb 2010): Satu majlis penyampaian watikah Perlantikan Tauliah Pengawas dan Ikrar Pengawas telah diadakan yang dianjurkan oleh Badan Pengawas sekolah. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar Tn Haji Ismail bin Pilus. Guru Besar telah sudi menyarungkan Blazzer pengawas kepada Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas da ketua-ketua unit. Selepas itu majlis diteruskan dengan pembacaan ikrar perlantikan pengawas. Bacaan ikrar ini telah diketuai sendiri olek Ketua Pengawas Sekolah iaitu Naqibah binti Aminuddin Jafry. Semoga dengan adanya penyampaian watikah tauliah dan ikrar pengawas ini akan merangsang semua pengawas agar dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pengawas. Warga sekolah mengucapkan tahniah atas perlantikan ini dan diucapkan SELAMAT MENJALANKAN TUGAS dan jangan lupa TUNAIKAN AMANAH YANG DIBERIKAN DENGAN SEMPURNA







No comments: