Pages

Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI IBU


Buat yang masih belum tahu atau yang saja tak nak amik tahu, di Malaysia, sambutan hari ibu setiap tahun akan disambut pada hari Ahad kedua pada bulan Mei. Pada tahun ini, ianya pada hari Ahad bersamaan 10 Mei 2009. 

SELAMAT HARI IBU kepada semua yang telah bergelar ibu. Tahniah tak terhingga, semoga tuhan membalas jasa dan budi baik kalian kaum ibu.

sayangilah dan hargailah ibu semasa hayatnya ada , kerana setelah dia tiada kepada siapa lagi hendak kita tagih kasih seorang ibu . Ibu tak akan dapat kita cari gantinya di dunia ini. Untuk semua sayangi ... dan hargailah ibu kita semua..

Buatmu Ibu

Artist: Aeman
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu


No comments:

Post a Comment