Wednesday, April 29, 2015

LAWATAN DARI SK KG CONTOH KE SK PEKAN SATU

29 April 2015 (Rabu) SK Pekan Satu telah menerima kunjungan dari Program Pendidikan Khas SK Kg Contoh Putatan. Seramai 21 orang guru, 20 orang pelajar dan 17 orang ibubapa turut serta melawat ke SK Pekan Satu. Cikgu Aida (SK Kg Contoh) merupakan mantan guru SK Pekan Satu juga turut serta melawat ke sekolah lama. 

Monday, April 27, 2015

SK PEKAN SATU PALING MANANG BERGEMA DI DEWAN CUN

Syabas dan Tahniah kepada warga SK Pekan Satu kerana telah menjadi Juara dalam Pesta Pantun seterusnya akan mewakili Labuan ke peringkat kebangsaan. Adik Fatin Nabilah Afiqah Bt Nazarudin telah terpilih menjadi pemantun terbaik. 

Saturday, April 25, 2015

Sekolah manakah yang akan masuk ke Final (PESTA PANTUN)

Sabtu 25 April 2015 : Bertempat di Dewan CUN SK PEKAN SATU WP Labuan kini berlangsungnya peringkat Separuh Akhir SK Pekan Satu menentang SK Bukit Kalam. Ayuh beramai-ramai kita saksikan.

Friday, April 24, 2015

Pesta Pantun Hari kedua

Sopan santun tanda terpelajar,
Maka tak jarang berbahasa halus,
Saya berpantun masih belajar,
Maafkan jika memang kurang bagus.



Apa macam.. Admin ada bakat juga tak berpantun.. hehehe... :P Jom tengok gambar pesta pantun.. Jangan lupa esok 25 April 2015 akan SK Pekan Satu akan bertemu dengan SK Bukit Kalam peringkat Separuh Akhir. Mudah-mudahan SK Pekan Satu akan menjadi JUARA.. Insha Allah.. Amin

Thursday, April 23, 2015

PESTA PANTUN PERINGKAT NEGERI

Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis Kata Selamat Datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Tiba-tiba lah pula Admin berpantun.. hehehe Oh ya.. Minggu ini SK Pekan Satu WP Labuan menjadi Tuan Rumah Pesta Pantun peringkat negeri. Maka tidak hairanlah admin pun tiba-tiba nak test power.. Ntah betul ke tidak.. Apa-apa pun Semoga SK Pekan Satu jadi Juara. "SK Pekan Satu PALING MANANG".

Mukadimah

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Pekan Satu dapat dibangunkan. Harapan saya agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah Kebangsaan Pekan Satu.Laman Blog ini juga akan diperkembangkan dari masa ke semasa dengan memuatkan maklumat terkini mengenai program yang akan dijalankan.Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama dan sebagainya untuk dikongsi bersama.Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian anda melayari Blog kami. Semoga usaha kita bersama ini akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang untuk negara.Sekian...
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pekan Satu
Kod Sekolah : WBA1008
Gred Sekolah : Gred A
Jenis Sekolah : Bantuan Penuh Kerajaan
PENTADBIR 1. En. Jaafar Bin Matusin : Guru Besar 2. Pn. Norinnie Bt. Kassim : Penolong Kanan Pentadbiran 3. Pn. Faridah Bt. Hj. Zaini : Penolong Kanan HEM 4. Pn. Ruhaiah binti Jumat : Penolong Kanan Kokurikulum 5. En. Shawal Bin Abdul Rahman : Penolong Kanan Pend. Khas
Ketua Panatia
Bahasa Melayu : Pn. Zunikah Amboh Turuh
Bahasa Inggeris : Pn. Zainah Mohd Sobri
Matematik : Pn. Marinah Jaiob
Sains : Pn. Rostina Binti Mohd Kassim
Pend. Islam : En. Mohd Rais Bin Basman
Bahasa Arab : En. Sayuti Bin Zakaria
Bahasa Cina : Pn. Kong Teck Yieng
Pend. Seni Visual : Pn. Salmah Abd Rahman
Pend. Sivik dan Kewarganegaraan : Pn. Mariah Binti Moksin
Pend. Jasmani : En. Faishal Bin Mohammad
Pend. Kesihatan : Pn. Aldiana Aling
Kemahiran Hidup : Pn. Dayana Issu
Kajian Tempatan : Pn. Rosmah Mustapha
Pend. Moral : Pn. Khaniezainah Binti Kulah

Slogan Sekolah

PELAJARAN:
Proses menuntut ilmu duniawi dan kerohanian oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,Wilayah Perseketuan Labuan untuk menjadi insan cemerlang berteraskan falsafah Pendidikan negara.
KUNCI:
Menjadikan ilmu sebagai alat yang digunakan untuk membuka dan mendahului bagi mencapai sesuatu tujuan secara menyeluruh dalam meneruskan hidup berilmu pengetahuan.
HIDUP:
Mengurus diri untuk menjadi insan yang bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai keharmonian diri serta mampu memberi sumbangan terhadap individu, masyarakat dan negara secara global.

MISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pekan Satu W.P Labuan Komited Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

VISI SEKOLAH

VISI : S.K. Pekan Satu mengamalkan budaya Lestari sepanjang masa.