Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, April 9, 2009

Apokalips III


Bila menyentuh tentang kiamat, konsep kemusnahan dunia ataupun penamat bagi semua kehidupan ini sebenarnya turut dipercayai oleh agama lain terutamanya agama Kristian dan Yahudi. Konsep ini juga amat popular dijadikan plot filem antaranya seperti 12 Monkeys, I Am Legend, The Last Man, Armageddon, Day After Tomorrow dan When World Collides.

Bagi aku filem yang hampir menyamai gambaran kiamat yang tertulis dalam Al-Qur'an dan juga Hadis ialah filem The Stand yang diadaptasi daripada novel The Stand karya Stephen King. Filem ini dimulakan dengan serangan wabak yang dipanggil 'Superflu' iaitu sejenis influenza yang membawa maut. Influenza ini diakibatkan oleh sejenis virus yang dicipta untuk dijadikan senjata biologi telah tersebar ke seluruh dunia dan menyebabkan kematian serta menjejaskan populasi manusia. Kejadian ini telah menyebabkan huru-hara dan banyak kerajaan yang tumbang mengakibatkan dunia tiada lagi sempadan dan pemerintah. Di saat ini muncul seorang lelaki yang berkelana bernama Randall Flagg. Randall Flagg mempunyai kuasa luarbiasa yang membuatkan dia berpengaruh dan ramai manusia yang menjadi pengikutnya. Bagaimanapun terdapat satu kumpulan yang tidak mahu berada di bawah pengaruh Randall Flagg dan mereka membentuk satu pakatan yang dikenali sebagai The Stand untuk menentang pengaruh Randall Flagg ke atas manusia.

Watak Randall Flagg hampir menyamai Dajjal di mana dia adalah seorang lelaki yang berkelana (mengembara ke seluruh dunia) dengan berjalan kaki, mempunyai kuasa luarbiasa dan melakukan kerosakan di atas muka bumi. Dan dikatakan kumpulan-kumpulan yang membuat kerja untuk Dajjal sebenarnya telah wujud di dunia ini. Untuk membaca teori menarik tentang Dajjal dan pasukannya sila KLIK SINI.

No comments: