Wednesday, May 19, 2010

Ujian




Ujian semester telah pun bermula pada16 Mei 2010. Diharap semua murid dapat menjawab semua soalan yang di berikan.

Tuesday, May 18, 2010

Kenangan Suka Duka Rombongan SKP1 (Terakhir)








Hari ke-3 merupakan hari terakhir kami berada di bumi Sabah. Dengan menaiki bas yang kami sewa, kami bertolak ke Menumbok pada pukul 1 petang. Kira kira jam 7.00 malam kami tiba di Labuan. Lawatan ini memang memenatkan serta menguji kesabaran kami. Namun begitu kami berpuas hati memperolehi ilmu yang baru serta berguna untuk kerjaya kami sebagai Guru.

Monday, May 17, 2010

Kenangan Suka Duka Rombongan SKP1 (Bahagian Kedua)

Hari kedua :-
Awal pagi lagi kami telah berkumpul di ruangan legar Hotel Kingston untuk meneruskan aktiviti pertama ke Sekolah Sri Gaya Kota Kinabalu. Lawatan kami ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dengan Sekolah Sri Gaya yang mendapat status sebagai sekolah kluster.



Senyuman manis skp1


Wah... Cikgu Irham...Sempat lagi memberi pose yang menarik


Rombongan SKPS disambut dengan tangan terbuka oleh Guru Besar Sekolah Sri Gaya. Kedatangan kami dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian tradisional Sabah oleh murid-murid sekolah tuan rumah. Kami dimaklumkan bahawa murid-murid sekolah ini juga telah membawa tarian tradisional ini hingga ke Peringkat Antarabangsa. Rombongan kami mendengar penerangan tentang kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh sekolah ini oleh guru besar iaitu Cikgu Hj Abdul Ghani b. Hj Mohammad Kassim. Kerjasama serta komitmen ibu bapa dan guru dilihat sebagai pemangkin serta faktor utama kejayaan sekolah ini. Rombongan SKPS juga telah dibawa meninjau keadaan sekolah serta kemudahan yang terdapat di situ. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada guru besar SK Sri Gaya dengan layanan yang diberi.







Pemberian Ikhlas dari kami Warga SKP1


Lawatan kami ke Sabah diteruskan dengan mengunjungi Rumah Amal Sabah yang terletak di kawasan Likas.



Selepas kami melawat Rumah Amal Sabah, para rombongan terus ke Hospital Likas untuk menziarahi pula adik Harraz yang kini terlantar di hospital kerana menghidap penyakit Luekimia. Adik Harraz merupakan anak kepada Cikgu Halifah Penolong Kanan Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Pekan Satu. Guru-guru yang melihat keadaan adik Harraz tidak dapat menyembunyikan kesedihan lantas menitiskan air mata. Kami doakan agar adik Harraz cepat sembuh dan dapat bersekolah seperti biasa.
Guru Besar memberi Cenderhati kepada Adik Harraz. Semoga Cepat Sembuh..

Wajah Keletihan seharian berjalan


Pada sebelah malam pula kami menjamu selera di Tanjung Aru. Sungguh berselera sekali para rombongan.. Maklumlah Perut semua dah berbunyi keroncong..

Tersenyum riang cikgu kita nie ambik makanan

Termenung jauh cikgu kita sorang tue ye..

Wednesday, May 12, 2010

Kenangan Suka Duka Rombongan SKP1 (Bahagian Pertama)

7 Mei 2010 (Jumaat) Rombongan kami berkumpul di Terminal Feri Labuan pada jam 1 petang .
Sebelum meneruskan perjalanan ke kota kinabalu, kami singgah ke kedai makan yang berhampiran untuk mengisi perut .

wah... berseleranya akak berdua nie makan..
Sirius juga kakak nie... senyum bah sikit.. hehehe
Cikgu Irham memikirkan sesuatu.. Tapau ka makan di sini..?? adehhh...

Semua Rombongan bermuka ceria sekali apabila semuanya telah menaiki bas menumbok ke kota kinabalu. Turut bersama kami ialah Puan Raiki (Guru Besar SKP1)
Walaupun penat tapi semua rombongan tetap berwajah ceria sekali.. Tiba-tiba.... Perjalanan yang di sangkakan berjalan dengan lancar akhirnya bertukar dengan insiden yang tidak akan kami lupakan. Bas yang kami naiki tidak menurunkan kami di Hotel malahan dengan angkuhnya pemandu terbabit hanya memberhentikan rombongan kami di tepi jalan. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian.. Apa apa pun program kami berjalan dengan lancar juga.. Tahniah kepada semua ahli rombongan.

Ini lah nasib rombongan yang di tinggalkan tepi jalan

Cikgu Karen bercakap sesuatu kepada Pemilik Syarikat Bas


Wajah kepenatan berjalan kaki

Mukadimah

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Pekan Satu dapat dibangunkan. Harapan saya agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.Laman Blog ini juga akan diperkembangkan dari masa ke semasa dengan memuatkan maklumat terkini mengenai program yang akan dijalankan.Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama dan sebagainya untuk dikongsi bersama.Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melayari Blog kami. Semoga usaha kita bersama ini akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang untuk negara.Sekian...
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
Kod Sekolah : WBA1008
Gred Sekolah : Gred A
Jenis Sekolah : Bantuan Penuh Kerajaan
PENTADBIR 1. En. Jaafar Bin Matusin : Guru Besar 2. Pn. Norinnie Bt. Kassim : Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn. Faridah Bt. Hj. Zaini : Penolong Kanan HEM 4. Pn. Ruhaiah binti Jumat : Penolong Kanan Kokurikulum 5. En. Shawal Bin Abdul Rahman : Penolong Kanan Pend. Khas
Ketua Panatia
Bahasa Melayu : Pn. Zunikah Amboh Turuh
Bahasa Inggeris : Pn. Zainah Mohd Sobri
Matematik : Pn. Marinah Jaiob
Sains : Pn. Rostina Binti Mohd Kassim
Pend. Islam : En. Mohd Rais Bin Basman
Bahasa Arab : En. Sayuti Bin Zakaria
Bahasa Cina : Pn. Kong Teck Yieng
Pend. Seni Visual : Pn. Salmah Abd Rahman
Pend. Sivik dan Kewarganegaraan : Pn. Mariah Binti Moksin
Pend. Jasmani : En. Faishal Bin Mohammad
Pend. Kesihatan : Pn. Aldiana Aling
Kemahiran Hidup : Pn. Dayana Issu
Kajian Tempatan : Pn. Rosmah Mustapha
Pend. Moral : Pn. Khaniezainah Binti Kulah

Slogan Sekolah

PELAJARAN:
Proses menuntut ilmu duniawi dan kerohanian oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,Wilayah Perseketuan Labuan untuk menjadi insan cemerlang berteraskan falsafah Pendidikan negara.
KUNCI:
Menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk membuka dan mendahului bagi mencapai sesuatu tujuan secara menyeluruh dalam meneruskan hidup berilmu pengetahuan.
HIDUP:
Mengurus diri untuk menjadi insan yang bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian diri serta mampu memberi sumbangan terhadap individu, masyarakat dan negara secara global.

MISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pekan Satu W.P Labuan Komited Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

VISI SEKOLAH

VISI : S.K. Pekan Satu mengamalkan budaya Lestari sepanjang masa.