KEPUTUSAN TERKINI : SEHINGGA 31 MAC 2008


Keputusan terkini menunjukkan Rumah Hijau masih mendahului senarai pungutan mata..diikuti oleh Rumah Kuning,Rumah Merah dan Rumah Biru.Agak mengejutkan pada kali ini Rumah Biru tidak memberikan cabaran yang sengit.Mungkin guru-guru rumah sukan tersebut ada strategi tersendiri yang belum dikeluarkan..Kita tunggu dan lihat....

SUKAN SKDU

Tanggal 5 April 2008, akan berlansung hari sukan SKDU. Semua guru dan murid akan terlibat dengan acara yang dipertandingkan pada hari tersebut. Diharap hari tersebut akan berjalan dengan lancar dan jayanya

RAGBI RIMAU


Satu kejohanan ragbi harimau akan di adakan dipadang sekolah kebangsaan damansara utama pada 18 Mac 2008.

ASYIKNYA MEREKA


Pada 23 Februari 2008, sahabat D' Utama Club telah pun menjayakan aktiviti memancing di Teluk Gong. Mula bertolak sekitar ja 5.00 petang 23 Februari 2008 dann bermaam disana.



Hizwan janganlah ganggu pasangan romantis tu......




Abang Zul Kau buat apa tu .....








PERCUTIAN 2008


SEPINTAS LALU TENTANG KELANTAN
Negeri Kelantan adalah sebuah daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km persegi, terletak di Timur laut semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan. Malaysia meliputi 336,700 km persegi yang terdiri daripada semenanjung Sabah dan Sarawak di Kepulauan Borneo.

Ibunegeri:

Kota Bharu, ibu negeri Kelantan, ialah sebuah bandar yang sibuk sebagai pusat tumpuan bagi pentadbiran dan aktiviti perniagaan.

Jajahan:

Negeri ini terbahagi kepada 10 jajahan pentadbiran iaitu, Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.

Iklim:

Negeri Kelantan menikmati iklim tropika yang baik, di mana hampir setiap tahun hujan turun dengan berselang-seli mengikut bulan tertentu pada setiap tahun. Biasanya hujan yang lebat akan berterusan selama beberapa hari atau beberapa bulan akan turun pada bulan November, Disember dan Januari

Lokasi menarik:

Muzium
Muzium di Kota Bharu terletak berdekatan antara satu sama lain di "Padang Merdeka" dibuka setiap hari mulai pukul 10 pagi hingga 6 petang kecuali hari jumaat. Muzium
Muzium di Kota Bharu terletak berdekatan antara satu sama lain di "Padang Merdeka" dibuka setiap hari mulai pukul 10 pagi hingga 6 petang kecuali hari jumaat. Sejarah Islam di negeri Kelantan telah didokumenkan dan diilhamkan dalam bentuk artifak dan dipamerkan di sini. Penubuhan Muzium islam adalah untuk memaklumkan bahawa negeri kelantan merupakan salah satu pusat pengajian islam yang terkemuka.
Ianya di buka dari jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang setiap hari kecuali hari Jumaat.

Muzium Di Raja -- Istana Batu
Istana Batu direkabentuk dan dibina pada tahun 1939 bersempena dengan pemerintahan Sultan Ismail I. Ia digunakan sebagai tempat untuk menyambut perayaan seperti perayaan perkahwinan diraja dan sebagai tempat penginapan tetamu kehormat.
Namun kini, ia telah diubah dan dijadikan sebagai Muzium DiRaja, di mana segala pakaian diraja dan barangan istana kepunyaan Sultan yang sebelumnya dipamerkan di sini. Ini termasuklah barangan perak, barangan di dalam bilik peraduan raja, dan perkakasan istana diraja. Terdapat juga pertunjukkan gambar grafik sepanjang hayat Sultan Kelantan.

Waktu lawatan : 8.30 am - 4.45 petang setiap hari (kecuali hari Jumaat). Bayaran : RM2

Kampung Kraftangan (Handicraft Village and Craft Museum)
Kelantan kaya dengan pelbagai jenis barangan kraftangan seperti barangan perak, songket, batik dan ukiran kayu. Barangan ini dipamerkan dan dijualkan kepada orang ramai. Barangan ini boleh diperolehi dengan mudah di Kampung Kraftangan dan Muzium Kraf.
Ia terletak berhampiran dengan Istana Balai Besar dan di buka sepanjang minggu kecuali hari Jumaat bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Istana Balai Besar
Dibina sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud II pada 1940, Istana Balai Besar merupakan Istana Bersemayam Sultan-sultan Kelantan yang terdahulu. Kini istana ini digunakan untuk mengadakan majlis-majlis rasmi negeri.
Diperkarangan istana ini terdapat sebuah Balai Mengadap yang luas, Balai Takhta Singgahsana dan ruangan pameran yang memaparkan berbagai koleksi barangan dan alat-alat kebesaran Di Raja.

Muzium Negeri
Terletak di Jalan Hospital turut menggabungkan Balai Seni Lukis Negeri Kelantan. Bangunan ini pernah digunakan sebagai Pejabat Tanah sewaktu zaman penjajahan sehingga tahun 1990 dan kini telah diubahsuai menjadi Muzium Negeri.
Muzium ini mempamerkan barang-barang seni hasil kerjatangan dan berbagai peralatan muzik tradisional Kelantan. Turut dipamerkan barang-barang seramik yang membuktikan wujudnya jalinan perdagangan Kelantan dengan Negara China.
Selain dari itu terdapat berbagai artifak lama yang ditemui di beberapa buah tapak arkeologi yang turut membuktikan akan kewujudan tamadun pra-sejarah Kelantan.

Gelanggang Seni (Cultural Centre)
Dalam mengejar erti pembangunan kerajaan Kelantan juga tidak pernah mengabaikan seni warisan budaya rakyat negeri ini. Sehubungan dengan itulah, Gelanggang Seni yang terletak di Jalan Sultan Mahmud iaitu kira-kira 2 km dari pusat bandar Kota Bharu diwujudkan.
Pusat ini sentiasa menjadi daya tarikan kepada para pelancong dan kepada anak-anak Kelantan yang cintakan seni warisan bangsa untuk berkampung dan mempersembahkan persembahan masing-masing. Antara persembahan yang masih digemari dan kerap diadakan ialah Dikir Barat, Rebana Ubi, Permainan gasing, dan Wau Bulan. Persembahan ini diadakan pada hari Rabu setiap minggu secara bergilir-gilir.

MASJID NEGERI
Setelah mengambil masa sepuluh tahun untuk dibina, Masjid Negeri ini disiapkan sewaktu pemerintahan Sultan Ismail IV.
Ia juga dikenali sebagai Masjid Al-Muhammadiah atau Masjid Batu, kini masjid ini turut menjadi tumpuan para ulamak dan pendakwah yang menjalankan aktiviti dakwah Islamiah di negeri ini.

Pasar Besar Siti Khatijah
Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ianya telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.
Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga .
Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.
Pasar ini terletak bersebelahan dengan Bazar Buluh Kubu.

Pantai Cahaya Bulan (PCB)
Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.
Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu. Pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, dan tandas awam.
Perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu pekan Melayu tradisional . Ini adalah kawasan kraftangan yang penting di negeri untuk pencetakan batik, penenunan songket, dan pembuatan layang-layang serta loyang.

BANK PEPERANGAN ( BANK KERAPU)
Terletak di Jalan Sultan, Kota Bharu bersebelahan Padang Merdeka. Ia merupakan bank pertama yang dibina di Kelantan. Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini merupakan ibu pejabat bagi tentera Jepun "Kampetai". Masyarakat Kelantan menggelarkan bangunan ini sebagai Bank Kerapu kerana sebahagian daripada permukaan bangunaan ini di simen dengan menggunakan batu-bata kecil yang menyebabkan permukaannya tidak rata.
Bangunan Bank Kerapu terletak di sebelah Hilir Padang Merdeka. Bangunan tersebut siap dan mula digunakan pada tahun 1912, sebagai Bank pertama Kota Bharu, iaitu "The Mercatile Bank of India Ltd".
Dalam tahun 1914-1945 Negeri Kelantan telah diperintah oleh tentera Jepun. Bangunan Bank ini telah digunakan sebagai pejabat kepada polis rahsia Jepun (Kempetai). Bangunan ini kemudiannya dijadikan pejabat, lokap, tempat siasatan, tempat penderaaan dan lain-lain keganasan mereka.
Bila Jepun menyerah kalah dan Inggeris kembali memerintah negeri ini, bangunan ini digunakan semula sebagai bank. Tahun 1977 nama Bank tersebut bertukar kepada ‘The Hongkong & Shanghai Banking Corporation". Tahun 1981 bangunan ini dijadikan Balai Senilukis dan Kraftangan Kelantan. Mulai tahun 1992 bangunan ini digunakan sebagai Memorial Peperangan Dunia Ke II di Kelantan

Muzim Adat-Istiadat Di Raja -- Istana Jahar
Istana Lama atau lebih dikenali sebagai Istana Jahar dibina pada tahun 1887, oleh Sultan Muhamad II, khas untuk cucunya iaitu Long Kundur. Namun kini ia telah dijadikan sebagai Muzium oleh Kerajaan Negeri. Pelbagai gambar dan artifak yang dipamerkan di sini sentiasa menarik minat pelawat.
Waktu lawatan : 8.30 pagi - 4.45 petang setiap hari (kecuali Jumaat)

Jeram Pasu
Terletak di Kampung Padang Pak Amat dan boleh di kunjungi secara berkenderaan sehingga ke destinasi. Ia merupakan kunjungan air terjun yang paling popular. Airnya yang jernih , sejuk serta nyaman pastinya akan mengembirakan dan memuaskan hati setiap pengunjung.

Jeram Lenang
Jeram Lenang merupakan hutan lipur air terjun yang menarik. Terletak kira-kira 65km daripada Kota Bharu, 15km dari Machang dan 10km dari Pasir Puteh. Jeram Lenang merupakan satu lagi destinasi yang menjadi kunjungan orang ramai. Ia merupakan destinasi yang ideal untuk berkelah, berehat, berkhemah serta sesuai untuk aktiviti merentas hutan.

Lata Beringin
Lata Beringin terkenal dengan ketinggian air terjunnya iaitu setinggi 120 meter. Terletak di Sungai Pas di bawah Skim Kesedar dan boleh di kunjungi melalui laluan lebuhraya Kuala Krai – Gua Musang. Keindahan permandangan dan kawasan sekeliling yang menarik di sini menyebabkan ianya popular untuk tujuan berkhemah.

MENYUSURI SUNGAI DAN MERENTAS HUTAN
Pengunjung yang menggemari ekotourism pastinya akan gembira jika berpeluang menyusuri sungai Kelantan melawati hutan hujan yang masih belum dicemari. Anda juga berpeluang mendengar kicauan unggas dan tanda-tanda hidupan liar sepanjang menyusuri sungai. Selain itu, pelancong boleh menikmati suasana aktiviti masyarakat yang tinggal di perairan sungai menjalani hidupan harian mereka.
Untuk menyusuri sungai, ianya bermula di Kuala Krai iaitu kira-kira sejam setengah perjalanan di Selatan Kota Bharu. Di Kuala Krai, anda perlu menaiki bot di jeti sungai untuk memulakan perjalanan selama 2 jam yang akan berakhir di Dabong.
Dari Dabong, beberapa alternatif boleh di ambil. Anda samada boleh menaiki keretapi untuk kembali ke Kota Bharu dengan persiggahan di Wakaf Bharu ataupun meneruskan perjalanan ke Jelawang untuk mengalami aktiviti merentas hutan. Aktiviti ini memerlukan anda untuk bermalam . Anda boleh menyewa rumah rehat yang disediakan. Jangan ketinggalan untuk mengujungi Air Terjun Jelawang yang begitu mempersonakan dengan tarikan semulajadinya , dan pastinya boleh meninggalkan pengalaman yang manis yang mengambil masa selama sejam setengah merentas desa untuk sampai ke sana.
Alternatif yang lain boleh di buat dengan mengambil perjalanan selatan selama 2 ½ jam daripada Dabong ke Gua Musang. Di sinilah terletaknya Air Terjun Lata Beringin yang menakjubkan. Gua Musang merupakan salah satu rekreasi Taman Negara yang dianggap sebagai salah satu hutan hujan tertua di dunia. Anda berpeluang menikmati aktiviti berakit safari serta melawat gua-gua yang terdapat di sana.
Bagi anda yang berminat untuk mengunjungi tempat-tempat menarik ini, boleh la menghubungi agen pelancongan di Kuala Lumpur atau di Kota Bharu untuk membuat tempahan.

Kuala Koh
Kuala Koh terletak kira-kira 90 km daripada Gua Musang merupakan salah satu lagi tempat kunjungan untuk dilawati.
Kuala Koh menyediakan keindahan semulajadi dan kehijauan hutan yang terpelihara. Ia bersesuaian untuk menjalankan aktiviti semulajadi seperti merentas hutan, melihat unggas , berakit , memancing dan mendaki bukit. Ke Kuala Koh mengambil masa 2 jam daripada Gua Musang melalui Lebuhraya Gua Musang – Kuala Krai. Sebarang maklumat lanjut boleh di perolehi daripada agensi pelancongan tempatan atau Jabatan Hidupan Liar di Gua Musang. Tel/fax no: 09-912 2490

Gunung Stong
Airterjun di Kelantan iaitu setinggi 1422 meter. Ia nya terletak di Gua Ikan. Nama Gua Ikan di perolehi ekoran daripada terdapatnya batu yang kelihatan seperti ikan. Di percayai, terdapat peninggalan harta karun yang di sembunyikan oleh pihak tentera Jepun yang masih tidak di jumpai sehingga kini.



PERCUTIAN 2008

D' Utama Club merancang satu projek percutian bagi tahun 2008.

Sehubungan itu admi akan keluarkan beberapa lokasi yang menarik untuk dipilih oleh semua. Harap mendapat sambutan. T.Q

Kedah Sepintas Lalu


Lokasi : Negeri Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan negara Thailand. Pulau Langkawi, satu kawasan tarikan pelancong yang terkenal, adalah juga sebahagian daripada negeri Kedah.


Daerah :

Sebelas (11) daerah terdiri daripada Baling, Bandar Baharu, Kota Setar, Kuala Muda, Kubang Pasu, Kulim, Pulau Langkawi, Padang Terap, Pendang, Sik, Yan dan daerah kecil Pokok Sena.


Ibu Negeri : Alor Setar


Iklim : Khatulistiwa – panas dan lembab sepanjang tahun. Suhu di antara 210C hingga 310C. Hujan tahunan di antara 2,000 mm – 2,500 mm, dengan hujan pada kebiasaannya di waktu tengahari.


Budaya : Kepelbagaian dan kosmopolitan budayanya melambangkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Ia merangkumi elemen-elemen budaya Melayu, Cina, India dan Thai meliputi tarian, muzik, senibina, tulisan, kraftangan dan lain-lain.


Makanan : Seperti kebiasaannya di Malaysia, Kedah adalah idaman bagi penggemar makanan, dengan makanan Melayu, Cina, India, Thai dan Barat yang boleh didapati di dalam beraneka selera.


Reputasi : Kedah adalah negeri asal dua Perdana Menteri Malaysia; Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4, dan Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Kedah juga dikenali sebagai ‘Jelapang Padi Malaysia’ memandangkan ia adalah negeri pengeluar beras terbesar di Malaysia.


Pelabuhan Utama : Pelabuhan Pulau Pinang (Negeri Pulau Pinang), Kuala Kedah dan Telok Ewa Langkawi.
Info Pelancongan -Tempat-tempat Pelancongan :
Bangunan-Bangunan Besejarah dan Tempat Menarik

Muzium Negeri
Muzium Negeri merupakan satu contoh lambang senibina yang memaparkan adunan kesenian Melayu dan kesenian pengaruh Siam. Sebelum ini ia di panggil dengan nama Istana Kota Setar, tempat semayam rasmi Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Shah II yang dibina pada tahun 1736. Ia juga terkenal dengan nama Istana Pelamin semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddi Mukarram Shah kerana menjadi persada upacara perkahwinan di raja untuk beberapa kali. Kini, ia memuatkan pelbagai khazanah Kesultanan Kedah dan pusaka kebudayaan.
Balai BesarTerletak di tengah-tengah Medan Budaya ialah sebuah Balai Besar yang cukup indah. Ia merupakan gabungan keindahan senibina dan kehalusan kerja-kerja seni.Ia dibina pada tahun 1898 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Shah II (1710 – 1760) dan telah digunakan bagi mengendalikan upacara rasmi Raja-Raja dan kerajaan. Dibina menggunakan kayu Cengal Emas, ia melambangkan kebanggaan senibina ukiran berwarna keemasan dan cermin dari Cina pada bumbungnya. Sejumlah 42 tiang utamanya terdiri dari kayu keras yang menjadi tonggak utama bangunan tersebut.

Balai Nobat
Balai Nobat atau Pentas DiRaja dibina pada tahun 1907 semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Pada hari ini ia merupakan tempat simpanan alat-alat muzik Nobat DiRaja yang hanya dimainkan pada upacara-upacara DiRaja seperti hari pertabalan, perkahwinan dan persemadian DiRaja.Alat muzik yang terdiri dari tiga rebana besar, dua rebana kecil, satu gong dan satu serunai ini mampu menghasilkan satu gabungan bunyi yang mengasyikkan yang dikenali sebagai muzik nobat, satu bentuk lagu kebudayaan negeri Kedah.

Balai Seni
Terletak di tengah-tengah Medan Budaya, senibina bangunan ini banyak dipengaruhi oleh senibina Roman sama dengan bangunan yang boleh ditemui di "Temple of Fortune Rivals". Ia dibina pada tahun 1912 dan telah berperanan sebagai Mahkamah Tinggi yang kemudiannya menjadi pejabat kepada beberapa jabatan kerajaan negeri. Pada 25 Julai 1983, bangunan ini telah diisytiharkan sebagai Balai Seni Negeri Kedah Darul Aman oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Kini, ia merupakan nadi kepada semua aktiviti-aktiviti kebudayaan dan seni dalam Negeri dan ia diurus oleh Lembaga Muzium Negeri.
Masjid Negeri
Juga dikenali sebagai Masjid Zahir, ia merupakan satu lagi mercu tanda senibina dan antara masjid tercantik di Malaysia. Terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar, ia merupakan masjid rasmi negeri Kedah serta menjadi tempat sembahyang utama bagi orang-orang Islam. Ia menandakan kemuncak lambang senibina asli rakyat Moor dan mempunyai lima kubah yang mencerminkan keunggulan Lima Rukun Islam.Pembinaan masjid ini adalah hasil ilham AlMarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II manakala pembinaannya bermula pada Mac 1912.

Tempat Lahir YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad
Satu lagi tempat menarik yang semakin terkenal dan digemari ialah rumah pusaka di mana Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dilahirkan. Ia terletak di :-No. 18, Lorong Kilang Ais,Tepi Jalan Pegawai,Seberang Perak,Alor Setar
Di dalamnya terdapat beberapa perabot dan perkakasan asal kepunyaan keluarga Perdana Menteri. Terdapat juga didalamnya khazanah yang menyingkap sejarah hidup YAB Dato Seri Dr. Mahathir dari zaman kecil hingga perkahwinannya.Masa lawatan adalah seperti berikut :-Sabtu – Khamis : 9.00 pagi. – 6.00 petang.Jumaat : 9.00 pagi. – 12.00 tgh / 3.00 – 6.00 petang

Muzium Arkeologi Lembah Bujang
Terletak di Bukit Batu Pahat, Merbok; Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak di tengah-tengah pusat penempatan dan pembangunan tamadun yang terawal di Semenanjung Tanah Melayu yang merupakan lanjutan daripada kekuatan "Empayar Sri Vijaya". Bangunan ini merupakan tempat simpanan khazanah dan pusaka bersejarah yang menjadi bukti bahawa Kedah merupaka salah satu negeri tertua dalam rantau ini. Ia dibina pada tahun 1978. Muzium ini dibuka kepada orang ramai pada hari Isnin hingga Sabtu dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Wayang Kulit Seri Asun
Wayang Kulit Seri Asun diasaskan oleh seorang ketua kampung bernama Mohamad Noh bin Hj. Mahmud atau lebih dikenali sebagai Pak Noh. Wayang kulit merupakan satu pertunjukan seni patung tradisional. Pertunjukan ini dipentaskan dibelakang satu tirai putih. Nama Wayang Kulit Seri Asun diambil dari nama sebuah pekan iaitui Asun, yang terletak berdekatan dengan Kampung Kunluang. Kini, ia menjadi sebutan ramai di negeri ini dan sering mendapat tempat untuk mengadakan persembahan kebudayaan yang diminati oleh golongan tua dan muda termasuk pelancong.

Gunung Jerai
Salah satu tempat menarik semulajadi di Kedah ialah Gunung Jerai yang terletak di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Ketinggian Gunung Jerai ialah 1,217 meter dan berdiri megah 1,200 meter di atas paras laut. Kemuncak gunung ini memaparkan satu pemandangan yang indah lagi mengkagumkan.Sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya "Batu Kapal". Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya diPulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.Bagi pencinta alam semulajadi, tempat ini merupakan satu kawasan yang paling sesuai untuk jungle tracking serta menikmati kehijauan dan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan tropika. Kesejukan semulajadi air terjun merupakan satu pengalaman baru yang sukar dilupakan terutamanya bagi yang datang dari bandar yang ingin mencari suasana menyegarkan, jauh daripada suasana kehidupan kota dan mendekatkan diri pada alam semulajadi.Terdapat beberapa kemudahan-kemudahan asas disediakan kepada pelawat-pelawat yang datang seperti telefon, tandas awam, bilik sembahyang, dan rumah rehat bagi tujuan bermalam sebagai alternatif kepada perkhemahan.Mereka yang bercuti juga digalakkan melawat Taman Bunga Iklim. Di sini terdapat pelbagai bunga seperti bunga mawar, tulip, kiambang, teratai dan banyak lagi bunga-bunga lain yang cantik.

Tempat Penginapan
Gunung Jerai ResortLebuhraya Gurun,08300 Gurun,Kedah Darul AmanTel : 04-4223345, 4223356Faks : 04-7329788

Tasik Pedu
Tasik Pedu terletak di daerah Padang Terap, lebih kurang 90 km dari Alor Setar. Anda boleh sampai ke tempat ini melalui jalan darat.Tasik Pedu merupakan destinasi percutian yang baru bagi negeri Kedah. Terdapat beberapa aktiviti air disini seperti memancing, jet ski dan menaiki bot. Persekitaran kawasan Tasik Pedu juga menyediakan satu suasana yang menceriakan bagi pencinta hidupan liar. Di sini juga terdapat beberapa tempat penginapan yang menawarkan pakej kembali ke alam semulajadi, mengelilingi hutan tropika, flora dan fauna. Para pelawat juga boleh mencari dan melihat sendiri bagaimana lebah hutan gergasi mengumpul madu.Dalam perjalanan ke Tasik Pedu, anda akan melalui beberapa pekan-pekan kecil, pemandangan yang cukup indah dengan kehijauan hutan hujan tropika.

Tempat PenginapanHoliday Inn Resort Tasik PeduK.B. No. 1, Pejabat Pos Kuala Nerang06300 Kedah, MalaysiaTel : 04-7304888Faks : 04-7304888

Bagaimana hendak ke sanaDari Alor Setar terus menuju ke Timur melalui bandar-bandar Langgar, Pokok Sena dan Kuala Nerang, seterusnya terdapat papan tanda yang mengarahkan anda ke tempat yang dituju. Masa perjalanan adalah lebih kurang 1 ½ jam dari Alor Setar. Jika anda dari Pulau Pinang dan Selatan, anda boleh mengambil persimpangan Gurun di Lebuhraya Utara-Selatan dan terus ke Jeniang, Sik, Gulau dan Gubir untuk sampai ke Desa Utara yang memakan masa lebih kurang 2 jam.

Hutan Rekreasi Bukit Hijau
Bukit Hijau merupakan satu lagi destinasi eko-pelancongan yang menarik. Terletak 54 km dari Kulim, ia menjadi kebangaan tempat simpanan hutan hujan tropika yang tertua di dunia. Ia juga dianugerahi dengan sebuah air terjun unik 7-tingkat, hanya satu-satunya yang terdapat dalam dunia dengan mengalirkan air yang jernih, dingin lagi menyegarkan. Antara aktiviti-aktiviti yang terdapat di sini termasuklah renang, perkhemahan dan menikmati keindahan flora dan fauna bagi pencinta alam. Trek sejauh 9.3 km disediakan bagi mereka yang ingin mendaki Gunung Inas setinggi 145 meter melalui hutan dara yang tebal. Para pelawat boleh memilih untuk tinggal samada di calet atau khemah.

Untuk maklumat lanjut sila hubungiPejabat Hutan Daerah Kedah Selatan, KulimTel : 04-4903760

Gunung Keriang
Gunung Keriang, yang terletak di daerah Alor Setar akan menjadi sebuah kawasan pelancongan yang besar dan menarik apabila siapnya projek pembangunan berjuta ringgit yang di jalankan oleh sebuah syarikat swasta. Projek tersebut akan mengambil kira penubuhan Muzium Padi bagi menerangkan aktiviti penanaman padi di Kedah, yang lebih dikenali sebagai 'Jelapang Padi Malaysia' dan juga menjalankan penyelidikan ke atas tanaman padi. Aktiviti kebudayaan seperti permainan kampung tradisi, membuat dan bermain layang-layang, permainan gasing serta aktiviti ketika padi dituai juga akan dipromosikan.

Pantai Merdeka
Pantai Merdeka merupakan satu-satunya pantai percutian yang terletak di tanah besar Negeri Kedah. Ia terletak di Daerah Kuala Muda, 60 km ke selatan Alor Setar. Ia terkenal sebagai pantai percutian dan perkelahan bagi penduduk tempatan dan negeri-negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Perak Utara. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini termasuklah calet, rumah rehat, tempat perkhemahan, kolam renang dan tempat-tempat makan.
Berhampiran dengan pantai tersebut terdapat perkampungan nelayan seperti Tanjung Dawai, Telok Nipah dan Kampung Pulau Sayak yang juga menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya pada hujung minggu. Selain daripada itu, terdapat satu lagi daya tarikan bagi para pelancong berhampiran dengan pantai tersebut iaitu muzium Arkeologi Lembah Bujang.

Program Rumah Perkampungan
Program masyarakat ini merupakan satu pendekatan baru dalam perkembangan industri pelancongan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelancong tempatan yang ingin bercuti sambil menikmati suasana dan persekitaran semulajadi, seperti menikmati suasana kehidupan kampung, terlibat dengan aktiviti perladangan serta cara-cara membuat kraftangan.Kampung Raga telah dipilih bagi perlaksanaan program ini. Ia terletak 1.5 km dari bandar Yan dan 20 km dari pusat industri berat Gurun. Kampung ini yang meliputi kawasan seluas 600 hektar terletak di antara beberapa dusun buah-buahan, terdiri daripada kira-kira 140 buah rumah kampung. Bersebelahan dengan kampung ini, mengalir sebuah sungai yang begitu jernih dan dingin yang datang dari Gunung Jerai. Pilihan Kampung Raga sebagai Program Rumah Perkampungan merupakan satu pilihan yang tepat kerana keadaan kawasannya serta suasana yang aman damai, jauh dari kesibukan suasana di bandar, dengan udaranya yang nyaman ditambah kedudukannya yang berhampiran dengan Gunung Jerai, Lata Batu Hampar, hutan simpanan, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, pulau-pulau seperti Pulau Bidan, Pulau Telor, Pulau Songsong, Pulau Bunting dan taman marin di Pulau Payar.Kampung ini juga terkenal dengan dusun-dusun buah-buahan yang enak dan lazat seperti durian, manggis, nangka dan rambutan. Selain daripada menyajikan para pelancong dengan suasana perkampungan, makanan dan buah-buahan tempatan, program tersebut juga mengajak para pelancong menikmati kehalusan seni kraftangan dan tradisi tempatan serta cara-cara membuat kuih-muih tempatan. Pelancong juga akan dipersembahkan dengan tarian tempatan serta pertunjukan seni pertahanan diri seperti silat.

Taman Rekreasi Puncak Janing
Ia merupakan sebuah air terjun yang indah yang terletak kira-kira 25 kilometer ke timur laut Alor Setar di daerah Padang Terap. Ia sangat terkenal bagi mereka yang sukakan bunyi air deras yang menderam 10 meter ke bawah terus ke muara sungai.

Hutan Rekreasi Bukit Wang, Kubang Pasu
Taman Rekreasi Bukit Wang seluasnya 867 hektar terletak di daerah Kubang Pasu lebih kurang 12 km dari Jitra. Ia dikelilingi oleh hutan tropika yang penuh dengan keindahan flora dan fauna dengan suasana semulajadi yang menyegarkan. Terdapat juga beberapa kemudahan seperti tempat rehat, jambatan, tandas awam, dewan rakyat, calet, bilik sembahyang dan lain-lain lagi.

Pusat Rekreasi Tasik Pedu, Padang Terap
Terletak kira-kira 90 km dari Alor Setar dan 1 ½ jam memandu, pusat ini menjanjikan pakej percutian kembali ke alam semulajadi. Para pelancong berpeluang menikmati suasana alam semulajadi, flora dan fauna, serta menyaksikan bagaimana lebah hutan gergasi mengumpul madu. Bagi mereka yang gemar melihat haiwan, ia juga terkenal sebagai tempat melihat burung-burung tempatan. Aktiviti-aktiviti lain termasuk juga jet-ski, berakit, berenang dan memancing.

Hutan Rekreasi Seri Perigi, Yan
Taman rekreasi ini dibangunkan oleh Pejabat Daerah Yan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan. Ia terletak lebih kurang 3.2 km dari sungai Yan dan terkenal sebagai tempat perkelahan kerana terdapat sebuah air terjun. Sungai yang mengalir dalam taman ini datangnya dari Gunung Jerai.

Hutan Rekreasi Batu Hampar, Yan
Taman rekreasi yang terletak 32 km dari Alor Setar ini telah dibuka pada tahun 1980.Ia menjadi tempat tumpuan pada hujung minggu untuk berehat dan amat terkenal dengan air terjunnya yang mengalir tidak putus-putus sepanjang tahun.

Hutan Rekreasi Sik, Sik
Hutan rekreasi ini terletak dalam daerah Sik, 72 km dari Alor Setar dan dikelilingi oleh bukit-bukau yang menghijau. Ia memberikan satu suasana tenang, aman dan sunyi, amat sesuai bagi mereka yang ingin bebas dari kesibukan kerja-kerja harian. Ia juga amat sesuai bagi tujuan mendaki bukit dan perkhemahan dalam keindahan alam semula jadi.

Lata Bukit Hijau, Baling
Bukit Hijau merupakan sebahagian daripada banjaran Gunung Inas yang terletak di Daerah Baling. Ia menjadi lambang kebanggaan kerana dikatakan memiliki hutan hujan tropika yang tertua di dunia. Kawasan ini dianugerahi sebuah lata 7-tingkat unik yang tiada tandingnya dengan mana-mana lata di dunia ditambah dengan aliran air yang sejuk lagi menyegarkan. Suasana sejuk yang nyaman ini telah menjadikan Bukit Hijau sebagai tempat istirehat dan berkelah yang sempurna terutama sekali di sepanjang tebing Sungai Mempelam. Aktiviti-aktiviti popular di bukit tersebut termasuklah aktiviti trek dalam hutan, dan mendaki Gunung Inas setinggi 1,454 meter melalui hutan dara yang tebal, berenang, berkhemah dan menikmati keindahan flora dan fauna. Tempat tinggal juga disediakan.

Gunung Raya, Langkawi
Terletak 12 km dari Kuah, Gunung Raya berdiri megah dengan ketinggian 893 meter, merupakan puncak tertinggi di Langkawi. Ia menjadi idaman para pecinta alam semula jadi kerana kekayaan alam flora dan fauna. Walaupun tempat ini tidak begitu dikenali oleh para pelancong, namun ia tetap digemari bagi tujuan aktiviti luaran seperti kembara dan berkhemah. Di sini juga terdapat jalan tanah merah menuju ke puncak gunung bagi mereka yang tidak berminat kepada aktiviti trek. Pemanduan akan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Puncak Gunung Raya menyediakan satu pemandangan yang indah bagi Pulau Langkawi. Di bahagian timurnya pula kelihatan pulau-pulau di selatan Thailand manakala di bahagian baratnya kelihatan pelabuhan Kuah dan Gunung Mat Cincang.

Lata Telaga Tujuh, Langkawi
Telaga Tujuh terletak di kaki Gunung Mat Cincang lebih kurang 23 km dari Kuah sebelah timur laut Pulau Langkawi. Ketujuh-tujuh telaga terletak bersebelahan antara satu sama lain seolah-olah disusun secara rapi berperingkat yang mana perigi tertinggi sekali adalah setinggi 91 meter. Air yang mengalir ke dalam perigi tersebut amat deras, berpunca dari gunung di atasnya. Ia bermula dari perigi pertama, kemudian masuk ke perigi kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam hinggalah seterusnya ke perigi yang ke tujuh.Lagenda mengatakan bahawa tempat tersebut menjadi kegemaran pari-pari gunung yang suka bermandi-manda di tempat tersebut kerana jauh dari kehidupan manusia. Kewujudan pari-pari ini sering meninggalkan kesan bau-bauan yang harum di persekitaran lata tersebut. Ada yang mengatakan dalam beberapa keadaan mereka telah meninggalkan ramuan-ramuan yang mereka gunakan untuk membasuh rambut mereka. Walaubagaimanapun, sesiapa yang ingin ke tempat tersebut perlu mendapatkan bantuan seorang penunjuk jalan dan mesti sanggup berjalan melalui hutan tebal yang menyejukkan.


MINUM-MINUM BERSAMA HASSAN

Alhamdullillah, majlis minum2 bersama Hassan telah selamat dijalankan. Terima Kasih atas sokongan semua pihak yang telah menjayakan majlis tersebut.
perbincangan hangat tentang siapa yang akan dipilih pada pilihan raya 2008


PANORAMA SEKOLAH

Kawasan SKDU kaya dengan pemandangan yang cantik dan menarik. Minta kawan-kawan yang berminat untuk 'snap' gambar menarik melibatkan kawasan SKDU. Gambar yang menarik sila hantar ke blog utk diview. T.Q