SKSG INFORMATION BOARD : Selamat bercuti kepada semua pelajar .Jaga SOP dan jaga kesihatan.Jumpa lagi dalam PDPR pada 20 Sept 2021..

Tuesday, February 23

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-34

        Pada 23 hb Februari 2016 (Selasa), Mesyuarat Agung PIBG Ke 34 telah diadakan di Dewan Sementara SKSG tepat pada pukul 9.00 pagi.Seawal jam 8.30 pagi, ibu bapa / penjaga hadir membuat pendaftaran sebelum mengambil tempat masing-masing di dalam dewan.Ketibaan YDP , En. Maruwan Bin Ahmad diiringi oleh Guru Besar iaitu Tuan Haji Ngatini B. Salimin serta barisan-barisan GPK dan jawatankuasa PIBG sekitar jam 9.15 pagi.Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan bacaan doa oleh Ustaz Haji Mohd Shaaban Bin Sujak.Mesyuarat dimulakan dengan membentangkan Minit Mesyuarat Agung yang lepas. Setelah minit disahkan dan segala perkara berbangkit selesai dibincangkan, pembubaran AJK PIBG sessi tahun 2015 dibubarkan. Proses lantikan AJK baharu 2016 dimulakan dengan cadangan dan sokongan oleh ahli-ahli PIBG.Setelah selesai lantikan AJK baharu , ucapan YDP yang telah dipilih iaitu En. Maruwan Ahmad memulakan ucapan. Kemudian tuan guru besar memberikan ucapan tahniah kepada semua AJK baharu yang terpilih. Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-34 disempurnakan oleh Dato' Seri Haji Noh bin Omar (Ahli Parlimen Tanjong Karang)


. Objektif dan Matlamat PIBG SK Seri Gambut adalah :
  • Memastikan 100% ibu bapa / penjaga menjadi ahli yang berdaftar secara sah dalam PIBG
  • Menambahkan  idea dan tenaga antara sekolah dan ibu bapa untuk kebaikan sekolah.
  • Mengharapkan wujudnya hubungan padu dan erat antara sekolah dan masyarakat.
  • Menentukan program atau aktiviti yang melibatkan murid dalam pengetahuan PIBG.
  • Mendapat sokongan 100% dari PIBG dari segi kewangan, tenaga dan sokongan dalam menjalankan program-program yang melibatkan murid
  • Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka.
  • Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat pendidikan.
  • Untuk memberi peluang kepasa ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya.
  • Ahli-ahli PIBG sedang mencatat kehadiran
  • Ahli-ahli PIBG sedang menunggu mesyuarat bermula

    Sessi perbahasan isu-isu

    barisan bapa-bapa

    Guru Besar, Tuan Haji Ngatini sedang menjawab isu-isu yang dikemukakan

    Setiausaha & Bendahari PIBG

    AJK baharu mengambil tempat

    Pencacat minit mesyuarat, Puan Zuana & Puan Saniah

    Gaya tersendiri, En. Mat Tamidi bersama En. Ahmad Muhid

    Tenaga penting disebalik perjalanan lancar  Mesyuarat Agung bersama wakil PPD, En. Rizal

    Cikgu Ali Setiausaha PIBG sedang menerangkan sesuatu kepada semua ahli PIBG

    Barisan AJK PIBG yang baharu dilantik

    Semua ahli sedang khusyuk bermesyuarat



    Gandingan mantap MC Majlis , Cikgu Ali bersama Puan Norhayati Tuslam

    VIP mengambil tempat dipentas utama

    Bacaan doa' diketuai oleh Al-fadhil Syeikh Tuan Haji Mohd Shaaban Sujak

    Ucapan oleh YDP, En. Maruwan Ahmad

    Puan Zahiah , PK Kokurikulum bersama guru-guru

    Ucapan oleh Guru Besar, Tuan Haji Ngatini b. Salimin

    Dato' Seri Noh Omar bersama Dato Haji Samsudin Lias dan Tuan sidang JKKP


    Ucapan perasmian oleh Dato' Seri Haji Noh bin Omar

    YB Dato' Seri Noh Omar sedang memotong kek hari jadi beliau yg Ke-58

    Penghargaan calon 5A 2015, Nursyahindah bt. Hasnan

    Dato' Seri Noh menyampaikan cenderahati kepada calon 5A 2015, Anis Nuraisyah Bt Shahminan

    Adik Izhar Misron sedang menerima cenderahati


    Cenderahati pihak sekolah kepada Dato' Seri Noh

    Cenderahati kepada Dato Samsudin Lias

    Wakil PPD Kuala Selangor sedang menerima cenderahati

    Dato' Seri Noh sedang menyampaikan bantuan RM100 kepada ahli-ahli yang layak

    Bekas pelajar SKSG yang mengharumkan nama sekolah dalam UPSR 2015


    YDP , En. Maruwan Ahmad meyampaikan Cenderahatikepada Tuan sidang JKKP




    Adik Daniel Hakim sedang menerima cenderahati



    YB Dato'  Samsudin Lias sedang menyampaikan bantuan RM 100









    Penghargaan

    Semua  AJK  Pelaksana
    Mesyuarat Agung PIBG
    Kali ke-34

    Ingin merakamkan

    Jutaan terima kasih 

    Terutama  kepada

    YB Datuk Seri Haji Noh
    b. Haji Omar

    Semua tetamu kehormat
    AJK PIBG
    Ibubapa/Penjaga
    Semua murid  &
    KakitanganSKSG
    &
    Semua individu yang terlibat
    Secara langsung atau
    tidak langsung
    Dalam membantu
    menjayakan
    Mesyuarat  Agung  PIBG 2016
    Terima Kasih


  • Untuk membolehkan ibu bapa dan guru berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment

Mesyuarat Agung PIBG 2020

M esyuarat Agung PIBG kali ke -38, Sk Seri Gambut telah diadakan dengan jayanya pada 29 Februari 2020. Mesyuarat pada asaln...