Thursday, November 19, 2009

WAJAH SUKA DUKA SK PEKAN SATU















Penantian itu satu penyeksaan

Menanti dengan penuh debaran
Mesti dah tak sabarkan.. :)
Sabar ya.. kejap lagi keputusan keluar
Kelihatan Cuaca Gelap

Para Guru Menantikan Keputusan UPSR dengan penuh debaran

Hari ini merupakan hari yang di tunggu-tunggu oleh Rakyat Malaysia kerana Keputusan UPSR akan diketahui pada hari ini. Kami Warga SKPS masih menantikan keputusan dengan penuh debaran.Para Guru juga kelihatan begitu tidak sabar menantikan keputusan UPSR yang akan diketahui bila-bila masa sahaja. Cuaca gelap menandakan hari mahu hujan akan menemani tangisan kegembiraan Para Pelajar yang berjaya memperolehi keputusan yang Cemerlang. Semoga Semua Pelajar SKPS Memperolehi Kejayaan.

Wednesday, November 18, 2009

LATIHAN KEBAKARAN SK PEKAN SATU









Kebakaran sekolah merupakan satu tragedi yang perlu kita elakkan. Untuk mengelakkan kemalangan jiwa terjadi maka
Latihan bagi menghadapi situasi kemungkinan berlakunya kebakaran perlu dipandang serius oleh semua pihak. Ia penting agar keselamatan tetap dapat dijaga walaupun dalam keadaan cemas menghadapi situasi sebenar punca kebakaran yang berlaku. Menyedari pentingnya latihan kebakaran terbabit, Sekolah Kebangsaan Pekan Satu WP Labuan telah menjalankan Latihan Fire Drill jam 9 pagi tadi.

Kepekaan bunyi siren dan situasi kebakaran sebenar telah diuji dalam program terbabit. Warga SK Pekan Satu turut diberi pendedahan tentang cara penggunaan alat pemadam api yang merupakan peralatan penting yang perlu digunakan bagi mencegah kebakaran dari terus merebak.

Monday, November 16, 2009

Kejayaan Pertama SKP1 Untuk Pertandingan Story Telling



Tahniah kepada warga skp1 kerana berkat kerjasama antara guru dengan murid telah membuahkan hasil pertama untuk pertandingan Story telling. Tajuk "Aduh sakitnya rotan Cikgu" Versi Sabah telah menambat hati juri yang mengadili pertandingan tersebut.

Monday, November 9, 2009

Tips it mendengar radio secara online


Tips it kita pada hari ini ialah bagaimana ingin mendengar radio secara Online.Mungkin ramai antara kita yang sudah mengetahui cara mendengar radio dari internet. Bagi yang belum tahu, disini saya akan menunjukkan caranya. Sudah tentu anak perantau seperti saya ini ingin melepaskan rindu dikampung halaman sendiri dengan mendengar radio online dengan hanya melalui komputer.
Cara-caranya ialah Double klik pautan ini http://www.sabahan.fm/v2/ dan satu folder akan keluar. Sila save sahaja fail tersebut dan double klik icon sabahan.fm . (Sila pastikan anda sudah pun download winamp) jika belum sila layari www.filehippo.com untuk download perisian winamp yang pastinya percuma.

Thursday, November 5, 2009

READ ONE NATION (Reading Together 2009)






Sk Pekan Satu telah melancarkan Kempen Membaca satu Malaysia. Amalan membaca ini perlu lah di pupuk dari rumah lagi kerana ia bagus untuk perkembangan otak.

Monday, November 2, 2009

Kenali Wilayah Persekutuan Labuan


Topik pada kali ini ialah mengenai asal usul Pulau Labuan .Dahulunya Pulau Labuan merupakan sebahagian dari Kesultanan Brunei. Pulau ini pernah diserahkan kepada British pada tahun 1846 sebagai tapak operasi menentang lanun. Pada ketika itu pulau ini masih belum berpenghuni. Pada tahun 1890 ia digabungkan dengan Borneo Utara dan seterusnya pada 1963 ia bersama-sama Sabah bergabung ke dalam Malaysia.

Pulau Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1984, kawasan penempatan majoriti orang Melayu (dari suku kaum Kedayan dan Brunei) serta minoriti kaum cina ini mula menjadi antara destinasi utama kepada pelabur asing untuk berurusniaga terutama sekali setelah Labuan diiktiraf sebagai Pusat Kewangan Pesisir Antarabangsa atau IOFC pada Oktober 1990.

Peace Park merupakan kubur tentera asing yang terkorban semasa perang menjadi salah satu tempat tarikan pelancong untuk datang ke sini. Masih banyak lagi tempat menarik yang boleh di dapati di sini. Melanconglah di Negara sendiri dan anda boleh melihat keindahan yang terdapat di Malaysia.

Selain peninggalan sejarah zaman silam, W.P Labuan juga terkenal dengan aktiviti sukan laut peringkat antarabangsa seperti pertandingan memancing laut dalam, jet ski dan kayak mengelilingi pulau Labuan.

Labuan yang dahulunya hanya didiami oleh kaum nelayan, mula menjadi tumpuan para pelajar dari dalam dan luar labuan berikutan pembukaan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan ( UMSKAL ).

j QAF Labuan berwajah baru


j QAF Labuan kini berwajah baru yang pastinya di tunggu-tunggu oleh ramai pihak dengan menampilkan konsep Urban. Ustaz Ikram Bin Adnan merupakan salah seorang pengajar di Sekolah Kebangsaan Pekan Satu W.P Labuan dan beliau merupakan Admin j QAF Labuan. Beliau juga adalah seorang yang mahir mengendalikan komputer khususnya membuat sistem dengan menggunakan excel. Selain daripada itu, kepakaran beliau membina Laman Blog juga terserlah dengan menampilkan idea yang baru dan banyak membantu ramai pihak terutamanya guru-guru j QAF. j QAF labuan dibina dengan tujuan untuk berkongsi maklumat yang sama, juga untuk berkongsi idea dan bahan-bahan pengajaran demi merealisasikan hasrat mantan Perdana Menteri Tan sri Abdullah Ahmad Badawi.

Mukadimah

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Pekan Satu dapat dibangunkan. Harapan saya agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.Laman Blog ini juga akan diperkembangkan dari masa ke semasa dengan memuatkan maklumat terkini mengenai program yang akan dijalankan.Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama dan sebagainya untuk dikongsi bersama.Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melayari Blog kami. Semoga usaha kita bersama ini akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang untuk negara.Sekian...
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
Kod Sekolah : WBA1008
Gred Sekolah : Gred A
Jenis Sekolah : Bantuan Penuh Kerajaan
PENTADBIR 1. En. Jaafar Bin Matusin : Guru Besar 2. Pn. Norinnie Bt. Kassim : Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn. Faridah Bt. Hj. Zaini : Penolong Kanan HEM 4. Pn. Ruhaiah binti Jumat : Penolong Kanan Kokurikulum 5. En. Shawal Bin Abdul Rahman : Penolong Kanan Pend. Khas
Ketua Panatia
Bahasa Melayu : Pn. Zunikah Amboh Turuh
Bahasa Inggeris : Pn. Zainah Mohd Sobri
Matematik : Pn. Marinah Jaiob
Sains : Pn. Rostina Binti Mohd Kassim
Pend. Islam : En. Mohd Rais Bin Basman
Bahasa Arab : En. Sayuti Bin Zakaria
Bahasa Cina : Pn. Kong Teck Yieng
Pend. Seni Visual : Pn. Salmah Abd Rahman
Pend. Sivik dan Kewarganegaraan : Pn. Mariah Binti Moksin
Pend. Jasmani : En. Faishal Bin Mohammad
Pend. Kesihatan : Pn. Aldiana Aling
Kemahiran Hidup : Pn. Dayana Issu
Kajian Tempatan : Pn. Rosmah Mustapha
Pend. Moral : Pn. Khaniezainah Binti Kulah

Slogan Sekolah

PELAJARAN:
Proses menuntut ilmu duniawi dan kerohanian oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,Wilayah Perseketuan Labuan untuk menjadi insan cemerlang berteraskan falsafah Pendidikan negara.
KUNCI:
Menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk membuka dan mendahului bagi mencapai sesuatu tujuan secara menyeluruh dalam meneruskan hidup berilmu pengetahuan.
HIDUP:
Mengurus diri untuk menjadi insan yang bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian diri serta mampu memberi sumbangan terhadap individu, masyarakat dan negara secara global.

MISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pekan Satu W.P Labuan Komited Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

VISI SEKOLAH

VISI : S.K. Pekan Satu mengamalkan budaya Lestari sepanjang masa.