Social Icons

Monday, December 13, 2010

DAH HABIS DA

terima kasih kepada semua..

Kejohanan sukan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan majlis penutup oleh Tuan PPD Besut dengan jayanya. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua warga sekolah dan masyarakat sekitar. Diharapkan program RIMUP seumpama ini boleh mengeratkan lagi hubungan sesama kita dan mengekalkan perpaduan yang terjalin sekian lama. Sekian, terima kasih.

ACARA IBU BAPA & GURU

Pada sebelah petang pula, seawal jam 330 petang acara untuk para ibu bapa dan masyarakat sekitar sekolah dimulakan. Para peserta yang terdiri daripada para penduduk sekitar Kg Tok Motong, Kg. Lak Lok Luar dan Kg Lak Lok Dalam sangat teruja untuk menyertai acara yang dipertandingkan. Antara acara yang dipertandingkan adalah acara tarik tali bagi kaum bapa dan guru, Lari 100M juga untuk kaum bapa, Kutip dan Susun Bola Dalam Gelung, dan juga Isi Air Dalam Botol untuk kaum ibu. Para ibu bapa dan guru bersatu tenaga untuk mengungguli setiap acara terutamanya acara tarik tali untuk kaum bapa. Murid-murid pula sibuk memberi tepukan dan sorakan kepada ibu bapa masing-masing.

ACARA PERBARISAN KONTIJEN

Program dimulakan dengan perbarisan masuk kontijen kejohanan dengan diiringi oleh pembawa bendera kejohanan. Mohd Sauqi Hashim sebagai ketua kejohanan membaca ikrar kejohanan dengan lantang sekali sambil diikuti oleh para peserta rumah sukan masing-masing.

KEJOHANAN OLAHRAGA DAN SUKANEKA SKTMG 2008

Pada 13 dan 14 Oktober lalu, SK Tok Motong telah mengadakan Program RIMUP bersama-sama masyarakat sekitar sekolah. Program RIMUP yang dimaksudkan ialah Hari Kejohanan Olahraga dan Sukaneka sesi 2008. Selain warga sekolah, program ini juga melibatkan para penduduk kampung iaitu penduduk Kampung Tok Motong, Kg. Lak Lok Luar dan Kg Lak Lok Dalam. Seawal jam 8.00 pagi semua murid sudah beratur di tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat oleh Cikgu Zulkarnain dan Ustaz Baharudin sebagai penyelaras program.

SK TOK MOTONG 2008

SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG
Penafian : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh
penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
__________________________________________________________________________
SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG, Jerteh, 22000 Besut, Terengganu. Tel: 096979192, Fax: 096904652, e-mail: sktmtg.ppdbesut@gmail.com,

website: http://sktmtg.blogspot.com